Bersempena Sukan Paralimpik Paris 2024, Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) memperkenalkan jersi rasmi yang akan dipakai kontinjen negara ke temasya itu.
Menerusi hantaran di laman media sosial rasmi PCM, rekaan jersi bagi atlet paralimpik negara turut menggunakan corak belang harimau seperti jersi rasmi atlet negara ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Foto: Atlet renang paralimpik negara, Muhammad Imaan Aiman memperagakan jersi rasmi untuk Sukan Paralimpik Paris 2024. (Sumber: Facebook Paralympic Council Malaysia)
Yang membezakannya ialah, corak belang harimau jersi kali ini menggunakan warna-warna yang melambangkan bendera Jalur Gemilang seperti merah, kuning, dan biru.
Dengan menggunakan rona putih sebagai warna dasar jersi, ia menyerlahkan corak belang harimau berwarna jalur gemilang itu.
Pakaian rasmi itu diperagakan oleh atlet renang paralimpik, Muhammad Imaan Aiman dan atlet boccia, Abdul Razzaq Abdul Rahman.
Foto: Atlet boccia negara, Abdul Razzaq Abdul Rahman memperagakan jersi rasmi untuk Sukan Paralimpik Paris 2024. (Sumber: Facebook Paralympic Council Malaysia)
Lebih Cantik Dari Jersi Atlet Olimpik
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memuji rekaan jersi rasmi bagi atlet paralimpik negara ini.
Ads
Melihat rekaan pakaian itu sahaja sudah membakar semangat kesukanan, apatah lagi apabila berentap di persada antarabangsa nanti.
Malah, ada juga warga maya yang berminat untuk membeli jersi tersebut jika ada dijual kepada umum.
Foto: Tangkap layar antara komen warga maya di hantaran Facebook Paralympic Council Malaysia.
Pengumuman pakaian rasmi atlet paralimpik dengan rekaan yang segar dan bersemangat ini seakan memulihkan rasa kecewa rakyat Malaysia melihat pakaian rasmi atlet olimpik negara.
Selain rekaan yang dikatakan tidak segar kerana masih kekal dengan rona hitam dan jingga seperti yang pernah digunakan sebelum ini, rakyat Malaysia turut kecewa apabila logo Jalur Gemilang tidak ditonjolkan dalam warna sebenar pada jersi.
Lebih memburukkan keadaan apabila pengumuman pakaian rasmi itu dilakukan dengan hanya menggunakan patung mannequin, sedangkan ramai atlet negara yang boleh memperagakan pakaian tersebut.
Jenama mewah, Michael Kors dengan sukacitanya meelancarkan kempen iklan Musim Luruh 2023 untuk MICHAEL Michael Kors dan Michael Kors Mens.
Michael Kors mendapat inspirasi daripada pengembaraannya. Pertemuannya baru-baru ini dengan The Louvre di Paris mengilhamkan reka bentuk monogram kekisi berlian MK Empire Logo. Bersahaja namun gah, logo baharu itu memancarkan rasa bangsawan yang tidak dapat disangkal, sama seperti pantulan terang Louvre di langit malam Paris.
“Paris sentiasa menjadi sumber inspirasi yang tidak berkesudahan untuk saya,” kata Michael Kors. “Ia adalah bandar yang membuatkan anda ingin duduk di kerusi dan memerhatikan orang ramai kerana ia adalah filem fesyen terhebat sepanjang masa. Dan itulah yang saya ingin zahirkan di kempen ini.”
Untuk pakaian ready-to-wear MICHAEL Michael Kors, Musim Luruh 2023 menawarkan sentuhan glamor pada pakaian bermusim, cetakan harimau bintang siang ke malam dan pakaian luar yang mewah dan canggih. Palet warna neutral yang kaya, mudah dan hits imbangan hitam cetakan tebal dan aksen stud, digabungkan untuk mencipta pakaian musim luruh yang sempurna.
Logo Empire yang elegan dipamerkan pada pakaian luar dan aksesori. Cetakan Logo Empayar Michael Kors menjadikan siluet perkakasan terbaharu jenama itu sebagai tarikan utama. Logo Empire dibayangkan semula sebagai corak rantaian yang menarik, dicetak dan ditenun dalam jacquard mewah, pada segala-galanya daripada lapisan ringan hingga ke bagasi dan beg tangan.
Fabrik Jacquard yang terkenal dengan keindahan corak tenunannya, berdiri sebagai lambang sebenar kualiti hebat dalam bidang tekstil. Dicipta dengan perhatian yang teliti terhadap butiran, Jacquard menggunakan alat tenun khas yang menganyam motif yang rumit, tekstur dan reka bentuk yang rumit ke dalam fabrik itu sendiri, menjadikan setiap karya sebagai karya seni.
Di sebalik tarikan estetiknya, ketahanan dan kekayaan fabrik Jacquard memastikan ia bukan sahaja menghiasi, malah bertahan, menjadikannya pilihan yang diidamkan untuk haute couture, upholsteri dan hiasan rumah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ya, janga pula anda ambil ringan akan hal ini. Duduk terutamanya dalam keadaan postur yang tidak betul boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka masa yang panjang.
Tidak dinafikan ramai dfi antara anda sudah terbiasa dengan meluangkan masa di meja kerja berjam-jam lamanya setiap hari.
MASKULIN yakin, anda sendiri pun sebenarnya mungkin sudah sedia maklum bahawa kebiasaan duduk terlalu lama sebenarnya tidak baik untuk kesihatan.
Hal ini kerana ia bukan sahaja mengundang kepada masalah kegemukan, duduk tanpa melakukan banyak aktiviti juga akan meningkatkan tekanan darah, meningkatkan potensi penyakit jantung, diabetes, buasir dan banyak lagi.
Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna anda tidak boleh menghindari dan mengatasinya bagi memastikan tubuh badan anda tetap sihat.
Menurut satu penelitian bahawa dengan berolahraga dan membuat beberapa aktiviti kecergasan secara rutin dapat membantu serta mencegah seseorang mendapat pelbagai kesan buruk terutamanya ke atas kesihatannya jika duduk terlalu lama.
JAGA FUNGSI ORGAN
Penelitian ini menekankan bahawa aktiviti fizikal menjadi suatu perkara yang penting yang boleh menjaga fungsi organ tubuh tetap aktif setelah duduk selama berjam-jam lamanya tanpa melakukan aktiviti.
Orang yang menghabiskan waktu untuk tidak bergerak, sama ada kerana tuntutan kerja, sedang bersantai atau kerana gaya hidupnya, ternyata dapat menurunkan risiko serangan penyakit dengan cara rutin olahraga.
Para peneliti menganalisis data statistik mengenai kesihatan bagi orang dewasa telah membuat perbezaan dua kelompok antara mereka yang sering berolahraga dengan mereka yang duduk sepanjang hari.
AKTIF LEBIH BAIK
Bagi mereka yang sering duduk sepanjang waktu dan tidak melakukan kegiatan fizikal aktif ternyata lebih cenderung mengalami sakit pinggang, hipertensi, penyakit jantung dan diabetes serta mengalami kenaikan kolesterol jahat berbanding dengan mereka yang rajin olahraga.
Penelitian ke atas mereka yang lebih gemar duduk juga menunjukkan tahap kesihatan dan kecergasan yang menurun berbanding mereka yang kekal aktif dengan pelbagai aktiviti fizikal. Jadi buat mereka yang sentiasa sibuk di meja kerja, biasakan diri untuk membuat regangan dan senaman ringan walaupun di pejabat.
Elakkan penggunaan lif dan sebaik-baiknya menggunakan tangga. Parkirlah kenderaan jauh dari bangunan pejabat kerana dengan cara ini anda dapat bersenam antara 5 hingga 10 minit walaupun hanya berjalan.
Kepada anda yang nak pulang ke kampung halaman tu, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) memberi diskaun tol sebanyak 50 peratus pada Rabu dan Khamis ini (13 dan 14 Jun) sempena sambutan Aidilfitri.
PLUS telah memberi kenyataan bahawa, pemberian diskaun itu berkuat kuasa dari 12.01 tengah malam Rabu (13 Jun) hingga 11.59 malam Khamis (14 Jun).
Diskaun ini ditawarkan untuk semua kelas kenderaan. Ia diberikan kepada pengguna secara langsung ketika membayar atau melakukan transaksi bayaran tol dalam tempoh tersebut.
Sebagai contoh, sekiranya anda mula memasuki lebuh raya pada 8 malam Selasa (12 Jun) tetapi keluar dari lebuh raya dan membuat bayaran tol pada 1 pagi Rabu (13 Jun), mereka akan menikmati diskaun tersebut,” kata kenyataan itu.
Diskaun itu merangkumi pembayaran tol di semua plaza tol di lebuh raya PLUS dan LPT2 kecuali di Plaza Tol Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor.
Sementara itu, Jambatan Pulau Pinang mengenakan kadar tol sebanyak 70 sen bagi kelas kenderaan satu, kelas kedua (RM3.50), kelas ketiga (RM6), kelas keempat (RM12.50), kelas kelima (RM22.50), kelas keenam (RM30) dan kelas ketujuh (RM37.50) pada 13 dan 14 Jun ini.
BERNAMA&BH
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.