Pasti semua sedia maklum kisah penahanan Datuk Farid Kamil berkaitan isu dadah, Datuk Farid Kamil telah membuat satu laporan polis mendakwa tiga orang lelaki telah memasukkan dadah ke dalam minumannya.
Antara yang dinamakan dalam laporan polis itu ialah Taj Innuendo atau Taj Addin, penyanyi kumpulan Innuendo yang popular dengan lagu Belaian Jiwa sekitar pertengahan 90-an.
Taj menulis di Facebooknya:
Ads
Memang pedas juga kata-kata Taj ini, tetapi kalau kita tak semena-mena dilibatkan dalam kes jenayah yang tidak kita lakukan, kita pun pasti akan merasa marah, bukan?
Ads
Diharap Taj bersabar, yang penting kini masyarakat tahu Taj tidak bersalah.
Farid telah didakwa di mahkamah atas pertuduhan membuat laporan polis palsu beberapa hari lepas. Sebelum ini, pada 16 Januari, Farid didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Kota Damansara pada 11 Januari.
Beliau turut dituduh di mahkamah sama atas penggunaan dadah jenis THC iaitu ’11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid, yang juga dadah terdapat pada ganja.
Ads
Farid mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan tersebut.
Sentiasa melihat diri secara positif dan sering ingin menjadi lebih baik dalam semua aspek kehidupan. Mungkin ramai yang menilai bahawa maskulin itu diperlihatkan melalui fizikal semata-mata. Namun, sebenarnya makna maskulin itu sendiri tidak sekecil itu. Mewakili ekspresi diri dalam beberapa elemen seperti kecergasan, kesihatan, keterampilan, cara berkomunikasi dan yang paling penting adalah bagaimana kita mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan seharian. Lelaki yang mempunyai motivasi yang tinggi ternyata punya elemen ini untuk diserap menjadi lelaki yang dilihat sebagai maskulin.
MASKULIN : APA YANG MEMOTIVASIKAN ANDA UNTUK DAPATKAN BADAN SEPERTI SEKARANG?
Lahir sebagai remaja lelaki biasa yang dianggap sebagai tidak mempunyai ciri-ciri seorang lelaki yang gagah dan tampan. Pada usia saya mencecah lima belas tahun, kesedaran itu muncul. Ketika itu, fizikal saya berada pada tahap ‘ underweight’ dan pasti tidak kelihatan menarik. Ada juga di antara rakan-rakan di sekolah yang melontarkan kata-kata berbaur negatif seolah menganggap fizikal dan kekuatan saya lebih lemah berbanding wanita. Percaya bahawa hanya diri sendiri mampu mengubah keyakinan diri, maka kata-kata itu menjadi motivasi dan penguat untuk saya berusaha sehingga ke hari ini.
MASKULIN : APA CARA ANDA TERUS FIT?
Bukan mudah untuk ‘keep fit’ sepanjang masa. Namun, usaha keras adalah tunjang utama untuk mengekalkan bentuk badan dan kecergasan. Perspektif negatif harus ditolak ke tepi untuk kekal bermotivasi sepanjang hari agar kaki melangkah ke gimnasium. Bermula tanpa rujukan bersama pakar atau pun ‘trainer’, saya hanya belajar dan membuat pembacaan mengenai teknik, tip dan amalan melalui laman web. Melalui proses ini, banyak yang saya pelajari meski sering kali mengalami kecederaan ketika latihan.
MASKULIN : APA RUTIN DAN MENU YANG ANDA AMALKAN?
Sekitar jam 7.00 pagi, saya akan memulakan rutin harian dengan masak untuk sarapan pagi. Sarapan merupakan suatu kemestian untuk mengekalkan diet seimbang. Jam 8.00 pagi saya akan keluar bekerja dan disebabkan jadual kerjaya saya yang lebih fleksibel maka waktu untuk berlatih di gim juga menjadi lebih fleksibel. Akan tetapi saya tidak menggalakkan diri untuk berlatih pada waktu malam kerana waktu malam adalah masa yang terbaik untuk berehat. Kekerapan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan dengan kadar yang banyak juga membantu nutrisi saya selain turut menikmati daging dan kekacang agar seimbang.
MASKULIN : ANDA PERCAYA PADA CHEAT DAY?
Sebelum mengamalkan diet dan nutrisi, amat penting untuk mengetahui dan memahami potensi tubuh badan sendiri. Hal ini adalah penting kerana hanya diri sahaja yang dapat mengawal dan menstabilkan pengambilan makanan serta latihan agar diet akan menjadi lebih efektif. Oleh yang demikian, saya sendiri tidak terlalu mengamalkan jadual yang ketat kerana saya telah mengetahui sejauh mana tubuh badan saya dapat bekerja. Maka tidak susah jika saya teringin untuk menikmati makanan yang tinggi gula seperti kek dan minuman bergula kerana saya tahu bagaimana untuk menstabilkannya semula.
MASKULIN : INSPIRASI?
Mengambil inspirasi daripada nama besar seperti Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock, saya amat mengagumi dirinya yang berjaya di dalam arena gusti dan bekerja keras untuk mengekalkan bentuk badannya meski sibuk dengan pelbagai tugasan serta kerjaya. Menjadikannya sebagai ikon dalam mencetuskan inspirasi untuk saya juga berjaya, dia menjadi sandaran tatkala melihat gaya hidup dan pencapaian yang dimilikinya sehingga kini.
MASKULIN : BERIKAN SEDIKIT NASIHAT UNTUK MEREKA YANG BARU NAK BERJINAK-JINAK DALAM DUNIA KECERGASAN?
Penting untuk memiliki ilmu yang cukup untuk memulakan langkah diet dan berlatih di gim. Ini adalah kerana supaya latihan dan diet yang dilakukan akan lebih efektif dan optimis. Sebaiknya dapatkan khidmat nasihat dan latihan daripada jurulatih profesional kerana jika tidak proses untuk mencapai target sasaran akan memakan masa yang lama disebabkan oleh proses pembelajaran sendiri yang tidak efisien. Diet pemakanan dan latihan perlulah datang seiring agar keseimbangan dan momentum dalam mencapai tubuh badan yang fit akan konsisten. Tidak perlu mengambil masa yang lama untuk ‘work out’ di gim. Cukup sekadar 45 minit atau satu jam sehari dan peruntukan empat atau lima kali dalam seminggu.
Gambar : Instagram Kit Mah
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi penggemar aktiviti hiking atau mendaki gunung di antara lokasi idaman mereka yang terdapat di Malaysia atau di Sabah secara tepatnya ialah Gunung Kinabalu.
Melakukan pendakian Gunung Kinabalu bukanlah satu tugas yang mudah. Malah cukup ramai yang hanya berjaya melakukannya separuh jalan sahaja akibat kepenatan, sesak nafas dan pelbagai masalah lain.
Selain persediaan fizikal dan mental para pendaki juga perlu menyiapkan diri dengan pakaian, kasut serta peralatan yang sesuai untuk melaksanakan mizi menawan Gunung Kinabalu.
Tetapi lain pula dengan lelaki berusia 49 tahun dari Jepun yang telah tular sejak semalam kerana pendekatannya yang unik mendaki puncak tertinggi di Malaysia tersebut. Apa yang menariknya dia melakukan pendakian lengkap dengan memakai sut dan juga kasut kulit.
Seolah-olah dia ada temu janji perniagaan di atas gunung tersebut!
Menerusi satu hantarannya di laman Facebook, Nobutaka Sada berkongsi beberapa keping foto kejayaannya mendaki hingga ke puncak tertinggi Gunung Kinabalu.
Rupa-rupanya dia adalah seroang tukang jahit yang melakukan misi tersebut sebagai satu gimik pemasaran yang unik.
Nobutaka Sada yang lengkap memakai sut berwarna biru dan kasut kulit pada mulanya tular selepas aksinya dirakamkan oleh pemunggah barang atau porter. Video berdurasi 10 saat itu kemudiannya tular dan mendapat perhatian warganet.
Dalam perkongsiannya di Facebook bapa kepada dua orang anak ini juga mahu menunjukkan betapa sut yang dihasilkan syarikatnya sangat tahan lasak dan selesa.
“Mendaki Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Borneo, Malaysia dengan memakai sut SADA!” jelasnya di hantaran tersebut. Dia turut berkongsi bahawa Gunung Kinablu adalah lebih tinggi dari Gunung Fuji.
“Saya dapat tinggal di pondok di tengah-tengah cahaya bintang, mendaki pendakian yang curam, dan menikmati cahaya di puncak gunung,” tambahnya lagi.
Dia turut berkongsi bagaimana cabaran mereka mendaki ketinggian kira-kira 2,300 meter dalam cuaca tropika berkelembapan tinggi. Malah turut berdepan cuaca hujan namun misinya berjalan dengan lancar.
Mantap betul cabaran yang dia lakukan ini. Tak dapat nak bayangkan bagaimana mendaki gunung lengkap memakai sut, bertali leher dan berkasut kulit.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Negara kita kini berdepan dengan kondisi yang semakin kritikal dengan penularan wabak Covid-19. Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan langkah drastik untuk menguruskan situasi Covid-19.
Antara langkah yang diambil ialah Perintah Kawalan Pergerakan. Perintah ini meliputi beberapa larangan seperti:
1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.
2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.
Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan.
3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.
5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan
6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Kesemua langkah Perintah Kawalan Pergerakan ini dilakukan bagi mencapai misi merendahkan kadar jangkitan. Dan kesemuanya melibatkan social distancing. Tapi apakah yang anda faham tentang social distancing?
Mengikut definisi adalah istilah yang merujuk kepada tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa atau individu untuk mengurangkan dan merendahkan kadar merebaknya sesetengah penyakit dan wabak.
Untuk memastikan matlamat social distancing ini tercapai setiap apa jua program melibatkan jumlah orang yang ramai perlu dibatalkan.
Ini bagi memberi peluang kepada sistem kesihatan untuk lebih bersedia menjaga pesakit yang sedia ada dan kes baru pada jumlah yang tidak terlalu tinggi.
Selain membatalkan acara besar, setiap individu juga boleh membantu dengan tinggal di rumah. Bekerja di rumah juga merupakan salah satu bentuk social distancing yang sangat baik.
Jika terpaksa keluar, pastikan diri berada 1 hingga 2 meter daripada individu lain. Batalkan sebarang mesyuarat secara terbuka dan lakukan secara online.
Semoga kita semua dilindungi dan sama-sama berganding bahu membanteras penyebaran wabak Covid-19.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.