
Kita sedar bahawa kebanyakan kes wabak COVID-19 mempunyai gejala sama ada batuk, demam, selesema dan sesak nafas.
Namun jangan terkejut kerana anda mungkin ‘penyebar senyap’ yang positif COVID-19 tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda gejala virus.
Sekiranya anda penyebar senyap yang engkar dengan arahan kerajaan dan berjalan-jalan di luar rumah, tidak mustahil anda boleh menyebarkan virus ini kepada orang lain tanpa anda sedar. Ini sekali gus meningkatkan lagi jumlah kes COVID-19.
Oleh itu, penting untuk setiap orang mematuhi arahan kerajaan untuk terus berada di dalam rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, selain mengamalkan pencegahan jarak sosial.
Perkara tentang penyebar senyap ini dikongsikan oleh Public Health Malaysia di laman Facebooknya.
Ikuti perkongsian tersebut.
[AWAS]
Kes Covid-19 semakin meningkat. Kita tahu kebanyakan kes positif adalah bergejala. Namun tahukah anda, ada juga yang tiada gejala tetapi positif Covid-19. Ada yang tidak tahu mereka mempunyai Covid-19, tiada gejala dan masih lagi berjalan di luar dan menyebarkan penyakit kepada orang lain. Inilah yang dinamakan penyebar senyap. Ini kerana gejala mungkin hanya muncul pada hari ke-14.
Disebabkan virus boleh disebarkan sebelum seseorang menunjukkan gejala, mengelakkan dari dekat dengan orang yang batuk, selesema atau demam mungkin tidak membantu sepenuhnya. Maka adalah baik untuk kita mengamalkan nasihat strategi kesihatan awam iaitu jarak sosial. Ianya dapat mengelakkan jangkitan antara orang yang sihat dan penyebar senyap.
Owh ya, penyebar senyap juga mungkin anda. Anda juga bertanggungjawab dalam isu ini. Jarak sosial atau duduk saja di rumah. Tentera di luar tu!
Untuk Newbie Bisnes, Ini Cara Nak Asingkan Duit Modal & Duit Untung Agar Tak Bercampur!

Nak buat bisnes, anda kena bijak asingkan duit modal dengan duit untung. Kalau tidak bisnes yang anda jalankan tak bertahan lama. Jadi sebagai seorang newbie, anda kenalah tahu cara-cara nak rolling duit bisnes agar duit modal tak bercampur dengan duit untung.
Untuk menerangkan secara terperinci, ikuti perkongsian Elyaney Khairuddin menerusi laman Facebooknya. Semoga perkongsian ini akan membantu anda menjalankan bisnes dengan lebih lancar dan sempurna.
BACA: Wanita Kongsi 7 Amanat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Untuk Usahawan Sukses Dalam Bisnes!
Tips Asingkan Duit Modal Dengan Duit Untung
Di bawah adalah cara yang sy lakukan;
1. Akaun Semasa/Current Account.
Siapa yang belum ada Current Account, sila buat. Tapi WAJIB ada SSM + Cop Syarikat + Deposit.
Sy cadangkan anda buat current account CIMB & MAYBANK, dua-dua ni paling famous amous dikalangan pembeli online.
➡Maybank : Deposit RM2k + Introducer
➡CIMB : Deposit RM1k + Introducer
p/s: Deposit boleh keluarkan balik selepas selesai. Ada sesetengah bank tak perlukan introducer, cuba survey dulu.
2. Akaun Simpanan/Saving Account.
Sy pasti semua orang dah ada saving account kan? Kalau belum ada boleh buat. Nak open saving account tak mahal pun. Maybank tak silap sy RM250 (kalau silap tolong betulkan).
3. Pembeli/Client.
Pembeli ataupun client mestilah membuat bayaran ke akaun semasa, bukan lagi ke akaun simpanan. Tak kira dia beli apa atau bayaran apa sekalipun, duit jualan WAJIB masuk dalam akaun semasa.
4. Duit dari current account bayar;
➡Pembekal : Ambik stok jualan/rolling modal
➡Bil : Poslaju (in case kalau korang buat kontrak, bil bayar 2 kali sebulan)/telefon/wifi dan lain-lain.
➡Pekerja : Kalau ada staff. Tak ada takpe, jimat kos huhuhu.
➡Tax & Zakat.
➡Lain-lain seperti minyak petrol, transport dan yang berkaitan dengan syarikat SAHAJA.
5. Gaji untuk diri sendiri (40%).
Hello… Jangan nak perasan yang duit bisnes korang tu 100% hak milik korang okay. Seeloknya bagi gaji pada diri sendiri setiap hujung bulan/awal bulan.
Macam mana nak kira gaji kita? Yang ni sy bagi contoh sahaja ye. Sy ambik 40% dari baki yang tinggal.
Contoh : Baki setelah ditolak kos-kos diatas adalah RM5000. Contohnya anda ambik 40% dari baki tersebut.
Contoh :
➡ Total Jualan (RM20,000) – Duit Keluar (RM15,000) = RM5000 / 40% = RM2,000 (Gaji Anda).
6. Saving Account.
Dari Current Account ➡ bayar gaji anda RM2,000 tadi ke Saving Account setiap hujung atau awal bulan.
Jika anda konsisten bagi gaji pada diri sendiri setiap bulan macam ni, anda boleh create slip gaji. Jadi anda ada slip gaji + pendapatan dari berniaga.
Faham tak?
Gaji inilah yang anda boleh guna untuk makan minum + bagi parents + bayar ptptn + kereta dan sebagainya. Cukup ke tak cukup, pandai-pandailah anda plan. Kalau tak cukup, usaha cari lebih jualan bulan depan.
7. Baki Jualan (60%).
SIMPAN !
Kenapa tak boleh habiskan?
Sebab nanti senang kalau anda nak tambah modal untuk ambik stok produk lain atau nak ambik lebih banyak stok dimasa akan datang. Yela, tak kan selamanya anda nak berada ditahap yang sama je kan?
Duit syarikat sepatutnya digunakan untuk pusingan modal dan operasi perniagaan. Bukan untuk kepentingan diri sendiri. Jangan jadi perompak bisnes sendiri !
BACA: Lelaki Ini Kongsi 6 Jenis Bisnes Modal Rendah Tapi Pulangan Bersihnya RM10k Sebulan!
Apa kepentingan Current Account ni?
1. Senang Buat Loan Dengan Bank.
Lebih-lebih lagi yang buat bisnes sepenuh masa macam sy ni. Anda tak ada slip gaji tau. Nak apply apa-apa loan dengan bank susah. Jadi kena buat cara macam ni untuk bagi pihak bank nampak yang anda menjalankan bisnes cap kapak. Bukan bisnes cap ayam.
Yang bekerja boleh guna cara ni jugak. Buat slip gaji. Lagi senang nak apply loan sebab ada kedua-duanya, slip gaji + pendapatan dari berniaga.
2. Duit Bisnes Tak Bercampur Gaul.
Perasan tak bila duit masuk dalam 1 akaun je, anda akan jadi ‘pening’. Belanja makan ke, shopping ke, belanja pergi bercuti ke, main bedal je ambik duit. Tak tau tu duit bisnes atau duit sendiri. Alih-alih nak restock barang duit tak cukup!
3. Anda boleh lihat dengan jelas mana DUIT ANDA dan mana DUIT SYARIKAT.
Duit syarikat, milik syarikat. Bukan milik anda, walaupun anda pemilik syarikat. Makan je gaji tiap bulan tu dulu. Jangan berlagak macam tokey-tokey besar lagi.
4. Membolehkan Pengurusan Wang Anda Lebih Efektif.
Belajar uruskan kewangan dengan baik dulu. Pusing modal yang ada dengan sebaiknya. Jika tidak, lama-kelamaan boleh memakan diri.
5. Tidak Akan Mengalami Masalah Akaun Tiba-tiba Diblock.
Saving account selalu akan mengalami masalah ini. Perkara ni terjadi kerana transaksi melebihi had setiap hari.
Dan banyak lagi kelebihan bagi orang yang berniaga macam sy ni. Ini berdasarkan apa yang sy buat. So far sekarang ni sy dah keluar/rolling modal lebih kurang RM40k untuk ambik stok. Tanpa berhutang. Sy kumpul dari duit untung masa jadi dropship lagi.
Tips ini sesuai untuk newbie yang baru nak mula berniaga.
Jom LIKE, COMMENT, SHARE & TAG rakan-rakan yang buat bisnes online. Mungkin boleh membantu mereka yang belum ada pengetahuan tentang ilmu ini?
Semoga bermanfaat.
-Elyaney Khairuddin-
Selain Jangan Terus On Komputer, Ini Tip Lain Untuk Hadapi Monday Blues

Rasa lemau masuk kerja pada hari Isnin bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat kita. Malah rakyat di negara lain turut mengalami perasaan yang sama.
Ini kerana setelah dua hari bercuti pada hujung minggu, otak yang tenang pun memerlukan persediaan untuk kembali aktif memikirkan soal kerja.
Sehubungan itu jika anda sendiri pun masih kurang bermaya, ini tip yang perlu anda pegang untuk minggu-minggu yang berikutnya :
1. Bangun lebih awal
Set jam penggera anda seawal yang boleh. Selepas membuka mata, ambil sedikit momen untuk menarik nafas panjang dan renggangkan badan di atas katil. Pasti anda akan lebih segar dan lebih bertenaga.
2. Sarapan ringan
Jangan biarkan perut kosong pada awal permulaan hari Isnin. Menurut pakar pemakanan, sarapan pagi amat penting bagi menstabilkan momentum fizikal agar lebih bertenaga. Pengambilan bijirin (cereal) dan susu antara pilihan yang bijak. Anda juga boleh memilih untuk menikmati dua keping roti bersama segelas jus.
3. Mendengar muzik
Ya, tidak dinafikan trafik pada hari Isnin kebiasaannya sesak. Oleh itu, jangan ambil peduli akan kesesakan tersebut. Sebaliknya berfikiran positif dan putarkan radio atau mainkan lagu-lagu kegemaran anda. Apa jua genre, muzik terbukti menenangkan dan mampu menyegarkan mata anda.
4. Elak terus membuka komputer
Jangan biarkan anda terbeban dengan tugasan setibanya sampai di pejabat. Elakkan dari terus membuka komputer dan membaca lambakan e-mel yang boleh membuatkan anda tertekan. Seeloknya selesakan dahulu diri anda dengan menyusun jadual kerja.
5. Senyuman dan bicara ringan
Mulakan hari anda yang positif dengan senyuman. Ambil masa dan pergilah menyapa rakan sekerja serta kongsi aktiviti sepanjang hari minggu anda bersama mereka bagi meningkatkan keterujaan. Gelak ketawa mampu membangkitkan mood anda.
6. Tonton video lucu
Curi masa 3 hingga 5 minit untuk tonton video lucu yang boleh membuatkan anda ketawa. Ini kerana ketawa boleh mengaktifkan adrenalin anda untuk jadi lebih bersemangat dalam bekerja pada hari Isnin.
Selamat mencuba!
“Acure Acro Ischemia” Penyakit Ruam Di Kaki Kanak-kanak Postif Covid-19, Doktor Ini Beri Penjelasan

Selepas penyakit COVID-19 melanda satu dunia, Di itali barulah kes pertama Acute Acro-Ischemia mula dilaporkan pada kanak-kanak yang positif Covid-19.
Melalui satu perkongsian Redza Zainol, seorang doktor kanak-kanak berkata, penyakit ini dijumpai di Itali, 5 minggu selepas bermula wabak Covid-19. Menurutnya lagi berpuluh-puluh jumlah kanak-kanak sudah terkena penyakit baru ini.
Pasti anda pelik bukan apa itu penyakit Acute Acro-Ischemia dan apa gejala penyakit tersebut?
Menurut doktor ini, sebenarnya Ia adalah tanda ruam berwarna merah-ungu pada penghujung jari tangan atau jari kaki. Hingga kini, kes ruam ni banyak dijumpai pada kanak-kanak yang mengalami Covid-19 tahap 1 dan tahap 2.
“Di seluruh dunia, kanak-kanak yang positif Covid-19 kebanyakannya mengalami Covid-19 tahap 1 dan tahap 2.
“Tahap 1 maksudnya kanak-kanak tidak ada apa-apa tanda jangkitan.
“Tahap 2 maksudnya kanak-kanak ada tanda demam atau batuk atau sakit tekak tetapi tidak ada tanda jangkitan pada paru-paru.
“Penemuan ruam ni dibincangkan dan tersebar luas di dalam forum “Amici DermPed” di Itali, forum berkenaan kulit kanak-kanak.
“Boleh jadi ruam ni ialah satu tanda yang boleh doktor ambil perhatian ketika memeriksa kanak-kanak yang disyaki dijangkiti Covid-19.” Tulisnya di Facebook.
Malah doktor ini turut memberikan contoh gambar kepada pengikutnya. Menurutnya gambar ruam ini diambil dari seorang kanak-kanak lelaki, umur 13 tahun yang positif Covid-19 di Itali.

– Saiznya antara 5-15 mm diameter.
– Berbentuk bulat dan sempadan ruam ni adalah kabur.
– terletak pada bahagian bawah dan tepi ibu jari kaki kanan.

– terletak pada jari kaki kiri yang kedua (second left toe)

– Ruam masih kekal dan warna semakin pekat.


Menurut doktor ini, kes ni telah diterbitkan oleh doktor kanak-kanak di Italy. Mengikut pemahamannya selepas kanak-kanak itu sembuh dan bebas dari kes COVID-19, ruam pun turut hilang. Walaubagaimanapun menurutnya kajian tentang penyakit ini masih dijalankan dan diperlukan.