
MASKULIN perasan ada di antara pembaca MASKULIN yang giat dan ‘gatal tangan dan kaki’ untuk join aktiviti konvoi motor. Namun tunggu dulu, adakah konvoi tersebut mematuhi SOP yang di tetapkan?
Menurut Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri di sebuah siding media semalam, menegaskan kerajaan tidak akan teragak-agak untuk tidak membenarkan aktiviti tersebut berjalan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menurutnya lagi, janganlah orang ramai mengambil kesempatan di atas kelongaraan yang kerajaan telah berikan dengan tidak memathui SOP, seperti penjarakan sosial serta melakukan aktiviti yang melibatkan berkumpul secara beramai-ramai.
Namun, baru-baru ini kecoh dengan kes polis menahan beberapa motor di Pahang menjadi tular di sosial media.
Bagaimana pun, Datuk Seri Ismail memberitahu pihak polis akan mengambil tandakan terhadap kes yang berlaku di Pahang dan menganggap sebagai kes yang kecil sahaja kerana berlakunya beberapa kes yang melanggar undang-undang jalan raya. Namun sekiranya ia berleluasa tidak mustahil untuk beliau menarik balik kebenaran yang telah diberikan.
“Apabila kita membenarkan konvoi motorsikal, orang dewasa sepatutnya dapat mengawal diri sendiri. Kejadian Semalam (29/6/2020) adalah kejadian pertama. Kita anggap ia sebagai kes terpencil yang berlaku dan tidaklah menjadikan semua konvoi diberhentikan setakat ini.
“Tetapi jika berleluasa selepas ini, semua yang melakukan konvoi melakukan kesalahan seperti berkumpul secara beramai-ramai tidak menjaga penjarakan sosial, bukan perkara mustahil untuk kerajaan melihat semula kebenaran yang telah diberikan.” Tegasnya di sidang media semalam.
Tiada Lagi Masalah Mulut Berbau Selepas Makan Durian, Listerine Tampil Perkenal Semburan Mulut Terbaru

Makanan merupakan aspek yang cukup penting dalam sistem sosial masyarakat kita. Itulah keunikan masyarakat berbilang kaum yang ada di negara kita Malaysia. Tapi bila bercakap tentang soal makanan tempatan ada juga yang tak dapat mengelak dari bau yang kuat.
Makanan yang mengandungi bawang putih dan durian sebagai contoh mempunyai bau yang kuat. Lebih teruk lagi, jika kita makan di luar, bau yang tidak menyenangkan akan kekal terperangkap dalam topeng muka kita selepas makan, yang menjadi sangat tidak selesa.
Listerine dan Watsons menjemput anda untuk menikmati durian kegemaran anda sambil memastikan nafas anda segar! Mulai 31 Mei hingga 30 Jun 2022, sertai peraduan “Swish & Win” dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM10,000, termasuk jamuan durian yang melimpah ruah!
Orang kadang-kadang mengambil jalan keluar dengan memberus gigi untuk membersihkan mulut, tetapi tidak ramai yang sedar bahawa memberus sahaja hanya mampu membersihkan 25%* daripada bahagian mulut. Ini bermakna bakteria masih boleh berkumpul dan membiak di ruang antara gigi anda, kawasan di bawah garis gusi, serta pada lidah dan dinding pipi!
Pakar menasihatkan untuk mengekalkan mulut yang bersih dan sihat, adalah penting untuk mengamalkan rutin penjagaan mulut yang lengkap. Berus, flos dan berkumur dengan pengkumur mulut sebagai langkah terakhir membantu mencapai kawasan yang kebiasaannya terlepas dengan memberus.
Listerine memberi perlindungan 24 jam** terhadap kuman yang menyebabkan masalah plak dan gusi, supaya anda tidak perlu lagi risau tentang nafas berbau, terutamanya selepas mengambil makanan dengan rasa yang kuat seperti durian.
“Sebagai jenama yang dipercayai dan disokong oleh sains dengan hasil yang terbukti secara klinikal, kami memberi penekanan yang tinggi untuk memberikan semangat kepada orang ramai supaya meningkatkan kesihatan mulut mereka dengan menggunakan Listerine dalam rutin harian mereka.
“Listerine terbukti secara klinikal dapat menghapuskan sehingga 99.9% kuman mulut untuk memberikan mulut anda pertahanan yang kuat terhadap nafas berbau, plak dan bakteria yang menyebabkan masalah gusi.
“Oleh itu, kami sentiasa berinovasi untuk menyampaikan lebih banyak penyelesaian untuk pelbagai keperluan penjagaan mulut, seperti campuran perisa baharu yang berilhamkan botani Pomelo & Passion Fruit atau Aloe & Cucumber, untuk pengguna yang lebih suka rasa segar seperti buah-buahan dan membantu menjadikan hidup lebih segar dengan cara yang lebih mudah untuk semua orang, seperti Cool Mint Pocketmist baharu kami,” kongsi Stephen Tiu, Pengarah Negara, Kesihatan Pengguna Johnson & Johnson bagi Malaysia dan Singapura.
Untuk melengkapkan rutin penjagaan mulut berus-flos-kumur anda atau untuk mendapatkan nafas segar di mana-mana sahaja anda berada, ataupun selepas hidangan yang lazat di luar rumah, Listerine Cool Mint Pocketmist (7.7ml, RM26.90) membolehkan anda menikmati nafas yang lebih segar serta-merta!
Tersedia secara eksklusif di Watsons, semburan mulut bersaiz poket ini dirumuskan dengan tiga minyak pati: Menthol, Eucalyptol dan Thymol, untuk memberikan keyakinan segar pudina sepanjang hari. Di mana-mana sahaja anda berada, gunakannya mengikut keperluan untuk membantu menyegarkan nafas dan membunuh kuman bau mulut!
Listerine bersama Watson juga telah melancarkan pertandingan “Swish & Win” yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh mengunjungi laman media sosial rasmi mereka.
Jangan Buang Tikar Lama Yang Buruk, DIY Je Jadi Baru Guna Teknik Murah Ini

Tikar memainkan peranan dalam dekorasi hiasan rumah. Apabila tikar lama menjadi lusuh atau buruk, selalunya ia dibuang dan digantikan dengan tikar baharu.
Selepas ini jika ada tikar lama yang lusuh, jangan buang dahulu. Ini kerana anda boleh melakukan DIY tikar lama menjadi tikar baharu dengan menggunakan teknik mudah dan murah.
Nak tahu caranya, jom ikut tip perkongsian Intan Norsyazwani. Jadi buat suami, bolehlah bantu isteri dengan DIY tikar lama yang ada kat rumah tu.
Tak adalah nak beli baru, kan boleh berjimat. Lagipun bila dah siap, hasilnya nampak sangat cantik dan kreatif.
Selamat mencuba!
BACA: Bermodalkan RM94 Je, Lelaki Ini Kongsi Cara Jimat DIY Kabinet Dapur Guna Rak Buku!
JANGAN BUANG TIKAR LAMA YANG DAH BURUK ATAU LUSUH.
Misi pagi ini.
Nak make over karpet buluh yang dah lusuh. Kos rendah sahaja tau. Sebenarnya ni kali ketiga dah DIY tikar. Sebelum ni tikar ABC atau yang corak bunga bunga tu. Anak dah carik-carik memang buruk habis ?
Dengan teknik kos rendah ni,
1) Tak perlu pakai karpet mahal sebab kebetulan intan memang allergic dengan karpet.
2) Kos rendah
3) Rasa tak berkenan atau dah bosan dengan corak / pattern ni, bulan depan kita tukar corak lain pula.
4) Mudah, murah, senang dan cepat
5) Pelbagai corak dan pattern boleh digantikan dengan tikar ABC / corak bunga-bunga.
Modal:
1) Wallpaper kaison RM 19.90
2) Tape hitam RM 3.20
3) Tikar ABC / bunga-bunga / buluh yang dah lusuh/ rosak / buruk. Kalau beli baru dalam RM10 je kan tikar ABC ni.
BACA: Lelaki Ini DIY Rak Dapur Mudah Alih & Praktikal Dari Kayu Pallet, Kreatif & Guna 6 Step Je!
Cara nak buat:
1. Bersihkan dulu habuk-habuk kat tikar tu. Kemudian potong dan kemaskan bahagian yang koyak atau nak tercabut tu ye supaya senang nak tampal wallpaper tu.
2. Tape hitam untuk tape keliling tikar bagi nampak kemas.
3. Kalau tikar tebal dan lebar tu. Guna 1 roll wallpaper juga tapi 2 tape hitam.
BACA: Ubah Pintu Kosong Jadi Eksklusif Ke Pintu Panel Untuk Raya Ini. Yang Penting, Kos Bajet!
Penyokong Malaysia Dakwa Dibaling Batu Di Stadium Gelora Bung Karno

Perseteruan bola sepak di antara pasukan Malaysia dan Indonesia sudah terlipat dalam sejarah sebagai antara yang paling getir di Asia Tenggara.
Malah jika kita imbau kembali sejarah dalam tempoh beberapa tahu kebelakangan ini, pasukan kebanggaan negara Harimau Malaya menerima layanan yang cukup mencabar daripada penyokong pihak lawan setiap kali melakukan kunjungan ke negara tersebut.
Kisah di mana pasukan negara terpaksa naik kereta berperisai baracudda dahulu juga telah banyak mengguris hati penyokong-penyokong bola sepak Malaysia.

Dan hari ini, perseteruan itu dilihat sekali lagi menjadi bahan bualan warganet terutama pencinta bola sepak tempatan. Pada malam ini, jam 8:30 malam waktu Malaysia, Harimau Malaya akan menggalas segunung harapan negara menentang pasukan Indonesia di halaman mereka sendiri.
Malaysia yang diletakkan di dalam Kumpulan G bersama-sama Indonesia, Thailand, Vietnam dan UAE dlam psusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022.
Semalam di laman media sosial sudah heboh diperkatakan bahawa hotel penginapan pemain-pemain negara menjadi sasaran penyokong fanatik negara jiran melakukan gangguan mercun. Namun MASKULIN tidak dapat memastikan kesahihan perkara tersebut.
Hari ini pendukung-pendukung setia Harimau Malaya terutamanya dari Ultras Malaya mengharungi dugaan hebat ketika tiba di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Beberapa buah video daripada penyokong Malaysia yang berada di sana mendakwa mereka telah dibaling batu oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
Menerusi salah sebuah video yang dimuat di Twitter mendakwa sejurus sahaja sampai di stadium penyokong Malaysia diprovokasi dan bas yang membawa mereka juga dibaling batu.
Ekor dah sampai GBK. Member kata x terkawal mana pon keadaan, sampai je dah kena provoke, bas teruk kena baling batu. #WCQ Aman katanya… ??♂️ pic.twitter.com/uYi3lcibj8
— Taslim Razin (@manarianz5) September 5, 2019
Kredit: @manarianz5
Manakala menerusi salah sebuah video berbeza kelihatan penyokong-penyokong Malaysia terpaksa bergegas ke kawasan berbumbung di kawasan stadium bagi mengelak terkena batu yang di bnaling daripada kawasan atas stadium.
Huru hara der dgn balingan batu kt gbk skrang ?? pic.twitter.com/7MLCWsszLZ
— موشريف شافيق (@MusyrifSyafiq) September 5, 2019
Kredit: @musyrifSyafiq
Perkara seperti ini tak sepatunya berlaku dan pihak penganjur seharusnya memastikan keselamatan pemain dan penyokong pihak lawan terjamin.
Walau apa pun yang berlaku, MASKULIN mendoakan keselamatan kesemua pihak yang berada di sana. Semoga pasukan Harimau Malaya memberikan persembahan membanggakan pada malam ini. Satukan jiwamu!
Lihat bagaimana mereka masuk ke stadium. Macam nak berperang! pic.twitter.com/A2U4Eik4pY
— VOCKET FC (@vocketfc) September 5, 2019
Kredit: @vocketfc