Biasa rasa pening, loya dan mahu muntah? Rasa pening yang berpusing-pusing dalam kepala atau nampak sekeliling berpusing?

Walaupun anda duduk diam tapi sekeliling terasa berpusing. Rasa macam kepala kena pusing dan jalan melelong-lelong?

Jika itu yang anda rasakan, kemungkinan gejala itu adalah disebabkan oleh vertigo.

Menurut Dr Ahmad Samhan yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL), vertigo adalah suatu keadaan yang mana seseorang akan merasakan pandangan di sekelilingnya berpusing-pusing. Diri sendiri dirasakan berpusing tapi sebenarnya tidak bergerak.

“Vertigo berbeza dengan pening biasa yang selalunya akan menyebabkan kepala rasa ringan, rasa nak pengsan dan pitam,” ujar beliau.

Jangan Tidur Dalam Keadaan Terlalu Gelap, Ini Antara Rawatan Vertigo Yang Ramai Tidak Tahu!

APAKAH PUNCA UTAMA VERTIGO?

Ia terbahagi pada dua jenis vertigo iaitu:

1. VERTIGO PERIFERI

Disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga dan saraf yang menghantar maklumat ke otak.

Ia berlaku disebabkan:

IKLAN

a) BENIGN PAROXYSMAL POSITIONAL VERTIGO (BPPV)
Selalunya disebabkan perubahan posisi kepala secara mendadak menyebabkan bahagian dalam telinga menjadi tidak berfungsi secara normal. Ia berlaku tanpa sebab dan mungkin berkaitan dengan umur.

b) MENIERE’S DISEASE
Suatu masalah bahagian telinga dalam yang berpunca daripada penghasilan cecair dan perubahan tekanan dalam telinga. Ini menyebabkan berlakunya vertigo berserta bunyi desingan di dalam telinga (tinnitus) dan hilang pendengaran.

c) ACUTE PERIPHERAL VESTIBULOPATHY (APV)
Jangkitan (kebiasaanya virus) pada bahagian telinga dalam ini boleh menyebabkan keradangan pada saraf di bahagian telinga dalam yang penting untuk mengawal keseimbangan badan.

2. VERTIGO SENTRAL

Masalah pada bahagian otak terutamanya bahagian cerebellum yang mengawal keseimbangan badan.

IKLAN

Punca disebabkan:
a) Angin ahmar
b) Tumor pada bahagian cerebellum
c) Migrain
d) Multiple sclerosis

Jangan Tidur Dalam Keadaan Terlalu Gelap, Ini Antara Rawatan Vertigo Yang Ramai Tidak Tahu!

APAKAH RAWATAN VERTIGO?

Rawatan masalah itu bergantung kepada penyebabnya. Tetapi kebanyakan masalah boleh sembuh dengan sendirinya tanpa memerlukan ubat.

Pesakit yang mengalami vertigo periferi boleh mencuba ubat jenis perencat vestibular.
a) Antihistamine : Promethazine (phenergan), betahistine (betaserc)
b) Benzodiazepines: Diazepam, lorezepam
c) Antiemetics: Prochloperazine (stematil), metoclopramide

Jika ia disebabkan vertigo sentral, rawatannya adalah bergantung pada penyebab masalah tersebut.

IKLAN

Jangan Tidur Dalam Keadaan Terlalu Gelap, Ini Antara Rawatan Vertigo Yang Ramai Tidak Tahu!

APAKAH RAWATAN KECEMASAN?

a) Tarif nafas jangan panik.

b) Jangan tidur dalam keadaan yang terlalu gelap waktu malam.

c) Cari tempat untuk duduk atau baring dan tunggu hingga gejala hilang.

d) Jangan pejam mata, fokus pada satu objek.

e) Dapatkan rawatan sekiranya berlaku serangan kali kedua.

“Bantu saya untuk share info ini sebab rupanya ramai yang mempunyai masalah pening kepala dan tak tau apa patut buat,” tulis beliau di Facebooknya.

Sumber sepenuhnya: Sinar Plus / Sinar Harian

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI