Sebut sahaja tentang intermittent fasting pasti ramai yang berminat. Betul tak?

Mengapa MASKULIN cakap begitu? Ya, melihatkan sudah banyak testimoni daripada ramai orang yang melakukan program diet ini membuatkan ramai rasa teruja ingin mencubanya.

Namun intermittent fasting bukanlah senang untuk dilakukan seperti yang mungkin anda bayangkan.

Selain memerlukan dedikasi serta disiplin yang tinggi anda harus bijak untuk mencongak apakah bentuk makanan serta tips terbaik yang boleh kurangkan rasa alapr anda sepanjang intermittent fasting.

Apatah lagi jika anda di kelilingi dengan rakan-rakan yang kaki makan. Pasti ia satu situasi yang sangat menyukarkan.

Namun terdapat beberapa petua bagaimana anda boleh elak dari rasa lapar dengan cepat. Dan ia tak melibatkan sebarang ubat-ubatan atau bahan kimia lain.

IKLAN

Minum air secukupnya 

Air sangat diperlukan oleh badan kita . Apatah lagi dalam proses turun berat pengambilan air  minimum sebanyak 2-3 liter sehari dapat membantu mengawal nafsu makan. Air yang diperlukan adalah air masak atau mineral ya.

Jika Ingin Ikuti Intermittent Fasting, Ini 5 Petua Terbaik Boleh Buat Kurang Rasa Lapar

Secara idealnya setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air. Buat pengiraan berdasarkan berat badan anda!  Tak susah untuk minum air sekiranya kita pandai bahagikan masa dengan sebaiknya, ingat ini juga sebahagian daripada perancangan bersungguh untuk turunkan berat badan,.

Nutrisi seimbang

Seperti dalam gambar diatas, jelas menunjukkan antara faktor craving/ nafsu makan ini adalah disebabkan kekurangan nutrisi. Maka, lebih mudah jika kita dapat memastikan makanan yang kita ambil adalah makanan yang cukup nutrisi. Cara penyediaan makanan juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan kita tidak kehilangan nutrien didalam makanan yang kita ambil/masak.

IKLAN

Jika Ingin Ikuti Intermittent Fasting, Ini 5 Petua Terbaik Boleh Buat Kurang Rasa Lapar

Kita juga seharusnya faham bahawa usus dewasa tidak lagi melakukan kerja yang optimum dalam kerja penyerapan nutrient kerana faktor toksin/kurang air dan sebagainya. Oleh yang demikian wujud alternatif pengambilan vitamin/supplement/meal replacement yang menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Terpulang pada cara masing-masing.

Puasa

Berpuasa sememangnya berkesan dalam mengawal nafsu makan. Biasakan diri berpuasa sunat isnin-khamis.latih diri untuk bersederhana ketika berbuka puasa dan hayati hikmah berpuasa. Ada yang berjaya turun berat sehingga 7 kg sepanjang sebulan berpuasa ramadhan. Tapi dengan syarat, jangan ikut nafsu ketika berbuka ya!.

IKLAN

BACA: “Tak Minum Ais & Nasi Segenggam”, Antara Rahsia Gadis Ini Hilang 21kg!

Snek berkhasiat

Proses turun berat tidak sepatutnya menjadi satu proses yang menyiksakan diri dengan berlapar. Sekiranya anda melalui proses ini dengan mengurangkan makan, maka anda tidak akan konsisten dan mudah putus asa. Proses turun berat perlu dilakukan dengan cara yang paling menggembirakan dan sihat.

Jika Ingin Ikuti Intermittent Fasting, Ini 5 Petua Terbaik Boleh Buat Kurang Rasa Lapar

Ingat, matlamat mahu turun berat adalah satu matlamat jangka masa panjang dan matlamat mencapai tahap kesihatan yang ideal. Idea untuk menyediakan snek/kudapan berkhasiat dapat membantu anda menjalani proses ini dengan bahagia. Setiap 2 jam, anda boleh mengunyah kudapan berkhasiat. Bukan kerepek, junk food mahupun kuih-muih ya!. Antara contoh kudapan sihat adalah kekacang, ( seeloknya kekacang tanpa garam), buah-buahan, kurma, overnight oats, granola dan sebagainya.

Sediakan jurnal

Tip ini dapat membantu anda melihat kembali apa yang anda makan sepanjang hari. Malah jurnal dapat bertindak seperti diari makanan anda. Ambil kesempatan atas segala teknologi yang ada untuk anda sediakan jurnal makanan anda. Catatkan masa, jenis makanan dan minuman beserta kuantiti pengambilan. Disiplinkan diri untuk menulis dan jujur dengan diri sendiri.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI