Joging Seorang Diri Di Taman Rekreasi Dilarang Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan – Datuk Seri Reezal Merican

Share

Sebagai langkah keselamatan untuk mengelak daripada penularan wabak Covid-19, Perdana Menteri telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini hingga 31 Mac 2020.

Dengan pelaksanaan ini, rakyat diminta untuk tinggal di rumah sendiri termasuk mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti kecergasan seperti bermain bola, bersenam atau berjoging seorang diri di taman rekreasi.

Perkara ini dikongsikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican

menerusi laman Twitternya.

Dengan terlaksananya Perintah Kawalan Pergerakan ini, semua kegiatan kecergasan dilarang. Beliau juga turut mengharapkan agar semua rakyat Malaysia mematuhi arahan teserbut.

Larangan untuk bermain bola di padang berdekatan kawasan perumahan sendiri

Larangan bersenam atau berjoging seorang diri di taman rekreasi

IKLAN