Sebagai langkah keselamatan untuk mengelak daripada penularan wabak Covid-19, Perdana Menteri telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini hingga 31 Mac 2020.
Dengan pelaksanaan ini, rakyat diminta untuk tinggal di rumah sendiri termasuk mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti kecergasan seperti bermain bola, bersenam atau berjoging seorang diri di taman rekreasi.
Perkara ini dikongsikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican menerusi laman Twitternya.
Dengan terlaksananya Perintah Kawalan Pergerakan ini, semua kegiatan kecergasan dilarang. Beliau juga turut mengharapkan agar semua rakyat Malaysia mematuhi arahan teserbut.
Larangan untuk bermain bola di padang berdekatan kawasan perumahan sendiri
Ada juga kaki bola yang tanya tentang nak bermain di padang bola dekat kawasan perumahan sendiri…. Jawapannya: Tidak Boleh. Saya berharap sangat agar semua rakyat Malaysia patuhi #PerintahKawalanPergerakan yang akan bermula esok 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. #kbsmalaysia pic.twitter.com/bB2KeE1hjt
— Reezal Merican (@reezalmerican72) March 17, 2020
Larangan bersenam atau berjoging seorang diri di taman rekreasi
https://twitter.com/reezalmerican72/status/1239870949312221184
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI