7 cara kurangkan jerawat badan yang memang memburukkan kulit anda itu dengan cara ini. Selamat berjaya!
1. Mandi dengan lebih kerap
Ini adalah cara yang paling mudah dan berkesan sekali. Ini kerana jika anda mandi dengan lebih kerap, maka anda dapat merasakan kulit dan liang-liang kulit anda akan lebih bersih dan segar pada setiap masa. Ianya juga dapat mengelakkan longgokan minyak dan kotoran. Haruslah diingat, kulit yang bersih mampu mengelakkan pertumbuhan jerawat di badan.
2. Tukar sabun atau gel mandian yang sesuai
Ada kemungkinan besar juga bahawa jerawat badan mulai tumbuh adalah disebabkan oleh sabun atau gel mandian yang anda gunakan. Jadi anda seharusnya menukar sabun mandian yang biasa anda gunakan kepada sabun mandian yang baru dan kandungannya telah dibuktikan secara klinikal serta tidak mempunyai sebarang bahan yang boleh menyebabkan alergi pada kulit anda.
3. Tukar detergen
Jika anda menggunakan detergen keras berasaskan bahan kimia, anda bolehlah beralih kepada bahan pencuci yang lebih ringan yang dimana menjadikan kain cucian lebih lembut dan juga boleh membunuh kuman dengan betul. Oleh itu sentiasa ingat bahawa apabila anda memakai pakaian yang bersih adalah penting untuk mengelakkan sebarang pertumbuhan bakteria pada kulit anda, dan seterusnya akan mengelakkan jerawat tumbuh pada badan anda.
4. Minum air dengan lebih banyak
Minum air dengan kuantiti yang banyak adalah amat penting untuk mengekalkan kestabilan hormon di tubuh dalam badan anda. Minum air juga dapat membantu untuk mendetoksifikasi badan anda dan ianya juga menyingkirkan toksin untuk mengurangkan rembesan minyak, dengan itu ianya dapat melindungi liang kulit anda daripada tersumbat.
5. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng
Apabila anda makan terlalu banyak dan kerap makan makanan bergoreng, ianya akan meningkatkan tahap minyak dalam badan anda. ini akan menyebabkan liang kulit anda tersumbat dengan minyak, oleh yang demikian kelenjar badan anda kemudianya akan menghasilkan lebih banyak minyak daripada yang diperlukan dan keadaan ini akan menyebabkan pertumbuhan jerawat pada badan.
6. Pakai pakaian yang longgar
Terlalu banyak peluh adalah punca kepada pertumbuhan jerawatpada badan. Adalah amat penting bagi anda untuk memakai pakaian yang longgar bagi membolehkan kulit anda bernafas dengan sempurna. Anda juga perlu memilih fabrik yang lembut dan ringan yang dimana membolehkan udara melaluinya, seperti kapas dan linen.
7. Sapukan gel Aloe Vera
Gel Aloe Vera adalah salah satu bahan melegakan kulit daripada kerengsaan dan kemerahan yang disebabkan oleh jerawat. Ia mampu untuk mengeringkan jerawat dan dapat mengeluarkan minyak berlebihan daripada liang kulit agar kulit anda dapat bernafas dengan sempurna.
Sumber : RamenPedas
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hubungan unik antara manusia dan burung sememangnya sudah dapat disaksikan sejak ratusan tahun lamanya. Boleh dikatakan setiap negara pasti mempunyai budaya membela burung yang cukup unik. Ada yang membelanya sebagai hobi, membantu mencari nafkah dan tidak kurang juga sebagai simbol status.
Di Malaysia sendiri masyarakat Melayu dan Cina khususnya memang gemar membela burung. Tapi ramai tak tahu membela burung ini bukanlah satu hobi yang murah.
Penjagaannya memang memakan kos yang cukup tinggi. Namun bila bercakap tentang kos, kita memantg tidak akan dapat lawan peminat burung di negara Teluk.
Masyarakat Arab khususnya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mempunyai budaya membela sejenis burung helang falcon atau lebih tepat Falco rusticulous. Ia merupakan sejenis burung pemangsa yang terkenal sebagai burung terpantas di dunia.
Percaya atau tidak burung falcon mampu menjunam dari udara ke bawah pada kelajuan 320 km/j!
Melatihnya juga memerlukan skil serta pengetahuan luar biasa. Jadi tidak hairanlah harganya mampu mencatatkan jutaan ringgit.
Terbaru, sekor burung helang falcon diberi nama Ab Ultra White Gyrfalcon telah dijual dalam satu acara lelongan di Arab Saudi pada harga mencecah USD$464,400 (RM1.9 juta).
Acara lelongan burung spesies jarang ditemui iaitu Falco rusticolus itu dianjurkan Lelongan Pembiak Burung Helang Antarabangsa (IFBA) yang berlangsung di ibu pejabat Kelab Burung Helang Arab Saudi di Malham, utara Riyadh.
Penjualan burung diberi nama Ab Ultra White Gyrfalcon tersebut telah secara tidak langsung menjadi rekod terbaharu untuk burung helang paling mahal pernah dijual di dunia. Lelongan tersebut disiarkan secara maya dan sudah berlangsung sejak bulan lalu.
Menurut laporan Saudi Press Agency, burung berkenaan dikatakan berasal dari Ladang Helang Barat Laut Pasifik yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Jualan burung berkenaan rekod sebelumnya apabila Super White Gyrfalcon dari penternak berpangkalan di Kanada dijual pada harga USD$93,347 (RM386,129).
Ada duit semua jalan. Bela burung pun sampai berjuta harganya. Hebat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Apakah hukum orang solat dengan memakai baju singlet?
Jawapan:
Singlet adalah suatu pakaian dalaman yang tidak berlengan dan ia biasanya dipakai oleh orang lelaki. Dalam erti kata lain, seseorang yang menunaikan solat dengan memakai singlet bererti dia solat dalam keadaan memakai baju yang tidak berlengan dan mendedahkan bahagian bahunya. Berkenaan hal ini, tidak dinafikan bahawa di sana terdapatnya riwayat yang berkaitan. Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Janganlah salah seorang dari kamu solat dengan pakaian yang satu, yang mana tidak ada sesuatu di atas dua bahunya.
Riwayat Al-Bukhari (359)
Berdasarkan zahir hadis di atas, terdapatnya larangan ke atas perbuatan solat dalam keadaan bahagian bahu terdedah. Di dalam kaedah usul fiqh mengatakan, bahawa larangan itu membawa erti pengharaman. Justeru, sebahagian para ulama mengatakan bahawa perbuatan tersebut adalah haram.
Imam Ibn Qudamah Al-Maqdisi Rahimahullah mengatakan: Wajib ke atas seseorang yang solat untuk meletakkan sesuatu daripada pakaian di atas bahunya, sekiranya dia mampu untuk melakukannya. Inilah pendapat Ibn Al-Munzir dan dihikayatkan daripada Abu Ja’far, beliau berpendapat bahawa tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak menutup bahunya. Manakala majoriti para fuqaha pula berpendapat: Yang demikian itu tidak wajib, dan ia bukanlah syarat sah solat. Inilah pendapat Imam Malik, dan Imam Al-Syafie, kerana kedua bahu tersebut bukanlah aurat maka ia menyamai baki anggota badan yang lain. Lihat Al-Mughni, Ibn Qudamah (1/618).
Manakala Imam Al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim (2/274) apabila mensyarahkan hadis ini beliau berkata: Kata para ulama: Hikmahnya adalah, jika dia memakai baju dan tidak ada sesuatu di atas bahunya, maka tidak selamat daripada terdedah bahagian auratnya, berbeza dengan jika diletakkan pakaian di atas bahu. Kata beliau lagi: Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Al-Syafie serta jumhur berpendapat: Larangan itu menunjukkan kepada makruh tanzih, bukannya kepada pengharaman. Jika seseorang itu solat hanya dengan memakai satu pakaian yang menutup auratnya, tetapi tidak menutup bahagian bahunya maka solatnya dikira sah berserta hukum makruh. Sama ada dia mampu meletakkan sesuatu di atas bahunya ataupun tidak. Manakala Imam Ahmad dan sebahagian para salaf berpendapat bahawa solatnya tidak sah sekiranya dia mampu meletakkan sesuatu (daripada pakaian) di atas bahunya. Manakala dalam riwayat lain yang juga daripada Imam Ahmad bin Hanbal beliau berpendapat bahawa solatnya adalah sah, akan tetapi berdosa jika dia meninggalkan meletak sesuatu dari pakaian di atas bahunya.
Kesimpulan
Setelah meneliti dan menilai isu ini dengan merujuk kepada nas-nas berkaitan berserta pandangan para ulama, kami menyatakan bahawa solat dengan memakai singlet, atau tidak memakai baju yang mendedahkan kedua-dua bahu orang lelaki, hukumnya adalah MAKRUH dan solat tersebut sah. Hayatilah firman Allah S.W.T:
Maksudnya: Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat kami ketika berada di setiap masjid.
Surah Al-A’raaf (31)
Imam Al-Thabari Rahimahullah di dalam tafsirnya mengatakan bahawa perkataan خُذُوا زِينَة di dalam ayat bererti pakaian yang menutup aurat. Kami berdoa semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.
SUMBER: MUFTI WP
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kalau di Malaysia mungkin kita jarang nampak dan dengar selebriti akan membawa bodyguard untuk menjaga keselamatan mereka setiap masa. Tapi lain pula yang berlaku di Holywood, mereka sentiasa perlu diawasi setiap masa, lebih-lebih kala berada di tempat awam agar keselamatan sentiasa terjaga sekaligus mengelakkan sebarang risiko ‘diserang’ peminat.
Wow! Walaupun tidak berambut, pengawal peribadi Adele ini memang ternyata kacak! Tapi kalau tengok bentuk muka lelaki ini, dia ada iras-iras seperti rupa orang perancis. Mungkin kerana keningnya yang ‘garang’ tu. Apa pendapat korang?
Masih lagi berkarakter kepala gondol yang jadi pilihan kebanyakan selebriti popular ini. Pengawal peribadi yang bekerja untuk Lady Gaga adalah salah seorang yang sering menjadi perhati gadis-gadis diluar sana. Kalau dilihat betul-betul, lelaki ini mempunyai sepasang mata berwarna biru terang.
Memang sudah menjadi lumrah bagi seorang pengawal peribadi memiliki karakter yang sukar hendak senyum kan? Bila tak senyum pun dah nampak macho macam ni, apa lagi kalau dia senyum. Nampak gaya, masa sekolah dulu lelaki ni mesti pemain rugbi.
Siapa sangka aktres ini ada pengawal peribadi kacak yang sentiasa melindunginya. Sasa, berambut lebat dan berjambang. Agak-agak dia ini sudah berpunya ke belum?
Okay, kita faham. Cita rasa Ariana Grande mungkin yang berwajah ‘jambu’ sebegini. Boleh tahan comel!
Walaupun telinga capang, handsome tetap handsome okay! Sasanya badan dia sampai urat tangan pun timbul tu. Perempuan mana je yang berdegup jantung bila berdepan dengan lelaki macam ni. Manalah Jennifer Lawrence dapat pengawal peribadi yang kacak macam ni. Jealous!
Entah kenapa, sekali pandang macam pemain bola pun ada lelaki ni. No offence, memang kacak pengawal peribadi Katy Perry! Kalau dia senyum atau gelak mesti buat hati kita semua luluh.
Lain daripada yang lain, nampaknya jejaka tampan yang memiliki air muka Cina ini adalah pengawal peribadi yang kerap mengawasi adik-beradik Kardashians! Dari Kim, Kourtney hinggalah kepada Kylie Jenner, empunya nama Tim Chung atau lebih selesa dipanggil Tim C ini bisa membuatkan ramai wanita cair!
Jika kamu ingat lagi, Tim C inilah yang sering digosipkan dengan Kylie sejak awal bulan ini kerana ramai menganggap bapa sebenar kepada bayi sulung Kylie iaitu Stormi bukanlah Travis Scott sebaliknya, adalah anak hasil hubungan Kylie dengan Tim C dek kerana memiliki bentuk mata yang ‘sepet’. Kesian, tak pasal-pasal Tim ni kena gosip.
Teringin tak jadi pengawal peribadi bintang Hollywood? Tapi kena pastikan wajah kacak dulu tau…hehe
Sumber : wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.