Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa tekanan darah tinggi boleh berlaku kepada sesiapa sahaja terutamanya seseorang yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan sering berdepan tekanan kerja yang tinggi.

Dalam tinjauan terkini menunjukkan bahawa terdapat kira-kira 65 juta orang di seluruh dunia mempunyai risiko tekanan darah tinggi.

Kalau diikutkan angka itu memang sangat tinggi iaitu kira-kira 1 dalam 3 orang. Kondisi tekanan darah tinggi ini juga digelar sebagai ‘silent killer’ kerana ia tidak menunjukkan apa-apa simptoms. Namun ramai orang yang ada darah tinggi akan sering mendapat sakit kepala terutamanya bila tekanan meningkat tiba-tiba.

Jadi apakah jenis makanan yang mampu dan memberi kesan efektif untuk menurunkan tekanan darah tinggi?

Badam

Jenis Makanan Paling Efektif Untuk Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Boleh dikatakan sebagai makanan kegemaran wanita terutamanya bila dimakan bersama dengan ais krim. Tapi tahukah anda bahawa badam boleh menjadi sumber makanan yang boleh membantu menurunkan tekanan darah. Menurut kajian daripada Journal of Nutirion pada tahun 2016, peserta eksperimen mereka yang mengambil badam sebagai diet rendah kalorie mendapati tekanan darah mereka menurun ke tahap normal.

Dark Coklat

Jenis Makanan Paling Efektif Untuk Turunkan Tekanan Darah Tinggi

IKLAN

Biji koko kaya dengan anti oksidan dan juga theobromine yang bole membantu menurunkan tekanan darah. Namu jangan makan secara berlebihan kerana ia mengandungi klori dan lemak yang cukup tinggi.

BACA: Kalau Tak Mahu Sakit, Elak Buat 3 Kesilapan Ini Semasa Mengambil Cuka Epal

Jus anggur

Jenis Makanan Paling Efektif Untuk Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Sesetengah kajian mendapati angur merah dan ungu boleh membantu untuk mengelakkan terjadinya blood clots, merendahkan kadar kolestrol dan membantu mendapatkan kitaran darah yang sihat. Kalau nak lebih sedap campurkan jus bersama salad atau jadikan smoothie.

Bayam

Jenis Makanan Paling Efektif Untuk Turunkan Tekanan Darah Tinggi

IKLAN

Attention buat anda yang tak makan sayur. Mungkin sudah tiba untuk ubah diet anda dan cuba makan sayur! Bayam mempunyai khasiat yang banyak. Orang yang sering mengambil bayam dan sayuran daun hijau yang lain didapati kurang berisiko untuk mendapat tekanan darah tinggi.

Pistacio

Jenis Makanan Paling Efektif Untuk Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Dalam kajian jurnal Hypertension mendapati seseorang yang turut mengambil pistacio sebagai sebahgian daripada diet harian mereka mencatatkan penurunan tekanan darah tinggi. Walaupun masih banyak kajian yang perlu dilakukan namun penambahan psitacio di dalam diet anda sebenarnya tidak beri kesan buruk pun.

Bluberi

Jenis Makanan Paling Efektif Untuk Turunkan Tekanan Darah Tinggi

IKLAN

Journal of Nutrition mendapati individu berdepan masalah obesiti yang mengambil bluberi sebagai makanan di dalam diet utama mereka mencatatkan penurunan 4% sehingga 6% tekanan darah tinggi.

Susu rendah lemak

Jenis Makanan Paling Efektif Untuk Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Seseorang yang mengambil susu sebanyak 2 atau 3 kali dalam diet harian mereka mampu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi sebanyak separuh berbanding orang lain. Selain susu rendah lemak anda juga boleh menggunakan greek yogurt dan cottage cheese.

Bijirin

Jenis Makanan Paling Efektif Untuk Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Terdapat pelbagai jenis bijirin yang boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Ini kerana ia terdapat mineral yang kaya dengan potasium dan magnesium – dua khasit yang boleh membantu merendahkan tekanan darah tinggi.

Sumber: Men’s Journal

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI