Johan Timang Cahaya Mata Perempuan Di Bulan Mulia Ini,Tapi Kenapa Ozlynn Mohon Maaf?

Share

Comel betul bayi perempuan Johan Raja Lawak dan isteri, Ozlynn ni dan tahniah juga diucapkan buat keluarga ini apabila mereka selamat menimang cahaya mata perempuan pada Syawal ketiga yang lalu.

Ozlynn Mohon Maaf

Berita gembira itu dikongsi sendiri menerusi akaun Instagram mereka. Walau bagaimanapun, Ozlynn memohon maaf kerana baru sahaja berkongsi berita itu meskipun sudah melahirkan anaknya beberapa hari yang lalu.

Malah menurut pasangan itu, sehingga kini Ozlynn belum boleh menerima kunjungan daripada sesiapa yang mahu melawat mereka kerana ingin berehat terlebih dahulu.

Kongsi Wajah Anak

Bagi tidak menghampakan pertanyaan peminat-peminat sebelum ini, Johan dan Ozlynn turut berkongsi wajah comel puteri kedua mereka menerusi beberapa buah video yang dimuatnaik.

Terdahulu, pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Ariq, 13, Sodiq, 8, Haziq, 5 dan Chantiq 3 tahun.

Lagi sekali kami ucapkan tahniah dan selamat berpantang dan berjaga malam ye…hehe

 

Sumber : IG Jozlynhanania

IKLAN