Selain workout, pemakanan juga antara yang perlu dijaga tetapi ramai yang selalu gagal kerana Malaysia adalah sebuah negara yang ada makanan lazat di mana-mana sahaja. Jadi ada keperluan pengambilan makanan diet yang sesuai untuk menaikkan otot perut.
Bagi memudahkan disiplin anda, MASKULIN kongsikan makanan diet untuk menaikkan otot perut yang nampak simple tetapi boleh buat anda rasa kenyang lebih lama.
Para pengkaji di Pennington Biomedical Research Center menemukan fakta bahawa orang yang mempunyai masalah berat badan berlebihan boleh mengurangkan jumlah pemakanan harian dengan makan telur setiap pagi kerana telur boleh menimbulkan rasa kenyang yang lebih lama.
Kajian tersebut juga membuktikan telur dapat menurunkan hormon nafsu makan dan meningkatkan hormon PPY iaitu hormon yang boleh membuatkan anda kenyang. Tambahan pula, telur adalah kombinasi yang sempurna daripada protein dan lemak sehingga menjadi menu terbaik untuk setiap kali sarapan.
2. Buah avocado
Buah avocado yang berwarna hijau ini bukan sekadar lazat untuk dimakan malah kaya dengan serat dan lemak yang baik untuk jantung. Makanan yang mengandungi lemak dan serat tinggi ini juga memerlukan waktu yang agak lama untuk dicernakan di dalam tubuh sekali gus membuatkan anda kenyang lebih lama tanpa harus mengambil makanan yang banyak kalori.
Kajian juga menunjukkan bahawa asid oleic acid yang terkandung dalam avocado boleh ‘memerintahkan’ otak untuk memberitahu bahawa perut anda sudah kenyang dan tidak perlu makan lagi dalam waktu yang terdekat. Tapi perlu diperhatikan, buah avocado ini mempunyai jumlah kalori yang sangat tinggi. Oleh itu, hadkan pengambilannya dengan makan setengah potong sahaja setiap hari.
3. Kekacang
Setiap bahagian kekacang seperti kacang merah dan buncis mengandungi protein, karbohidrat kompleks dan lemak yang baik. Komposisi yang terkandung dalam kekacang ini dapat menjaga stamina tubuh sehingga anda tidak berasa begitu lapar. Kandungan dalam kekacang juga baik untuk menjaga gula darah.
4. Yogurt
Gula yang rendah dan kalsium yang tinggi membuatkan yogurt menjadi makanan yang boleh mengenyangkan untuk jangka masa yang lama.Protein yang terkandung dalam yogurt juga boleh membuatkan perut cepat kenyang. Sementara itu, lemak yang terkandung dalam yogurt memberi signal kenyang lebih lama berbanding biasa.
5. Sup
Kajian terbaharu dari Pennsylvania State University menyatakan bahawa individu yang menghabiskan semangkuk sup ayam boleh menikmati 100 kalori lebih rendah dalam makan siangnya berbanding mereka yang menikmati menu-menu lain. Namun begitu, sup yang dicadangkan adalah sup berkuah yang rendah kalori. Kandungan air, rasa hangat kuah sup dan khasiat pelbagai sayuran yang penuh serat dapat mengurangkan keinginan anda untuk makan secara berlebihan.
Fakta – Melihat skrin komputer secara berterusan selama berjam-jam akan menyebabkan ketidakselesaan pada mata atau dikenali sebagai sindrom penglihatan komputer (CVS).
CVS akan terjadi pada seseorang yang membuat pergerakan sama setiap masa contohnya kanak-kanak yang bermain permainan video secara mudah alih. Ia juga boleh berlaku pada mereka yang menggunakan komputer dalam aktiviti harian secara berterusan terutamanya jika pencahayaan dan kedudukan komputer tidak sesuai.
Namun masih belum terbukti CVS akan menyebabkan kerosakan kepada mata contohnya katarak. Simptom CVS adalah seperti mata kabur, penglihatan berganda, mata kering dan merah, iritasi, sakit leher, sakit belakang serta sakit kepala. Jika simptom ini tidak dirawat, ia akan menjejaskan prestasi kerja individu terbabit.
MITOS: MEMBACA DALAM KEADAAN SAMAR AKAN MEROSAKKAN MATA
Fakta – Menurut Pakar Oftalmologi dari Cleveland Clinic Cole Eye Institute, Dr Richard Gans, cahaya samar akan menyebabkan mata kurang berkedip, sukar untuk fokus dan mengakibatkannya menjadi penat serta kering.
Ketidakselesaan ini tidak menyebabkan sebarang kerosakan pada struktur atau fungsi mata. Bagi menyelesaikan masalah ini, pesakit hanya perlu menggunakan ubat titis sebagai pelembap. Jelasnya, tiada bukti saintifik yang membuktikan bahawa membaca di dalam cahaya samar akan menyebabkan kerosakan pada mata.
MITOS: MENONTON TELEVISYEN PADA JARAK DEKAT AKAN MEROSAKKAN MATA
Fakta – Kenyataan ini tidak benar, sama seperti membaca dalam keadaan samar. Ia tidak akan merosakkan mata sama ada disebabkan terlebih fokus ataupun dari segi radiasi.
Kanak-kanak yang melakukan sedemikian mungkin bagi melihat imej di televisyen dengan lebih jelas dan ini petanda mereka mungkin memerlukan kaca mata.
MITOS: MENCABUT GIGI MENYEBABKAN PENGLIHATAN KABUR.
Fakta – Pesakit akan diberikan suntikan bius setempat sebelum proses mencabut gigi dilakukan. Kebiasaannya, suntikan pada gusi bawah tidak menyebabkan masalah pada mata.
Penglihatan berganda dan mata kabur adalah kesan sampingan kepada agen bius setempat iaitu lidocaine atau xylocaine. Kesan sampingan ini selalunya bersifat sementara, tetapi jika ia berterusan, pesakit dinasihatkan berjumpa pakar oftalmologi untuk rawatan lanjut.
MITOS: MERENUNG MATAHARI SECARA LANGSUNG BOLEH MEROSAKKAN MATA
Fakta – Ini adalah benar. Melihat matahari secara langsung bukan saja akan menyebabkan sakit kepala dan penglihatan menjadi herot sementara tetapi ia juga boleh mengakibatkan kerosakan mata secara kekal.
Cahaya matahari akan mengakibatkan radiasi ultra lembayung pada mata yang menjadi penyebab kepada penyakit mata seperti degenerasi makular, solar retinitis dan distrofi kornea.
Waktu gerhana matahari adalah tempoh paling berbahaya jika mata merenung matahari kerana pada waktu itu kecerahan cahayanya akan berkurangan tetapi radiasi yang boleh menyebabkan kerosakan mata tidak berubah.
MITOS: MAKAN LOBAK MERAH AKAN MEMULIHKAN RABUN MATA.
Fakta – Lobak merah adalah makanan yang kaya dengan beta karotena iaitu pigmen karotid yang juga dijumpai di dalam oren, sayur-sayuran, keju, susu, kuning telur dan hati.
Karotid adalah pelopor penting bagi vitamin A. Kekurangan vitamin A yang ekstrem akan menyebabkan kebutaan seperti yang berlaku di kebanyakan negara yang sedang membangun.
Vitamin A boleh membantu dalam mengatasi masalah katarak dan degenerasi makular, tetapi jika masalah penglihatan tidak berkait dengan kekurangan vitamin itu, ia tidak akan berubah walau sebanyak mana pun memakan lobak merah.
MITOS: KANAK-KANAK TIDAK PERLU MENJALANI PEMERIKSAAN MATA SEHINGGA MEMASUKI ALAM PERSEKOLAHAN.
Fakta – Pemeriksaan mata seawal usia tiga hingga tujuh tahun perlu untuk mengelakkan terjadinya masalah mata malas atau ambliopia. Perkembangan mata kanak-kanak yang kritikal adalah pada usia berkenaan.
Jika sebarang keabnormalan dapat dikesan pada peringkat umur ini, pencegahan awal boleh dilakukan. Tanda yang boleh diperhatikan pada kanak-kanak yang mempunyai masalah mata adalah:
– Melihat televisyen atau sesuatu objek pada jarak dekat.
– Kerap berkelip dan menggosok mata.
– Mata berair.
– Sakit kepala.
– Mata mudah menjadi penat.
– Suka menelengkan kepala.
MITOS: KATARAK BOLEH DISEMBUHKAN DENGAN UBAT
Fakta – Ini adalah 100 peratus tidak benar. Katarak adalah sebarang kekaburan pada kanta mata yang selalunya dikaitkan dengan proses penuaan.
Rawatan katarak hanyalah melalui pembedahan dan memerlukan penggantian kanta intraokular palsu. Rawatan awal diperlukan untuk mencegah penyakit lain seperti glaukoma.
MITOS: ORANG YANG MENGHIDAP RABUN JAUH KETIKA MUDA TIDAK AKAN MENDAPAT RABUN DEKAT
Fakta – Rabun dekat atau dikenali sebagai presbiopia terjadi apabila seseorang mencapai umur 40 tahun apabila otot siliari yang memegang kanta kristalin menjadi kurang kenyal untuk mengubah bentuk kanta berkenaan.
Bagi penghidap rabun jauh, penglihatan pada jarak jauh adalah kabur manakala jelas pada jarak dekat. Apabila penglihatan jarak jauh dibetulkan dengan kaca mata, penglihatan jarak dekat juga akan terjejas manakala pesakit presbiopia akan mengalami kekaburan jarak dekat.
Disebabkan keadaan itu, pesakit akan membuka cermin mata untuk melihat pada jarak dekat. Selalunya, pesakit dinasihatkan untuk membuat kaca mata pembetulan bagi jarak jauh dan dekat atau dikenali sebagai kanta bifokal atau multifokal.
MITOS: KUASA CERMIN MATA DAPAT DIKURANGKAN ATAU AKAN BERTAMBAH SEKIRANYA MEMAKAI CERMIN MATA SETIAP HARI
Fakta – Penambahan atau pengurangan kuasa cermin mata bergantung kepada pertumbuhan mata pesakit. Cermin mata hanyalah alat bantuan penglihatan yang dapat membantu si pemakai untuk melihat dengan lebih jelas. Pemanjangan bola mata akan tetap berlaku walaupun memakai cermin mata.
MITOS: JULING AIR ATAU JULING ITIK TIDAK PERLU MENDAPAT RAWATAN
Fakta – Kanak-kanak tidak sepatutnya membesar dengan mata juling. Juling lebih mudah diperbetulkan pada peringkat kanak-kanak. Ini antara kepentingan kanak-kanak mendapat pemeriksaan mata awal iaitu ketika bayi dan seterusnya pada umur dua tahun. Juling air atau juling itik adalah jenis juling yang jarang berlaku dan jika tidak dirawat akan menjadi juling kekal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Acara larian pada waktu malam merupakan aktiviti kecergasan yang cukup menarik. Salam satu penganjuran larian malam yang cukup dinantikan ialah program larian waktu malam yang dianjurkan oleh jenama jam ICE Watch.
Penantian peminat larian tersebut kini berakhir apabila Ice-Watch Malaysia mengumumkan kembalinya larian malam yang sangat ditunggu-tunggu.
Dan kali ini ia dikenali sebagai “Colour Up the Night Run 2023”, yang dianjurkan secara eksklusif oleh JomRun. Acara tahun ini menjanjikan lebih banyak kegembiraan dengan penambahan baru dan inovatif kepada perayaan – jam pintar Ice-Watch ICE smart one.
Dijadualkan berlangsung pada 2 Disember 2023 di Plaza Shah Alam, “Colour Up the Night Run 2023” adalah perayaan kesihatan, kecergasan, dan perpaduan, yang membawa bersama peserta dari semua peringkat umur dan latar belakang untuk malam yang tidak akan dilupakan penuh dengan keseronokan dan kecergasan.
Seiring matahari terbenam dan pemandangan bandar berubah menjadi kaleidoskop warna, pelari dan penonton akan mengalami perjalanan yang mempesonakan dan bercahaya melalui jantung Shah Alam.
“Colour Up the Night Run 2023” adalah pengalaman seumur hidup. Seiring matahari terbenam dan bintang-bintang keluar bermain, pelari dan penonton akan memulakan perjalanan penuh tenaga tanpa batas, visual yang menakjubkan, dan rasa perpaduan yang hanya Ice-Watch boleh aturkan.
“Colour Up the Night Run 2023 lebih daripada sekadar maraton; ia adalah perayaan kehidupan dan kecergasan,” kata Pengerusi Ice-Watch Malaysia, Dato Sri Meer, .
“Kami bersemangat untuk mengumpulkan komuniti peserta yang pelbagai untuk mengalami keajaiban acara unik ini,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Ice-Watch ICE smart one merupakan inovasi terbaharu daripada jenama mereka dengan mengaplikasikan teknologi pintar terkini sesuai dengan evolusi Ice Watch yang bersemangat dan berimaginasi selari dengan visi pengasanya, Jean-Pierre Lutgen.
Buat anda yang berminat untuk sertai larian yang cukup menarik ini boleh mendaftar di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Joging adalah satu bentuk senaman yang paling mudah dan paling murah. Ramai orang menggemarinya kerana ia mudah untuk menghakis segala lemak kerana jantung anda bergerak seiringan dengan tapak kaki ketika joging.
Namun masalah timbul apabila berjoging kaki rasa sakit hingga melumpuhkan niat untuk kembali melakukannya di lain hari kerana tidak mahu rasa sakit.
Disebabkan itu, seorang pengguna twitter yang terkenal dengan nama Paih. Dia berkongsi bagaimana nak pastikan kaki tidak sakit serta tidak rasa penat ketika berjogging.