Bercuti ke pulau merupakan antara aktiviti percutian yang paling popular terutamanya di kalangan grup pegembara lelaki.

Sebenarnya tak perlui pergi jauh kerana di negara kita pun sudah banyak pulau-pulau cantik yang turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Bila bercakap tentang percutian ke pulau pastinya kita akan terus terbayang dengan pelbagai aktiviti sukan air seperti aktiviti selaman snorkeling, main jet ski dan pelbagai water sport lain.

Itulah merupakan antara aktiviti wajib dilakukan bila kita bercuti ke pulau. Tak sah rasanya kalau pergi ke pulau tanpa melakukan apa-apa aktiviti berkaitan dengan air. Paling tidak pun bermandi-manda di pantai.

IKLAN

Untuk menyenangkan dan memberikan keselesaan pastinya pelbagai kelengkapan seperti hajet dan barang keperluan yang lain memmpunyai elemen atau sifat kalis air.

Telefon Pintar

Jangan Lupa Bawa 5 Item Kalis Air Ini Bila Makan Angin Ke Pulau

Pada masa sekarang sudah banyak jenama pengeluar telefon pintar memperkenalkan produk yang kali air. Sebagai contoh iPhone XS yang terbaru mempunyai tahap water resistant yang baik. Begitu juga dengan beberapa telefon pintar yang lain seperti Samsung S9, Google Pixel 3, LG G7 dan Huawei Mate 20 Pro.

IKLAN

Jam GPS

Jangan Lupa Bawa 5 Item Kalis Air Ini Bila Makan Angin Ke Pulau

Selain telefon pintar, jam GPS juga merupakan antara peranti yang sangat penting untuk kamu bawa. Ini terutamanya bagi penggemar aktiviti larian. Dalam keadaan cuaca tropika di mana bila-bila masa sahaja boleh hujan, kamu memerlukan jam GPS yang mempunyai ketahanan air yang baik. Malah, untuk aktiviti sukan air juga kamu tidak perlu membukanya dari tangan.

Beg kalis air

Jangan Lupa Bawa 5 Item Kalis Air Ini Bila Makan Angin Ke Pulau

Ini yang paling penting sekali. Beg ini memang betul-betul kalis air. Terdapat pelbagai jenis saiz yang boleh kamu dapatkan di pasaran. Bila melakukan aktiviti snorkeling contohnya kamu pasti mahu beg yang boleh menyimpan pelbagai barang peribadi dengan baik dan mengelaknya terkena air.

IKLAN

Kasut kalis air

Jangan Lupa Bawa 5 Item Kalis Air Ini Bila Makan Angin Ke Pulau

Ia adalah antara keperluan yang bersifat optional. Jika tidak mahu kaki sentiasa basah, anda bolehlah dapatkan kasut kalis air. Aktiviti dalam air yang kadangkala mengambil masa yang lama boleh membuatkan jari kaki menjadi kecut. Ia juga boleh elakkan kaki cedera bila melakukan aktiviti di kawasan mempunyai terumbu karang.

Speaker mudah alih

Jangan Lupa Bawa 5 Item Kalis Air Ini Bila Makan Angin Ke Pulau

Sambil bergembira mandi-manda boleh layan lagu-lagu favorite menerusi pembesar suara mudah alih ini! Antara produk terbaru yang kini mendapat tempat di hati penggemar aktiviti suka air ialah pembesar suara yang mempunyai connection blutooth atau Wi-Fi. Percayalah kewujudan muzik mampu menaikkan mood anda dan rakan-rakan yang ingin bergembira bersama-sama.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI