Jika Ada Beberapa Petanda Ini, Tukarlah Bilah Pengelap Kereta Dengan Segera!

Share

Sebagai pemandu kereta di negara bercuaca tropika seperti negara kita Malaysia anda pastinya susah sedia maklum akan situasi di mana tiba-tiba hujan turun mencurah-curah dengan tiba-tiba.

Bila cuaca seperti ini berlaku ia semestinya menjejaskan serba sedikit pemanduan anda di atas jalan raya. Di sinilah fungsi wiper atau bilah pengelap kereta memainkan peranannya demi memastikan bukan sahaja kadar penglihatan yang baik malah memastikan pemanduan lebih selamat.

Disebabkan itulah kita sebagai pemandu dan pemilik kereta perlu peka akan kondisi bilah pengelap berada dalam keadaan yang baik dari semasa. Bagaimana untuk tahu sama ada ia dalam kondisi yang baik atau sebaliknya?

Car inside photo created by jcomp – www.freepik.com

Ada beberapa petanda yang boleh anda perhatikan. Berikut empat petanda utama boleh anda perhatikan bahawa bilah pengelap perlu ditukar dengan segera.

‘MELOMPAT-LOMPAT’ BILA DIPASANG

Apa yang dimaksudkan dengan melompat-lompat di sini? Ia bermaksud pergerakan bilah pengelap tidak lancar. Apbila ia dipasang pergerakannya melantun-lantun atau ‘skipping’ hingga mengeluarkan bunyi yang kuat. Malah, air juga tidak dapat dilap dengan baik walaupun dipasang pada kelajuan maksima.

KESAN CORETAN BILA DIPASANG

Bilah pengelap yang sudah rosak biasanya getahnya sudah haus. Jadi akibat tidak rata ia akan memberikan corak yang seolah-olah ada coretan pada cermin. Jika dibiarkan lama cermin kereta anda juga boleh rosak.

KESAN ‘PECAH’ & TIDAK SEKATA

Selain itu, bilah pengelap yang tidak sempurna juga boleh menyebabkan ia berfungsi dengan ada kesan ‘splitting’ atau nampak kesan seakan pecah. Itu bermakna bilah pengelap kereta anda sudah tidak rata dan rosak.

BUNYI TERLALU KUAT

Bilah pengelap yang sudah tidak elok akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Ini disebabkan geseran di antara bilah pengelap yang mungkin sudah tidak ada lapisan getah yang baik bergeser denfan cermin. Walaupun cermin dibasahi air hujan bunyinya tidak akan hilang. Itu bermakna anda perlu tukar dengan segera!

Anda terdapat salah satu petanda di atas tukarlah bilah pengelap kereta anda dengan segera. Ia sangat penting bagi memastikan keselamatan anda terjamin ketika memandu dalam cuaca hujan.

Semoga bermanfat.

Kredit: James Alatin

IKLAN