Siapa tidak kenal dengan karakter-karakter komik DC yang cukup ikonik seperti Batman, Superman dan Wonder Woman. Mereka merupakan karakter fiksyen yang cukup digemari bukan sahaja penggemar komik malah peminat filem aksi superhero.

Jadi melihat kerjasama antara syarikat tempatan dan komik antarabangsa seperti komik DC merupakan satu keterujaan. Pereka, pengeluar dan pengedar barangan elektronik meningkat naik Malaysia, A&S Distribution Sdn. Bhd. kini telah membuka Kedai Konsep dan Pusat Servis Tema Komik DC. Pembukaan tersebut telah dilakukan pada 22 April 2021 (Khamis).

Buat peminat komik DC, mereka kini dapat merasai pengalaman multiverse komik DC secara fizikal dalam bentuk kedai konsep yang dihiasi dengan patung Batman dan Wonder Woman seukuran manusia yang terletak di A1.01.05 Sunway GEO Avenue.

IKLAN

Selain itu, pembeli yang berminat akan dapat mencuba dan membeli pelbagai produk elektronik pengguna yang hadir dengan rekaan kolaborasi dengan karakter superhero seperti Batman, Superman, Wonder Woman, dan banyak lagi.

Pengunjung juga mungkin bertuah dan mendapati item edisi terhad seperti A&S WW84 Pengeriting Rambut Automatik Tanpa Wayar – produk yang telah mendapat pengiktirafan “Innovation Awards” daripada pameran perdagangan elektronik pengguna terbesar di dunia, program CES.

IKLAN

“Visi utama A&S adalah menjadi jenama elektronik gaya hidup No.1 industri. A&S terkenal di seluruh industri kerana kualiti, nilai dan perkhidmatan kami. Dalam persekitaran industri peruncitan hari ini memang menuntut dan jangkaan pelanggan sentiasa berubah.

IKLAN

“A&S rasa tidak ada cara yang lebih baik untuk membuat hubungan yang bermakna dengan pelanggan daripada melalui pengalaman yang diperibadikan dan pendekatan yang disesuaikan yang boleh didapati melalui kedai konsep. “, jelas Ketua Pegawai Eksekutif A&S Distribution Sdn. Bhd., YC Ng.

Beliau turut berkongsi hasrat pengguna tempatan dapat mengharapkan lebih banyak produk yang menampilkan watak komik DC yang berbeza dapat dijumpai secara eksklusif di kedai konsep.

Untuk meraikan pembukaan kedai konsep, A&S menawarkan potongan harga sehingga 83% untuk pelbagai produk dari 22 hingga 24 April 2021. Hadiah percuma dan cabutan bertuah akan diadakan di kedai konsep pada tempoh ini juga.