Denggi musuh negara!

Untuk rekod tahun lepas sebanyak 32,435 kes telah dicatatkan berlaku sepanjang Januari hingga bulan Jun 2018. Walaupun ia mencatatkan penurunan sebanyak 34.8 peratus namun ia telah meragut seramai 53 nyawa.

Sehingga kini denggi masih lagi menjadi ancaman kesihatan buat ramai rakyat Malaysia. Tapi pernahkan anda tertanya, bagaimanakah jika anda pernah menghidap denggi kemudian menghidapnya untuk kali kedua?

Public Health Malaysia menerusi Facebook mereka berkongsi sebuah posting yang cukup menarik dan sangat penting berkenaan perkara ini.

Dan ia sebenarnya perlu diberikan perhatian yang cukup besar terutamanya buat mereka yang pernah terkena denggi.

Berikut merupakan perkongsian daripada Public Health Malaysia;


 

IKLAN

Sekiranya sebelum ini anda PERNAH menghidap DENGGI, pastikan anda TIDAK mendapat jangkitan kali ke 2

✅ Jangkitan kali 2 biasanyanya menyebabkan denggi berdarah, renjatan (shock) dan juga risiko kematian.

✅ Terdapat empat jenis serotip virus denggi yang dikenalpasti iaitu serotip 1, 2, 3 dan 4 dengan kesemuanya merangsang pembentukan antibodi yang berlainan.

Dah pernah merasa kena denggi macam mana?

IKLAN

Tolong jaga diri.

Tolong jaga persekitaran

Jika Pernah Kena Denggi, Anda Perlu Tahu Jangkitan Kali Kedua Akan Lebih Teruk!

IKLAN

 

Sekiranya anda sendiri atau ahli keluarga ada yang pernah menghidap denggi ambillah langkah pencegahan yang baik. Pastikan kawasan persekitaran di dalam dan di luar rumah bersih dan tidak terdapat sebarang bekas atau lopak air di mana denggi boleh membiak.

Jika ‘musim denggi’ sedang mengganas, kurangkan aktviti luar rumah yang ditakuti boleh terdedah dengan nyamuk aedes.

Terima kasih Public Health Malaysia di atas perkongsian yang cukup berguna ini.

*berikut merupakan posting asal di FB

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI