Foto: Irish Times

Saban tahun kita masih lagi membicarakan tentang perihal ini. Malah hampir setiap hari pasti ada kes penipuan yang popular dengan nama ‘Macau Scam’ melibatkan kerugian puluhan ribu ringgit.

Taktik scammer ini biasanya akan membuat panggilan telefon dengan menyamar serta mendakwa mereka dari pihak bank, polis, Lembaga Hasil Dalam negeri dan yang terbaru syarikat insurans.

Malah, isteri penulis juga telah menerima panggilan telefon yang lebih kurang sama dari scammer dengan mendakwa mereka dari syarikat Insurans.

Mereka kononnya mendakwa terdapat tuntutan palsu yang telah dilakukan dan bakal dikenakan tindakan undang-undang. Namun mujur dia tidaklah terlalu lurus dan terus meletakkan telefon.

Modus operandi scammer ini biasanya dilakukan dengan melakukan panggilan dengan kaedah spoofing.

Apa itu spoofing? Ia bermaksud pemanggil menggunakan platform voice over Internet protocol (VoIP) di mana mereka akan meletakkan sebarang nombor telefon.

IKLAN

Disebabkan itulah ada yang terpedaya kerana bila ‘google’ nombor telefon yang hubungi mereka didapati nombor tersebut sama seperti nombor balai polis atau mana-mana pihak berkuasa. Inilah salah satu taktik mereka.

Jangan Jadi Mangsa ‘Macau Scam’! Lakukan 6 Perkara Ini Bila Anda Dihubungi Mereka
Foto hiasan kredit: Getty Images

Masih ramai yang kurang kesedaran terhadap modus operandi mereka. Katakan dalam sehari scammer ini melakukan 100 panggilan telefon. Entah-entah ada satu atau dua yang ‘tersangkut’ dan dapat ditipu mereka.

Ole itu janganlah anda menjadi sebahagian daripada statisktik mangsa yang kena tipu. Terdapat beberapa tip menarik yang dikongsi oleh Consumer Fprum Malaysia (CFM) tentang apakah perlu dilakukan untuk mengelak dari menjadi mangsa scammer tidak bermoral ini.

Berikut 6 tip yang anda boleh lakukan.

IKLAN

JANGAN JAWAB

Jangan jawab panggilan daripada nombor luar negara yang tidak dikenali kecuali ia dari senarai kenalan.

USAH DEDAHKAN INFO SULIT

Jangan berikan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, kata laluan perbankan dalam talian, nombor kad kredit, atau nombor TAC kepada orang yang tidak dikenali. Sekiranya pemanggil bertanyakan maklumat kad debit/kredit dan perbankan dalam talian, segera tamatkan perbualan.

LAKUKAN PANGGILAN SEMULA ATAU PERGI KE PEJABAT

Apabila mendapat panggilan daripada bank atau pihak berkuasa tentang isu undang-undang, minta serta catat maklumat pemanggil dan katakan padanya yang kita sibuk untuk meneruskan panggilan.

Tenang dan jangan panik, dapatkan nombor telefon bank atau pihak berkuasa melalui laman web rasmi mereka di internet dan buat panggilan untuk mengesahkan maklumat yang diperolehi tadi. Lebih elok sekiranya hadir sendiri ke pejabat mereka untuk mengesahkannya.

IKLAN

JANGAN KLIK MANA-MANA PAUTAN MERAGUKAN

Jangan muat turun sebarang aplikasi atau tekan apa-apa pautan yang diberikan pemanggil kerana dikhuatiri ia mengandungi perisian hasad atau perisian intip yang mampu mencuri data peribadi.

ADUAN TERHADAP TELCO

Hubungi syarikat telco apabila terlalu kerap menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

APLIKASI BANTUAN

Pengguna boleh menggunakan aplikasi Truecaller untuk mengenalpasti atau menyekat nombor yang cuba menghubungi anda.

Semoga perkongsian di atas boleh memberikan manfaat dan menjauhkan anda dari menjadi mangsa penipuan. Subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI