High resolution photo created by rawpixel.com - www.freepik.com

Percayakah anda jika MASKULIN mengatakan selain melihat mata anda pada pertemuan pertama mereka juga akan perhatikan apa yang tersarung di kaki?

Mungkin anda merasakan apa yang ada di kaki itu perkara remeh tetapi sebenarnya ia mampu membawa persepsi kepada diri anda sendiri.

Jenama bukanlah segala tapi kondisi kasut yang dipakai itu memainkan peranan cukup penting.

Akibat tidak menjaga kasut

Teknik penjagaan kasut amat berbeza seperti menyimpan baju atau barang-barang lain. Ramai yang tersilap langkah dalam teknik yang betul untuk penjagaan kasut sehingga :

  1. Kasut mudah rosak
  2. Lusuh
  3. Tidak tahan lama
  4. Dan akhir sekali terpaksa dibuang

Bagi anda yang tidak pernah ambil berat, ini teknik asas penjagaan kasut yang perlu anda ambil tahu :

Basuh atau lap seminggu sekali

Jika Mahu Kasut Sentiasa Nampak Macam Baru Keluar Kedai, Ini Beberapa Tip Mudah Boleh Diamalkan
Foto: lifestyleasia.com

Kebanyakan orang akan membiarkan kasut yang kotor sehingga kering. Lebih-lebih lagi selepas terkena hujan. Perkara tersebut sebenarnya lebih menyukarkan anda untuk membersihkan kasut.

IKLAN

Walaupun anda menyembur cecair kalis air atau sneaker yang materialnya kulit, bahagian tali dan jahitan kasut tetap boleh menyerap air serta kotoran.

Perkara ini sekali gus menyebabkan kasut kesayangan anda itu berubah warna dan apa yang perlu anda buat adalah basuh atau lap kasut tersebut sekurang kurangnya seminggu sekali menggunakan tisu basah ataupun kain lembab.

Cecair pencuci kasut boleh didapati di sini: https://invol.co/claa301

Semburan kalis air

IKLAN
Jika Mahu Kasut Sentiasa Nampak Macam Baru Keluar Kedai, Ini Beberapa Tip Mudah Boleh Diamalkan
Foto: businessinsider

Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis semburan kalis air yang boleh anda dapatkan. Penggunaan semburan ini sangat berguna jika anda keluar atau ke tempat kerja. Lagi-lagi jika anda menaiki motosikal dan material kasut anda adalah kain.

Material seperti suede atau nubuck memang mudah untuk menyerap air dan kotoran. Jadi, adalah tindakan yang bijak sekiranya anda menyembur kasut anda dengan semburan kalis air.

Sekurang-kurangnya tidak cepat kotor. Untuk hasil yang lebih memuaskan, sembur dan tinggalkan semalaman supaya ianya betul-betul kering. Ulangi langkah ini dua hingga tiga lapisan.

Anda boleh dapatkan produk semburan kalis air di sini: https://invol.co/claa2xc 

IKLAN

Simpan kasut dalam kotak

Jika Mahu Kasut Sentiasa Nampak Macam Baru Keluar Kedai, Ini Beberapa Tip Mudah Boleh Diamalkan

Mesti ramai yang sudah membuang kotak yang dibeli bukan? Kotak kasut anda tersebut sepatutnya jangan dibuang, sebaliknya boleh digunakan untuk menyimpan kasut.

Jika anda tinggalkan kasut di rak, ia hanya mengumpul debu dalam setiap kedutan dan rekahan kasut melainkan anda rajin untuk lap semua kasut anda setiap hari. Kotoran yang melekat pada rekahan dan kedutan kasut ini sebenarnya mempercepatkan kasut ini untuk rosak.

Produk kota kasut dengan harga menarik boleh didapati di sini: https://invol.co/claa2yd

Jadi untuk sentiasa tampil menarik dengan kasut yang kemas dan nampak seperti baru lakukanlah beberapa tip seperti MASKULIN kongsikan di atas. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN dan Telegram untuk update terkini!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI