Jenama Kereta Mewah Maserati Tampilkan Koleksi Kapsul Kolaborasi Bersama Fragement

Share

Dunia automotif mewah dan fesyen high wnd streetwear sekali lagi ‘bertembung’ menghasilkan koleksi yang cukup signifikan dan unik. Kali ini menyaksikan dua jenama dari dua dunia berbeza yang mempunyai pengaruh sangat besar.

Jenama kereta mewah, Maserati memperkenalkan kerjasama kolaborasi mereka bersama antara pelopor streetwear berpengaruh, Hirsjo Fujiwara menerusi jenamanya, Fragment.

Ura-ura kerjasama istimewa ini telah pun bertiup kencang sejak akhir bulan Jun lalu dengan pelancaran globalnya di Tokyo menerusi ‘Maserati meets Fragment’. Pada pelancaran tersebut dua model Special Edition of Maserati’s Ghibli menampilkan Operanera dan Operarabianca mendapat sentuhan Pengarah Kreatif Fragment, Hiroshi Fujiwara.

Manakala untuk musim luruh ini pula, tiba giliran Fragment menampilkan koleksi pakaian yang menampilkan elemen seni Fragment serta nilai estetika jenama Maserati. Dua gaya hoodie, t-shirt oversized dan topi besbol menampilkan logo dua jenaman ikonik tersebut.

Koleksi kapsul ini juga menampilkan gaya ‘rebel’ Fujiwara dan semangat membara yang sering dibawakan jenama kereta Maserati. Koleksi ‘Fragement meets Maserati’ ini kini boleh didapati di Maserati Store dan juga platform online Hypebeast.

IKLAN