Ads

Udara Yang Terlampau Sejuk Atau Kering, Punca Pendarahan Hidung. Ini Cara Rawatannya!

Udara Yang Terlampau Sejuk Atau Kering Punca Pendarahan Hidung, Ini Cara Rawatannya

Menurut Wikipedia, pendarahan hidung juga dikenali sebagai epistaxis, ialah kejadian biasa darah keluar dari hidung. Pendarahan biasanya disedari apabila darah mengalir keluar melalui hidung.

Terdapat dua jenis hidung berdarah: anterior (paling utama), dan posterior (kurang biasa, lebih cenderung diperlukan perhatian perubatan).

Kadang-kadang dalam kes-kes yang lebih teruk, darah boleh mengalir ke salur nasolacrimal dan keluar dari mata.

Darah segar dan darah beku juga boleh mengalir ke dalam perut dan menyebabkan loya dan muntah-muntah.

Jangan pandang mudah dengan masalah pendarahan hidung ini.

Ads

Fahami tentang penyakit ini dan perkara yang anda perlu lakukan mengikut perkongsian portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia.

Artikel berkaitan: Boleh Kena Jangkitan Otak, Elak Mencabut Bulu Hidung Atau Picit Jerawat Sekitar Segi Tiga Muka

Ads

Artikel berkaitan: Lakukan 3 Step Ini, Segala Kotoran Di Wajah Habis Diangkut Terutamanya Bahagian Hidung

Udara Yang Terlampau Sejuk Atau Kering, Punca Pendarahan Hidung. Ini Cara Rawatannya!
Foto: Velizar Ivanov – Unsplash

Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.

Ads

Apakah punca pendarahan dalam hidung?

– Kecederaan di hidung
– Udara yang terlampau sejuk atau kering
– Menghembus hidung dengan kuat
– Terlalu kerap bersin
– Ketumbuhan dalam rongga hidung

Apakah yang perlu dilakukan?

Jangan panik sekiranya berlaku pendarahan dalam hidung. Ada beberapa rawatan segera yang anda boleh lakukan. Antaranya:

– Duduk dan tunduk ke hadapan.
– Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit.
– Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata.
– Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah telah berhenti.
– Elak dari bersin, menghembus atau mengorek hidung.
– Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor.

Subscribe dan tonton video fitness di Youtube MASKULIN

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.