INI 5 KELEBIHAN JIKA ANDA KURANG MANDI DENGAN AIR PANAS, CUBA AMALKAN MANDI DENGAN AIR SEJUK SETIAP PAGI UNTUK LEBIH CERGAS DAN SIHAT
MEMBAKAR LEMAK DALAM TUBUH
Lemak putih adalah lemak jahat dan lemak coklat adalah sebaliknya. Fungsi lemak coklat adalah untuk menyebarkan panas dalam tubuh agar tubuh sentiasa hangat. Jika anda mandi dengan air sejuk, lemak ini akan aktif (lemak coklat aktif bila terkena suhu yang sejuk), akhirnya lemak ini akan membakar kalori untuk membuatkan tubuh anda tetap hangat. Dengan kata lain, ianya membantu anda untuk menurunkan berat badan tanpa sebarang pil diet.
MENGEMBALIKAN STAMINA TUBUH SETELAH BERSENAM
Para Atlit akan mandi dengan air air untuk mengurangkan rasa sakit dan lenguh. Untuk anda yang baru melakukan senaman, mandi dengan air sejuk mampu mengembalikan stamina tubuh anda
Ads
MEMBERI TENAGA SEPANJANG HARI
Mandi dengan air sejuk di waktu pagi mampu mengelakkan anda berasa ngantuk sepanjang hari. Ketika tubuh anda terkena air sejuk di waktu pagi, anda akan bernafas lebih dalam. Kesan dari tindakan itu, degupan jantung anda akan meningkat dan membuatkan aliran darah anda lancar dan anda akan berasa bertenaga sepanjang hari.
Ads
MENINGKATKAN KEKEBALAN TUBUH DAN MELANCARKAN ALIRAN DARAH
Mandi dengan air sejuk mampu meningkatkan metabolisme tubuh anda dan mampu mengaktifkan sistem kekebalan tubuh anda. Mandi dengan air sejuk juga mampu melancarkan aliran darah anda sekali gus mengelakkan anda terkena penyakit saluran darah tersumbat.
Ads
MEMILIKI RAMBUT DAN KULIT YANG LEBIH CANTIK
Jika anda ingin memiliki kulit cantik dan bebas jerawat, mandilah dengan air sejuk. Air panas membuatkan kulit anda kering manakala air sejuk mampu mengecilkan liang kulit hingga dapat mencegah terjadinya jerawat. Jika anda membasuh kepala dengan air sejuk, kulit kepala akan menutup dan menghalang sebarang kotoran untuk berkumpul di kulit kepala anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pussing lehar ke arah satu sisi, tahan selama 5 saat. Ulang sebanyak 5 kali. Kemudian ulang kembali pada sisi yang lain.
Duduk lurus sambil melihat ke hadapan. Sengetkan kepala kita ke satu sisi (telinga ke arah bahu). Kita patut merasakan regangan pada bahagian leher. Tahan selama 5 saat. Kemudian, ulang sebanyak 5 kali pada kedua-dua belah sisi.
Duduk ke hadapan sedikit dan sengetkan/dongak kepala ke belakang (ke arah bumbung kereta). Tahan selama 5 saat. Ulang 5 kali.
Duduk tegak dan pandang ke bawah (dagu ke arah dada) sehingga kita merasakan regangan pada bahagian belakang kepala dan kawasan leher. Tahan 5 saat. Ulang sebanyak 5 kali.
Senaman Tubuh
Duduk tegak. Pusing tubuh kita ke arah satu sisi. Tahan selama 5 saaat. Ulangi ke arah sisi yang lain.
Senaman Belakang
Dalam kedudukan duduk yang normal, perlahan-lahan bawa bahagian bawah tubuh kita ke hadapan sehingga membentuk ruangan kecil di bahagian belakang.
Tahan selama 5 saat. Kemuadian perlahan-lahan kembali rapat ke kerusi. Ulangi proses ini beberapa kali.
Senaman ini dapat bantu untuk menggerakkan belakang kita terutamanya jika kita tidak dapat duduk lama akibat masalah sakit belakang.
Duduk selurus yang boleh dengan belakang kita melengkung sedikit. Sewaktu menghembuskan nafas, ketatkan perut sedikit ke arah tulang belakang sambil meluruskan belakang.
Tahan perut dan fokus kepada pernafasan biasa sewaktu melakukan tegangan pada perut. Tahan selama 5 saat dan ulang sebanyak 5 kali.
Picit bahagian bawah otot untuk mengaktifkan peredaran dan melegakan rasa kebas dan sakit pinggang. Picit selamat 5 saat dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 5 kali.
Senaman Lengan
Letakkan tangan kita pada kedudukan pukul 9 dan 3 pada stereng dengan keadaan siku yang diluruskan. Tolak dan tahan selama 5 saat. Ulang 4 kali. Ulangi untuk bahagian otot yang lain dengan kedudukan tangan pada pukul 10 dan 2.
Mulakan dengan tangan kita pada kedudukan pukul 9 dan 3. Lakukan tekan tubi dengan menggerakkan kepala dan dada dengan siku dibengkokkan. Putar bahagian belikat apabila kita telah menghampiri stereng.Lepaskan belakang perlahan-lahan dan ulang sebanyak 5 kali.
Senaman ini dapat membantu menghilangkan sebarang ketegangan pada bahu dan lengan.
Dengan melakukan senaman di dalam kereta ni, sekurang-kurangnya ia dapat mengatasi ketegangan atau stress akibat terlalu lama terperangkap di dalam kesesakan jalan raya.
Selain daripada itu, senaman di dalam kereta juga dapat mengurangkan rasa sakit dan lenguh sekiranya kita mengalami masalah pada bahagian bahu, lengan, leher dan belakang.
SUMBER : Lelaki Sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Satu pasukan doktor Amerika Syarikat telah berjaya melaksanakan pemindahan alat sulit dan skrotum pertama di dunia. Pakar bedah di Hospital Universiti Johns Hopkins di Baltimore, Maryland, melakukan pembedahan itu ke atas seorang askar yang cedera dibom di Afghanistan.
Ini adalah pembedahan pertama dilakukan kepada askar tempur yang cedera semasa bertugas dan yang pertama untuk memindahkan sekumpulan tisu lengkap termasuk skrotum dan di sekitar abdomennya.
Doktor berkata, testis tidak dipindahkan kerana pertimbangan etika.
“Walaupun amputasi ekstrem boleh dilihat dan kecacatan jelas,” kata Dr WP Andrew Lee, ketua Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif di Universiti Johns Hopkins, semasa taklimat.
Keluarga-keluarga askar telah berkongsi cerita tentang kecederaan oleh askar-askar sehingga menyebabkan mereka hilang identiti, harga diri dan masalah dalam hubungan seksual.
Askar berkenaan, dalam satu kenyataan berkata: “Ketika mula-mula tersedar dan bangun, saya rasa kembali normal. Saya dalam keadaan baik sekarang”.
Mangsa mengalami kecederaan selepas terpijak bom ketika bertempur di Afghanistan.
Sumber : Sinar harian
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketum (Mitragyna speciosa) atau dikenali dengan nama kratoum, thom atau biak-biak adalah tumbuhan hijau tropika yang biasa terdapat di Thailand dan semenanjung Malaysia.
Tumbuhan ini dipercayai mempunyai nilai untuk ubatan dan digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk, cirit-birit dan kesakitan.
Ketum juga dikunyah, dijadikan rokok atau direbus untuk dijadikan minuman sebagai penambah tenaga sebelum bekerja di bawah bahang mentari.
MENGAPA BILA AMBIL KETUM RASA TENAGA BERTAMBAH DAN TIDAK TERASA PENAT?
Ketum sebenarnya mempunyai molekul kimia yang digelar mitragynine. Alkaloid aktif ini adalah sejenis molekul seperti opioid (indole-based opioid-like) yang bersifat agonis separa pada reseptor opioid. Daun ketum kering mengandungi sebanyak 1-6% mitragynine berbanding beratnya.
Menariknya, walaupun mitragynine adalah agen agonis separa bagi reseptor opiat, kompaun ini bersifat stimulan (pada dos yang rendah) ia dikatakan meningkat kesedaran dan kepekaan. Kompaun ini juga meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah. Sebab itu ia diambil untuk ‘pecah peluh’. (kerana degupan jantung tinggi, tekanan darah juga meningkat, badan akan rasa lebih hangat dan berpeluh).
Ia juga menimbulkan persepsi untuk menyingkirkan keinginan terhadap makanan dan tidur. Mytraginine juga menyingkirkan ‘rasa letih’ dan membolehkan kita bekerja tanpa rasa penat.
Pada dos yang tinggi ia akan menyebabkan keadaan depressan seperti opioid morphine, jadi ia boleh digunakan sebagai penahan sakit dan anti diarea. Orang yang mengambil ketum pada dos yang cukup tinggi, akan menyebabkan hilang kesedaran dan keadaan ‘stupor’. Jadi pengambilan ketum sangat bergantung pada dos dan keadaan toleran seseorang.
APA ITU OPIOIDS?
Molekul opioid adalah molekul kimia yang mampu menambat pada reseptor opioid dalam otak dan memberi kesan seperti morphine. Seperti opioid lain, mitragynine menambat pada reseptor opioid µ dan menghasilkan kesan analgesik dan mengurangkan pergerakan usus besar. Sebab itulah ketum digunakan untuk tujuan rawatan tradisional.
Ketum juga menghasilkan 7-hydroxymitraginine dalam jumlah yang kecil berbanding mitragynine. Namun kompaun ini adalah opiat yang lebih poten berbanding mitragynine.
BENARKAH TIADA KAJIAN TERHADAP KEBAIKAN KETUM?
Pelbagai kompaun menarik telah ditemui dan dikaji dari pokok ketum.
Contohnya kompaun-kompaun alkaloid seperti ajmalicine, mitraphylline, mitragynine pseudoindoxyl, dan Rhynchophylline.
Kompaun ajmalicine yang juga ditemui pada tumbuhan Kemboja cina (Catharantus roseus), Akar tikus (Rauvolfia serpentina) telah digunakan sebagai ubat darah tinggi (dipasarkan dengan jenama Circolene, Cristanyl, Duxil, Duxor, Hydroxysarpon, Iskedyl, Isosarpan etc).
PERLUKAH PENAMBAHAN BAHAN-BAHAN LAIN (UBAT NYAMUK, UBAT GEGAT, AIR BERKARBONAT, MINYAK LINTAH ETC) UNTUK MENDAPAT KESAN STIMULAN KETUM?
Tidak.
Kompaun alkaloid dalam ketum sudah cukup untuk menghasilkan kesan tersebut.
Namun ada juga pengguna dan penjual mencampurkan bahan lain seperti paracetamol, ubat batuk, akar seruntun, buah pinang (sebagai contoh) untuk menghasilkan ‘rasa’ dan kesan yang diinginkan.
KESAN-KESAN PENGAMBILAN KETUM
Seperti pengambilan opiate lain, pengambilan ketum juga boleh menyebabkan ketagihan.
Ramai yang menyangka ‘ketagihan’ seperti yang selalu digambarkan oleh drama dan filem – menggigil dan berpeluh-peluh, mengamuk dan hilang akal. Benar, tetapi ketagihan juga merangkumi kebergantungan kita pada bahan tersebut. Contohnya,kalau tak ambil ketum akan terasa letih, mengantuk. Malah keinginan yang kuat terhadap ketum juga adalah salah satu tanda-tanda ketagihan.
KETUM JUGA BOLEH MENGAKIBATKAN KETIDAKSELESAAN, MENGGIGIL, DEPRESI, KESAKITAN OTOT DAN MENURUNKAN KEINGINAN SEKS.
Pengambilan yang berlebihan dengan dos yang tinggi juga akan menyebabkan delusi, keletihan melampau, depresi pernafasan, perubahan sikap, pengambilan sifat-sifat yang agresif, psikosis, halusinasi dan ketakutan.
Penggunaan yang kronik menunjukkan pengurangan fungsi kognitif otak. Menjejaskan fungsi memori dan pembelajaran. Ekstrak dari ketum juga menunjukkan kecenderungan untuk mengakibatkan ketoksikan pada hati, buah pinggang dan paru-paru.
SUMBER : RootOfScience
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang