Image by jcomp on Freepik

Tiada ibu bapa yang mahu meletakkan anak mereka di dalam kondisi bahaya apatah lagi sehingga meragut nyawa. Namun malang memang tak berbau. Bak kata orang kalau sudah ajal apa boleh kita buat.

Namun jika sesuatu perkara atau kesilapan itu sebenarnya boleh kita elakkan, pasti ia sesuatu yang cukup mendukacitakan terutamanya bila melibatkan nyawa.

Letak Barang Di Tempat Duduk Belakang, Ini Beberapa Tip Elak Anak Tertinggal Dalam Kereta

Tragedi kanak-kanak meninggal dunia akibat ditinggalkan di dalam kereta tanpa sedar oleh ibu atau bapa bukanlah satu perkara baharu. Tahun lalu sahaja sudah beberapa kali perkara ini dilaporkan berlaku.

Dan terbaru seorang kanak-kanak lima tahun dilaporkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam kereta.

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja di kawasan parkir di hospital Shah Alam selepas diambil dari sebuah taska berdekatan tempat kejadian sekitar jam 2 petang.

IKLAN

Tidak dapat nak dibayangkan apakah perasaan yang dilalui oleh ibu mangsa. Semoga tabah berdepan ujian ini.

Sebagai pengguna kereta, MASKULIN ingin kongsikan beberapa tip bagaimana untuk elakkan atau merendahkan risiko kejadian tidak diingini seperti ini berlaku.

Rutin Pemeriksaan

Selalu buat pemeriksaan rutin di dalam kereta sebelum keluar. Ini termasuk melihat ke belakang, ke tempat duduk anak, dan area lain di mana anak mungkin bersembunyi atau tertidur.

IKLAN

Gunakan Pengingat

Letakkan barang penting seperti dompet, telefon, atau beg kerja di tempat duduk belakang bersama anak. Ini akan memaksa anda untuk membuka pintu belakang dan memeriksa sebelum meninggalkan kereta.

Jadual Tetap

Jika anda mempunyai jadual tetap untuk menghantar anak ke sekolah atau penjagaan anak, minta pihak berkenaan menghubungi anda jika anak anda tidak tiba seperti biasa. Atau anda boleh set reminder setiap hari bekerja di telefon pintar pada tempoh tertentu.

Letak Barang Di Tempat Duduk Belakang, Ini Beberapa Tip Elak Anak Tertinggal Dalam Kereta
Image by ASphotofamily on Freepik

Teknologi Pengingat

Gunakan aplikasi atau peranti yang memberikan amaran jika anak ditinggalkan di dalam kereta. Beberapa kereta baru sudah dilengkapi dengan sistem pengingat ini.

IKLAN

Kesedaran Awam

Ikuti kempen kesedaran awam tentang risiko ini dan sertai komuniti yang membantu menyebarkan maklumat penting.

Pemeriksaan Rutin

Jika anda melihat anak yang terperangkap dalam kereta, segera hubungi bantuan dan cuba memberi pertolongan.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda semua.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI