Pasaran dua roda semakin hangat dengan ketibaan model-model baru tentunya sempena perlumbaan MotoGP hujung minggu ini. Salah satu model dari Itali ini tidak ketinggalan membawa masuk dua model baharu bersama penampilan khas pelumba Pasukan Perlumbaan Aprilia, Sam Lowes. Sayangnya, Aleix Espargo tidak dapat turut serta pada acara berkenaan akibat kecederaan.
Pihak Naza Premira memperkenalkan Aprilia RSV4 RF dan Aprilia Tuono 1100 V4 Factory ke pasaran tempatan. Untuk makluman generasi pertama Aprilia RSV4 pertama kali dikeluarkan pada 2008. Boleh dikatakan lencana RSV4 merupakan motosikal kasta tertinggi dan kebanggaan Aprilia dalam segmen motor supersport dunia. Jentera ini didatangkan dengan prestasi berkuasa dan kelajuan yang tinggi.
Jentera berkenaan memiliki perangkat elektronik moden dan canggih. Ia juga beberapa kali memenangi perlumbaan WSBK. Kurang percaya?. Supersport RSV4 merupakan motosikal yang menghantar legenda Max Bianggi merangkul kemenangan sehingga sembilan kali di World Superbike Racing.
Dan..terkini pasaran tempatan menerima model RSV4 RF versi tertinggi. Menariknya RSV4 RF memakai warna Superpole ala livery yang digunakan di perlumbaan World Superbike. Kerana sudah terkenal di lintasan perlumbaan, tentunya anda sudah dapat mengandaikan susuk kuda besi buatan Aprilia ini.
REKAAN:
Desain sporty mewakili imejnya sebagai jentera perlumbaan bersesuaian dengan taqlinenya ‘direka untuk pelumba, dibangunkan untuk penunggang‘. Ciri aerodinamik sangat baik yang menyokong kelajuan maksimum saat menunggang.
Pandangan depan diserlahkan menerusi rekaan lampu unik yang menjadi ciri khas motor Aprilia iaitu tiga buah lampu saling terpisah. Ia juga didatangkan dengan ciri LED untuk pencahayaan lebih terang.
Cermin penghalang angin juga agak tinggi untuk melindungi terpaan angin daripada depan. Posisi duduk RSV4 RF sedikit menunduk dan seperti posisi tunggangan pelumba. Sementara, hendal jenis underyoke dipadankan dengan panelinstrumen digital yang menawarkan dua skrin berbeza di tengahnya.
Ads
Tangki minyak bersaiz 18.5 liter (termasuk bahagian simpanan 4L) direka dengan lekukan di kiri dan kanan buat penunggang meletakkan bahagian lutut mereka. Manakala rekaan belakangnya sedikit tirus tanpa pelana untuk penumpang belakang.
RANGKA:
RSV4 RF dibangunkan menggunakan rangka aluminium yang ringan dan kukuh. Di bahagian depan menggunakan suspensi Ohlins NIX USD 43mm yang mana peredamnya boleh dilaras. Manakala bahagian belakang dipasang dengan Ohlins TTX monoshock yang mana nisbah dan rendamannya boleh di laras dan pemilik juga boleh mengatur panjang jarak sumbu roda.
Bahagian kaki dipadankan dengan rim aloi aluminium bersaiz 17 inci bersama tayar 120/70 (depan) dan tayar belakang yang lebih besar 200/55.
Ads
Sektor brek tersangat penting bagi menghentikan jentera seberat 180kg ini. Justeru itu, Aprilia mempertaruhkan cakera terapung berganda bersaiz 330mm di depan dan cakera 220mm di belakangnya. Operasi membrek lebih selamat dengan adanya ciri ABS dari Bosch.
PRESTASI:
Aprilia RSV4 RF ini bukanlah jentera biasa. Motor tersebut memiliki tenaga sebesar 201hp pada 13, 000rpm dan tork 115Nm pada 10, 500rpm.
Enjin bersesaran 999.6cc DOHC penyejukan cecair, 4-silinder itu turut dipadankan dengan teknologi Ride by Wire serta dilengkapi dengan peralatan elektronik canggih seperti Unit Kawalan MM 7SM bersama 64 MHZ overclock.
Ads
Agihan kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi 6-kelajuan dan dipadukan dengan teknologi Aprilia Quick Shift (AQS).
Dikatakan kelajuan maksimum yang mampu dicapai oleh jentera ini ialah 250km/j.
PERALATAN ELEKTRONIK:
Jentera yang mematuhi regulasi Euro4 itu didatangkan dengan sistem elektronik standard antaranya Aprilia Performance Ride Control, Traction Control (ATC), Wheelie Control (AWC), Launch Control (ALC), kawalan kruise (ACC), pit limiter (APL), ABS selekoh, V4-MP, kotak gear elektronic up dan down (AQS).
HARGA: Harga jualan RSV4 RF ialah RM 127, 571 seunit (termasuk GST). Sebagai permulaan, Naza Premira membawa masuk lapan unit dan kesemuanya telah ditempah. Buat anda yang berminat perlu menunggu ketibaan stok seterusnya.
GALERI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai pemilik kereta pastinya anda sudah tahu apabila sudah tiba masanya atau kondisi semakin teruk tayar harus ditukar bagi memastikan pemanduan lebih selamat dan lancar.
Bila tayar sudah mula botak pastikan anda terus dengan segera menukarnya kerana memandu dengan tayar seperti itu sangatlah bahaya. Selain hanya mengetahui kondisi tayar yang sudah teruk apakah perkara perlu anda tahu sebelum menuakr tayar?
Jika selalu mengisi atau pam angin tayar pasti anda akan perasan dengan beberapa nombor dan huruf yang tercetak di bahagian sisi tayar. Apakah kod nombor dan huruf tersebut?
Sebenarnya ia bukanlah dicetak dan diletakkan di situ untuk hiasan semata. Kod pada tayar tersebut membawa maksud yang sangat penting melibatkan tayar tersebut.
MASKULIN tertarik dengan satu hantaran oleh Facebook Pakar Tayar Kereta yang menjelaskan tentang bagaimana caranya untuk membaca kod yang terletak pada sisi atau sidewall tayar.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah.
PENTING UNTUK TAHU KOD PADA TAYAR
Salah satu sebab kenapa anda perlu tahu membaca kod tersebut ialah ia boleh mengelak anda jadi mangsa penipuan apabila ingin menukar tayar. Bukanlah semua bengkel begitu tetapi tidak salah untukkita pelajarinya agar lebih bewaspada daripada menjadi mangsa.
Berikut cara membaca kod tayar dengan betul.
Sebagai contoh kod yang tertera seperti 185/65R13 96H
185 = Lebar (mm)
65 = Nisbah aspek (Lebar / Tinggi) dalam %
R = Radial
13 = Diameter rim (inci)
96 = Index beban (Had maksimum bebanan) – rujuk jadual dlm gambar
H = Had maksimum kelajuan
KOD TARIKH KELUARAN
Selain itu pada bahagian sisi tayar juga anda boleh mendapati makumat tentang tarikh keluaran tayar.
Jelas page Pakar Tayar Kereta, kalau lihat di sisi tayar, ada 4 angka tercatit contohnya 2511.
Maksud disebalik nombor tersebut ialah, tayar ini dikeluarkan oleh kilang pada minggu ke 25 tahun 2011.
Foto hiasan
Penting untuk tahu tarikh supaya anda tahu tayar yg anda beli adalah baru. Admin NASIHATKAN agar membeli tayar tidak lebih dari 4-5 bulan selepas pengeluaran tayar dari kilang.
Jadi anda dapat pastikan tayar anda baru dan cukup masa utk proses pematangan getah. Getah kalau terlalu lama, akan dapat macam-macam masalah. Ia menyebabkan tayar jadi keras, mudah retak, menggelembung, mengurangkan cengkaman pada jalan sekaligus berpotensi berlaku kemalangan serius.
Elakkan guna tayar yg sama lebih dari 4 tahun meskipun bunga tayar masih tebal. Maklumlah, ada sahaja pemandu yg jarang menggunakan kereta, mungkin sbb jarang guna kenderaan tersebut atau kereta terlalu byk. Keluar sahaja sedikit duit utk tukar tayar baru agar keselamatan lebih terjamin.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda! Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Keredit: Facebook Pakar Tayar Kereta
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jangan ingat kereta yang nampak bersih,bebas daripada kehadiran lipas. Mungkin anda tidak perasan ada sisa-sisa makanan terjatuh sehingga mengundang lipas bertapa dalam kereta.
Kalau ikutkan banyak petua perangkap lipas dalam kereta yang boleh anda gunakan. Salah satu perangkap lipas dalam kereta yang dikongsikan oleh Wajihah Derus Bilis Sabah adalah menggunakan bahan mudah dari dapur.
Tak payah sembur apa-apa cuma letak saja bancuhan air ini semalaman dalam kereta.
Umpan lipas alam kereta
2 hari umpan lipas dalam kereta, lumayan hasil dia.
1 bekas ni hasil malam tadi, yang semalam punya dah buang. Hasil banyak jugak semalam. Rasanya perlu buat sekali lagi malam ni..
Kalau sembur saja tak nampak lipas mati, buat macam ni banyak rupanya.
Bahan bancuhan -Susu pekat -Air paip
Bancuh dua bahan ini tapi jangan cair sangat. Buat sedap-sedap sikit Letak malam hari, esok pagi tengok hasilnya.
Sejak seminggu lalu topik tentang Inisiatif BUDI Madani RON95 (BUDI95) merupakan antara paling hangat diperkatakan.
Langkah strategik kerajaan ini diambil dalam melaksanakan rasionalisasi subsidi petrol bagi memastikan peruntukan sampai kepada golongan yang disasarkan.
Bermula 30 September 2025, semua rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria kelayakan, termasuk golongan lelaki bujang, akan dapat menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99/L.
Kelayakan utama untuk inisiatif ini adalah pemilikan MyKad dan lesen memandu aktif. Adalah penting untuk memastikan lesen memandu tidak tamat tempoh melebihi tiga tahun.
Had kuota bulanan sebanyak 300L telah ditetapkan, yang dijangka mencukupi untuk perjalanan sehingga 3,000km. Ini adalah peruntukan yang signifikan dan memadai untuk sebahagian besar pengguna, termasuk mereka yang kerap berulang-alik.
Prosedur Semakan Kelayakan dan Penggunaan Subsidi
Proses untuk menyemak kelayakan dan menikmati manfaat ini telah dipermudahkan. Pemohon hanya perlu memasukkan nombor MyKad di portal rasmi BUDI95 iaitu di budi95.gov.my tanpa perlu melalui proses pendaftaran yang rumit. Alternatif lain, pengguna boleh memanfaatkan aplikasi Setel untuk semakan kelayakan dan pengurusan kuota bulanan mereka.
Sekiranya status kelayakan menunjukkan “tidak layak”, ia mungkin disebabkan oleh masalah data seperti rekod lesen memandu yang tidak dikemas kini di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Atau anda mungkin ada isu berkaitan data MyKad dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Pihak yang terlibat dinasihatkan untuk mengambil tindakan proaktif dalam menyelesaikan isu-isu ini di kaunter jabatan yang berkaitan.
Penggunaan subsidi ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban kewangan harian, tetapi juga merupakan peluang untuk menguruskan perbelanjaan dengan lebih cekap.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.