
Bagi yang sudah berkeluarga pastinya mengimpikan untuk memiliki kediaman sendiri malah ketika ini ramai lelaki bujang yang menyasarkan membeli rumah sendiri sebelum berkahwin.
Apapun tak kira besar atau kecil, mahal atau murah kediaman yang hendak dibeli sebaiknya kita membuat pemilihan yang betul.
Dalam memilih kediaman atau rumah impian, tip dari Azizul Azli Ahmad yang juga perunding hartanah boleh dijadikan panduan. Ia lebih kepada pemilihan ruang dalam rumah supaya rumah yang kita pilih selesa untuk kita duduki.
Tip memilih ruang dalaman rumah pertama
1. Dapur sebaiknya tidak di depan, berhampiran pintu masuk. Soal aurat dan budaya masak kita berbeza. Jika tiada pilihan, pastikan ianya terlindung dari pandangan mata.
2. Pintu bilik tidak mengadap ruang utama, kita tentu malu orang nampak bilik tidur kita. Keluar bilik nampak orang.
3. Siling pastikan lebih tinggi, agar tangan tak kena kipas nanti. Makin tinggi, makin baik pengudaraan dalam rumah. Sebaiknya 10’0″ tinggi.
4. Kiblat tidak mengadap bilik air, takkan nak sujud menghadap bilik air. Susah nak khusuk nanti.
5. Matahari petang tidak menghadap bilik tidur utama, panasnya sampai kemalam.
6. Ada ruang utiliti, biar kecil tapi ia keperluan abadi hidup nanti. Nak buat aktiviti senang nanti.
7. Cari rumah sebaiknya ada 3 bilik, 2 bilik air sebagai pemulaan. Bukannya satu bilik sahaja. Elakkan Soho, Sovo, Sofo.
Mula dengan rumah kecil dan sederhana, jangan mengada nak teres atau bunglo yang ada taman bunga dan penuh rama rama .
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Nampak Jauh Lebih Muda Dari Usia Sebenar Dengan Amalan Hidup Sihat Ini

Ada tak rakan-rakan anda yang usianya sudah hamir mencecah usia 40 tahun tapi rupa paras serta penampilan mereka nampak seperti anak bujang berusia 20-an?
Selain faktor genetik pasti ada rahsia tersendiri mengapa mereka sentiasa nampak lebih muda dan segar.
Faktor kesihatan? Itu jelas sekali. Tetapi jika anda amalkan beberapa amalan sihat seperti MASKULIN kongsi di bawah, tidak mustahil penampilan dan rupa paras anda akan jadi lebih awet muda.
1. Amal buah dan sayur berwarna
Salah satu cara agar kulit jadi sihat dan bersinar adalah amalan makan makanan semula jadi berwarna-warni seperti blueberry, tembikai dan brokoli.
2. Bersenam dan keluarkan peluh
Gerakkan tubuh paling kurang 30 minit sehari untuk fikiran dan kulit yang sihat. Senaman akan melancarkan perjalanan darah.
Wajah akan kelihatan kemerah-merahan dan segar beberapa jam setelah mengeluarkan tenaga yang cukup banyak.
Atau boleh juga bersauna yang mana aktiviti ini akan menyebabkan jantung mengepam lebih banyak darah dari biasanya, seterusnya meningkatkan aliran darah ke wajah.
3. Elakkan merokok dan jauhkan perokok
Asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap tersebut akan menyerap kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata.
4. Jauhkan dari memakan makanan yang kurang berkhasiat
Contoh-contoh anda semua sudah tahu, paham-paham sahajalah! Makanan ringan, maggi, fast food MCD, KFC, Burger King dan sewaktu dengannya.
5. Sentiasa positif dan tenang dalam menghadapi stress
Lelaki yang sentiasa tenang ketika masalah timbul dan bijak menyelesaikannya, kebiasaanya kurang mengalami stress.
Lihat saja wajah mereka, kelihatan tersenyum saja seolah-olah tidak ada apa-apa masalah yang berlaku.
Nota Tambahan
1. AMALKAN memotong kuku atau rambut pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
2. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Insya Allah anda akan kelihatan lebih muda.Dan jangan lupa memohon kepadanya agar kita diberikan kesihatan yang baik dan kekal awet muda.
8 Sebab Ramai Wanita Pilih Lelaki Duda Sebagai Pasangan, Antaranya Pengalaman Lebih Luas

Jodoh dan pertemuan itu adalah ketetapanNya.
Kalau perkara nak jadi, aia akan berlaku juga walaup apa jua halangan dan cabaran yang mendatang. Begitu juga dengan perpisahan yang datang dalam bentuk perceraian.
Sudah banyak MASKULIN dengar kes di mana pasangan yang bercinta bagai nak rak sebelum kahwin tetapi selepas itu bercerai. Bercakap tentang perpisahan ini pula ia boleh berlaku di atas banyak sebab dan kebanyakannya bersifat peribadi.
BACA: 10 Sebab Mengapa Lelaki Lebih Cerewet Pilih Pasangan Berbanding Wanita
Insan yang berdepan dengan perceraian itu tak bermaksud mereka itu tak baik menjaga hubungan. Kadang-kadang kalau sudah tidak ada persefahaman mungkin berpisah adalah jalan yang terbaik bagi kedua-dua pihak.
Lelaki yang berstatus duda mempunyai karakteristik mereka tersendiri. Dan percayakah anda bahawa ‘saham’ mereka di kalangan wanita juga tak kurang hebatnya.
Malah ada wanita yang lebih gemar mempunyai hubungan romantis dengan lelaki duda. Apakah sebabnya? Di sini MASKULIN ingin kongsikan sedikit tentang kelebihan yang lelaki duda miliki berbanding lelaki bujang.
1. Banyak pengalaman
Jika ditanya mungkin ini alasan yang paling popular di kalangan wanita. Lelaki duda bukan sahaja mempunyai pengalaman dalam selok-belok kehidupan berumahtangga malah mereka juga ada pengalaman melibatkan hal hubungan fizikal dan mental. Itu pasti satu bonus besar buat mereka.
2. Sudah biasa dengan hal rumah tangga
Lelaki duda ada dua jenis. Pertama yang sudah berkahiwn tapi kemudian bercerai. Dan yang kedua pula lelaki yang kematian isteri. Kedua-dua jenis lelaki duda ini mempunyai persamaan iaitu sudah biada dengan perihal kehidupan dalam alam rumahtangga. Mereka tak perlu diajar dan sudah faham akan peranan dalam rumah.
3. Pandai tolong isteri buat kerja rumah
Sebenar ini adalah faktor yang bersifat agak subjektif. Ada ramai sahaja lelaki bujang yang rajin masuk dapur. Namun bila hidup berumahtangga segalanya perlu berkisar dengan tolak ansur dan kerjasama. Lelaki duda sudah faham akan peranan dan sentiasa sedia membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.
4. Lebih memahami pasangan
Bercinta sebagai pasangan kekasih dan pasangan suami isteri adalah satu hal yang sangat berbeza. Bila berkahwin lelaki itu akan 24 jam sehari bersama pasangannya. Berbeza kalau bercinta hanya bertemu beberapa kali dalam seminggu. Jadi lelaki bergelar duda yang berpengalaman akan lebih faham mood seorang isteri terutamannya bila di rumah.
5. Hargai hubungan dan komitmen
Lelaki duda juga biasanya lebih menghargai hubungan apabila berkahwin. Mereka juga tidak takut dengan komitmen dengan pengalaman sedia ada. Baginya kebahagian alam rumahtangga melebihih segalanya.
6. Faham realiti hidup alam rumahtangga
Sebelum berkahwin pasti ramai lelaki bujang yang meletakkan ecpectatuion tertentu. Berbeza dengan lelaki duda mereka lebih realistik dan faham dengan realiti bakal dihadapi jika berkahwin sekali lagi.
7. Faham apa yang boleh dan tak boleh
Mereka juga lebih faham akan apa yang boleh dan apa yang tak boleh dilakukan selepas berkahwin. Mereka juga lebih bijak untuk menilai sikap mereka dan mencuba yang terbaik untuik mengekalkan keharmonian rumahtangga.
8. Hargai kepentingan komunikasi
Komunikasi adalah kunci kebahagian rumahtangga. Perkara inilah yang disedari oleh lelaki duda yang lebih bersifat terbuka dan percaya kepada pasangan. Mereka juga lebih gemar berbincang dengan pasangan untuk capai kata sepakat bila melakukan keputusan.
Jejaka Pertengahan Umur Kini Semakin Jadi Rebutan Ramai

Suatu ketika dahulu terutamanya semasa berada di bangku sekolah, kita membayangkan usia pertengahan umur ini agak tua. Tapi hakikatnya ia tidaklah seteruk itu pun. Malah lelaki pertengahan umur sedang mengecap zaman paling terbaik dalam hidupnya. Kini jadi jejaka kegilaan ramai!
Pada zaman sekarang semakin ramai lelaki yang masih membujang hingga usia lewat 30-an dan 40-an. Dan rata-ratanya pandai menjaga penampilan diri dan tidak nampak seperti usia sebenar.
Jadi tidak hairanlah mengapa semakin ramai wanita tertarik dengan lelaki pertengahan umur. Jadi apa yang menyebabkan jejaka pertengahan umur ada daya penarik ini?
LEBIH MATANG
Ramai yang mengatakan jika lelaki yang lebih tua dari pasangannya adalah lelaki yang penyabar dan rasional membuat sesuatu keputusan. Sedar atau tidak, lelaki yang matang memiliki peribadi yang lebih tenang, lebih sabar dan lebih menghargai orang-orang di sekitarnya. Mereka juga akan berusaha mengalah demi kebaikan diri mahupun kebaikan pasangan.
LEBIH SUKSES
Wanita melihat lelaki yang lebih berusia itu sebagai seorang yang seksi dan menawan kerana faktor material. Lelaki yang berusia ini jelas akan tujuan hidupnya, punya pekerjaan yang menjamin masa hadapan serta stabil kewangannya.
PENGALAMAN LUAS
Ini mungkin untuk lelaki yang bergelar duda. Ramai wanita berpendapat lelaki seperti ini mempunyai ‘pengalaman’ yang sangat luas. Jadi kalau nak bercakap tentang kebolehan tu memang tak dapat dipertikaikan lagi. Tambahan pula kini sudah wujud pelbagai ubat yang bantu merangsang libido lelaki berusia.
MELUASKAN SUDUT PERSPEKTIF
Oleh kerana perempuan muda yang berkahwin dengan lelaki berusia sering dikaitkan dengan menjadi punca keruntuhan rumah tangga, kaki kikis dan sebagainya, perkara itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi cara anda menilai sesuatu perkara.
Selain itu, oleh kerana suami anda capai usia pertengahannya dahulu, anda secara tidak langsung akan lebih banyak bersabar dan lebih memahami bagaimana untuk menjalani kehidupan bersama-sama orang berusia.
MENGHARGAI HARI-HARI YANG MENDATANG
Bersama dengan lelaki berusia akan membuat anda lebih menghargai setiap waktu yang dijalani bersama-sama. Bukan sahaja anda lebih mencintainya kerana mengetahui dia tidak akan ada bersama anda selamanya, anda juga akan jadi lebih penyabar kerana melihat sendiri betapa singkatnya kehidupan ini sebenarnya.
Jangan lupa untuk tonton dan subscribe video-video menarik dari YouTube MASKULIN seperti di bawah!