Dunia bola sepak telah dikejutkan dengan tragedi yang menimpa bintang pasukan Juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool. Diogo Jota dan adiknya Andre Silva telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Sepanyol.

Dlam tempoh kurang dua bulan Jota membantu Liverpool menjadi juara EPL, kemudian membantu pasukan kebangsaannya, Portugal memenangi UEFA Nations League. Dan dua minggu lalu berkahwin dengan pasangannya yang dikenali sejak zaman remaja. Dalam sekelip mata, kemalanagan ini mengubah segalanya.

Sejak semalam tidak putus-putus kata-kata tribute daripada rakan-rakan pasukan dan juga pemain serta pengurus bola sepak di seluruh dunia mengucapkan takziah.

Walaupun kehadirannya di dunia bola sepak tidak sepanjang pemain lain yang pernah dianggap legenda, Diogo Jota tetap meninggalkan impak luar biasa.

Berikut MASKULIN kongsikan 11 fakta menarik tentang pemian yang menyarung jersi nombor 20 Liverpool, Diogo Jota.

1. Permulaan Karier 

11 Fakta Menarik Tentang Legenda Liverpool, Diogo Jota

Jota memulakan karier profesional pada usia 17 tahun bersama Paços de Ferreira dan menjadi penjaring termuda kelab itu dalam sejarah Primeira Liga. Bakatnya sudah jelas terpancar sejak awal.

2. Pemain Bola & Gamer Profesional

11 Fakta Menarik Tentang Legenda Liverpool, Diogo Jota

Ads

Selain bola sepak, Jota adalah pemain eSports aktif. Pada Februari 2021, dia menduduki tempat pertama dalam ranking FIFA 21 Champions Leaderboard dan memiliki pasukan eSports tersendiri, Luna Galaxy.

3. Gol Ke-10,000 Liverpool

Jota menjaringkan gol ke-10,000 Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Midtjylland, sekali gus menempatkan dirinya dalam sejarah kelab.

4. Konsisten di Anfield

11 Fakta Menarik Tentang Legenda Liverpool, Diogo Jota

Beliau merupakan pemain pertama yang berjaya menjaringkan gol dalam empat perlawanan liga pertama di Anfield, mencerminkan adaptasi pantas dan impak besar sejak awal penyertaan.

5. Pakar Jaringan Pelbagai Gaya

Jota termasuk dalam kalangan pemain eksklusif yang menjaringkan lebih 10 gol menggunakan kepala, kaki kanan dan kaki kiri dalam Liga Perdana Inggeris.

Ads

6. Mesin Gol The Reds

Sejak menyertai Liverpool pada 2020, beliau menjaringkan 65 gol dalam 182 perlawanan, membantu kelab memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA, dan dua kali Piala Liga.

7. Ikon Bola Sepak Portugal

11 Fakta Menarik Tentang Legenda Liverpool, Diogo Jota

Dengan 49 kaps dan 14 gol antarabangsa, Jota membantu Portugal menjulang trofi Liga Negara-Negara UEFA pada tahun 2019 dan 2025.

8. Jejak Awal di Atlético Madrid

Setelah meninggalkan Paços de Ferreira, Jota menyertai Atlético Madrid pada 2016, walaupun tidak sempat beraksi bersama skuad utama, beliau dipinjamkan dan mengasah bakat di FC Porto dan Wolverhampton.

9. Latar Belakang Keluarga

Jota dilahirkan di Porto pada 4 Disember 1996 dan membesar dalam persekitaran yang menyokong minat bola sepaknya sejak kecil. Beliau juga sangat rapat dengan adiknya, André Silva.

Ads

BACA: Dunia Bola Sepak Berduka, Diogo Jota Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Jalan Raya

10. Detik Bahagia & Kehilangan

11 Fakta Menarik Tentang Legenda Liverpool, Diogo Jota

Jota berkahwin dengan cinta hatinya, Rute Cardoso, pada 22 Jun 2025. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata sebelum tragedi meragut nyawa beliau.

11. Kematian yang Mengejutkan Dunia Bola Sepak

Pada 3 Julai 2025, Jota dan adiknya maut dalam kemalangan jalan raya tragik di Sepanyol apabila tayar Lamborghini yang mereka naiki meletup lalu terbabas dan terbakar. Pemergiannya meninggalkan kekosongan besar di hati peminat.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI