Jenis Makanan Yang Lelaki Wajib Pilih Untuk Naikkan Aura Kelelakian, No 6 Ramai Lelaki Suka!

Share

Banyak makanan kegemaran yang bukan daripada pilihan yang baik untuk kesihatan dalaman lelaki. Sebagai lelaki, anda memerlukan nutrien untuk membantu anda mengekalkan jisim otot, mencegah kanser prostat dan menaikkan aura kelelakian. Pastikan pilihan jenis makanan yang terbaik dan tepat agar aura kelelakian anda terserlah.

Sama seperti wanita yang perlu mengambil makanan sihat sepanjang mereka hamil, lelaki juga memerlukan makanan sihat untuk kekal bertenaga bersama isteri dan macho di mata pasangan.

6 Jenis Makanan Bangkit Aura Kelelakian 

1. TIRAM

Ramai yang tidak tahu bahawa tiram merupakan sumber makanan cinta adalah sebenar. Kandungan antioksida dan zink mineral yang ada di dalamnya mampu membantu memperbaiki sel, menghasilkan DNA sihat sehinggalah mencegah penyakit kanser prostat.

FUNGSI SEKSUAL SISTEM PEMBIAKAN LELAKI TERMASUK BILANGAN SPERMA JUGA AKAN BERTAMBAH KERANA BANTUAN ZAT SEPERTI ZINK.

Namun, hati-hati jika tiram tidak dimasak sempurna kerana satu jangkitan dikenali sebagai Vibrio Vulnificus mungkin boleh menyerang anda nanti.

2. PISANG

Buah pisang merupakan sumber terpantas untuk mendapatkan tenaga, selain kaya dengan zat potasium yang diperlukan untuk mengawal saraf, denyutan jantung dan tekanan darah. Kandungan kalium dan magnesium juga boleh membantu mengurangkan risiko diserang strok.

KAYA DENGAN VITAMIN B-6, PISANG MEMBANTU MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI DAN MENAMBAH SEL DARAH MERAH.

Oleh itu, pastikan anda menikmati sebiji pisang setiap hari atau sebelum anda menuju ke gimnasium untuk belakan tenaga.

3. LEMAK IKAN

Ikan seperti salmon, sardin, tuna dan makarel merupakan ikan yang kaya dengan sumber omega-3 asid lemak. Pakar pemakanan juga menggalakkan anda untuk mengambil menu ikan dua kali dalam seminggu.

KEBAIKAN MENGAMBIL MAKANAN KAYA OMEGA 2 INI BAGI MEMBANTU MELANCARKAN PERJALANAN DARAH, MENGURANGKAN KANSER PROSTAT DAN MEMELIHARA KESIHATAN JANTUNG.

Jika anda bukan penggemar ikan, flaxseed, kacang walnut, minyak canola dan telur boleh diambil sebagai pengganti sumber lemak ikan.

4. BROKOLI

Kaya dengan vitamin C, beta karotin dan potasium, brokoli mampu membantu mengelakkan penyakit jantung dan kanser. Kandungan phytochemical yang digelar sulphoraphane pula merupakan bahan pencegah prostat dan kolon yang kerap menyerang lelaki.

BAGI ANDA YANG BUKAN PEMINAT BROKOLI, KUBIS, BOK CHOY, KUBIS BUNGA DAN TAUGEH BOLEH MEMBANTU ANDA MENCEGAH KERISAUAN DISERANG KANSER.

Kajian dari Universiti Harvard medapati, lima hidangan seminggu mampu membantu mencegah penyakit kanser pundi kencing.

5. KACANG BRAZIL

Kacang Brazil sangat baik untuk lelaki kerana kandungan seleniumnya yang tinggi. Ia merupakan bahan yang baik untuk meningkatkan kesihatan sperma dan mortilitinya.

Selenium juga membantu merendahkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol, selain bertindak untuk meningkatkan mood. Selain itu, ia juga baik untuk jantung dan hati.

6. TELUR

Berita baik untuk lelaki yang mudah mengalami keguguran rambut. Penyelesaiannya, masukkan telur ke dalam menu harian anda. Ini kerana ia adalah sumber protein dan biotin (vitamin B7) yang menggalakkan pertumbuhan rambut, malah kuning telur adalah sumber zat besi yang baik.

BANYAK PENYELIDIKAN MENYATAKAN IA MEMBANTU MENGURANGKAN KEGUGURAN RAMBUT YANG BERPUNCA DARIPADA ANEMIA.

Masih sempat lagi untuk anda menghala ke pasar pagi untuk mencari makanan-makanan sihat. Jika sebelum ini anda bukanlah seorang yang mementingkan kesihatan, masih belum terlambat lagi untuk anda menjaga kesihatan tubuh badan anda.

Hendak ‘pakai’ lama, kenalah jaga supaya wanita percaya anda sentiasa yang terbaik buat mereka.

sumber: lelakisihat.com

IKLAN