Seperti yang kita tahu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan selama 14 hari lagi bermakna kita akan ada di rumah sehingga 14 April 2020.

Di kesempatan ini ramailah individu yang membuat pelbagai aktiviti untuk menghilangkan rasa bosan mereka seperti menjadi chef di dapaur mereka, cipta permainan baru, serta ada juga yang membuat video live dengan rakan-rakan.

Terbaharu, di Instagram PU Azman ada membuat satu posting berkenaan ‘stay at home’. Menurutnya, sebenarnya ia adalah berita baik untuk kekal dirumah kerana jika kita rasa kita beriman, maka wabak ini adalah rahmat.

“Jika Kita Beriman Maka Wabak Ini Adalah Rahmat” PU Azman Positif Sepanjang ‘Stay At Home’

Menurutnya lagi, memang benar dan tak dinafikan kita akan fikirkan tentang rindu, makan dan gaji. Masing-masing ada tekanan sendiri. Samada dari syarikat besar sampailah yang tiada rumah. Tetapi Allah akan berikan ketenangan dalam jiwa mukmin tak kira siapa pun dia.

 

IKLAN

عن عائشة أم المؤمنين أنَّها سَأَلَتْ رَسولَ اللَّهِ ﷺ عَنِ الطّاعُونِ،” فأخْبَرَها نَبِيُّ اللَّهِ ﷺ: أنَّه كانَ عَذابًا يَبْعَثُهُ اللَّهُ على مَن يَشاءُ، فَجَعَلَهُ اللَّهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ، فليسَ مِن عَبْدٍ يَقَعُ الطّاعُونُ، فَيَمْكُثُ في بَلَدِهِ صابِرًا، يَعْلَمُ أنَّه لَنْ يُصِيبَهُ إلّا ما كَتَبَ اللَّهُ له، إلّا كانَ له مِثْلُ أجْرِ الشَّهِيدِ.

Maksud :Daripada Aishah, “Aku bertanya Rasulullah ﷺ tentang wabak taun. Baginda ﷺ jawab itu adalah AZAB yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah jadikan penyakit itu sebagai RAHMAT kepada orang-orang beriman. Tiada sesiapa yang ditimpa taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin jangkitan yang berlaku adalah ketentuan Allah, melainkan Allah akan memberinya pahala Syahid”. (Sohih Bukhari).” Tulisnya diruangan kapsyen.

Malah, Pu yang selesa menggelarkan dirinya Cik Man itu turut menasihati orang ramai untuk jangan lupa frontliners yang sentiasa bertarung masa dan nyawa mereka untuk melawan dan berperang dengan wabak ini.

“Jadi korang fokuskan perkataan azab dan rahmat. Kalau kita rasa kita beriman, maka wabak ini adalah rahmat.

IKLAN

“Tu kena tepuk dada sendiri.

“Jika Kita Beriman Maka Wabak Ini Adalah Rahmat” PU Azman Positif Sepanjang ‘Stay At Home’

“Satu lagi, fokuskan perkataan sabar dan mengharapkan ganjaran. Kalau ada dua sifat ini, kitalah orang yang Nabi tujukan hadis ini.

IKLAN

“Yes, tak dinafikan kita akan fikirkan tentang rindu, makan dan gaji. Masing-masing ada tekanan sendiri. Samada dari syarikat besar sampailah yang tiada rumah.

“Tapi Allah akan berikan ketenangan dalam jiwa mukmin tak kira siapa pun dia.

“Jangan lupa frontliners kita. Kalau kita bagi alasan tak kuat, Cik Man pun rasa tak kuat. Kita semua rasa tak kuat. Tapi kita kena paksa untuk kuat.” Tulisnya lagi.

 

View this post on Instagram

 

Korang hadamkan yer. . عن عائشة أم المؤمنين أنَّها سَأَلَتْ رَسولَ اللَّهِ ﷺ عَنِ الطّاعُونِ، فأخْبَرَها نَبِيُّ اللَّهِ ﷺ: أنَّه كانَ عَذابًا يَبْعَثُهُ اللَّهُ على مَن يَشاءُ، فَجَعَلَهُ اللَّهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ، فليسَ مِن عَبْدٍ يَقَعُ الطّاعُونُ، فَيَمْكُثُ في بَلَدِهِ صابِرًا، يَعْلَمُ أنَّه لَنْ يُصِيبَهُ إلّا ما كَتَبَ اللَّهُ له، إلّا كانَ له مِثْلُ أجْرِ الشَّهِيدِ. . Maksud :Daripada Aishah, “Aku bertanya Rasulullah ﷺ tentang wabak taun. Baginda ﷺ jawab itu adalah AZAB yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah jadikan penyakit itu sebagai RAHMAT kepada orang-orang beriman. Tiada sesiapa yang ditimpa taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin jangkitan yang berlaku adalah ketentuan Allah, melainkan Allah akan memberinya pahala Syahid”. (Sohih Bukhari). . Jadi korang fokuskan perkataan azab dan rahmat. Kalau kita rasa kita beriman, maka wabak ini adalah rahmat. . Tu kena tepuk dada sendiri. . Satu lagi, fokuskan perkataan sabar dan mengharapkan ganjaran. Kalau ada dua sifat ini, kitalah orang yang Nabi tujukan hadis ini. . Yes, tak dinafikan kita akan fikirkan tentang rindu, makan dan gaji. Masing-masing ada tekanan sendiri. Samada dari syarikat besar sampailah yang tiada rumah. . Tapi Allah akan berikan ketenangan dalam jiwa mukmin tak kira siapa pun dia. . Jangan lupa frontliners kita. Kalau kita bagi alasan tak kuat, Cik Man pun rasa tak kuat. Kita semua rasa tak kuat. Tapi kita kena paksa untuk kuat. . Satu lagi sebelum Cik Man terlupa, sapa ada lauk, cakap tau.

A post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on

Bagaimanapun postingnya ini mendapat seribu lebih komen malah 92.7k likes sebagai tanda setuju orang ramai terhadap apa yang dibicarakannya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI