Jimat Duit, Nah Resepi Air Ala ‘Starbucks’ Di Rumah, Sedap, Lemak & Berkrim!

Share

Buat pengemar dan peminat air di kedai kopi Starbucks, ini berita baik untuk korang. Memang tak sempurna satu hari kalau tak dapat menghirup secawan kopi ni. Tapi kalau yang tak biasa membuat dan membancuh air ni memang la tak menjadi. Tapi kalau korang nak rasa campuran nescafe, coklat, white coffee dan susu segar ala barista kat cafe-cafe ‘mewah’ tu sila buat resepi ini.

Gerenti jimat duit korang.

Berikut merupakan resepinya …

Ni bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-Bahan :

-2 sudu Milo
-1 paket Nescafe Latte
-1 paket Oldtown White Coffee Mocha
-1 sudu Nutella (Tak letak pun tak pe)
-Susu putih (Dutch Lady)

Cara-Cara :

1) Masukkan Nescafe sepaket, Oldtown Mocha sepaket, 2 sudu Milo dalam cawan
2) Masukkan 2 sudu Nutella pula dan larutkan air panas
3) Masukkan 1/4 cawan susu putih
4) Letak ais

Senangkan!! Selamat Mencuba semua!

Sumber: @amaazmi

IKLAN