Comel betul bayi perempuan Johan Raja Lawak dan isteri, Ozlynn ni dan tahniah juga diucapkan buat keluarga ini apabila mereka selamat menimang cahaya mata perempuan pada Syawal ketiga yang lalu.
Ozlynn Mohon Maaf
Berita gembira itu dikongsi sendiri menerusi akaun Instagram mereka. Walau bagaimanapun, Ozlynn memohon maaf kerana baru sahaja berkongsi berita itu meskipun sudah melahirkan anaknya beberapa hari yang lalu.
Malah menurut pasangan itu, sehingga kini Ozlynn belum boleh menerima kunjungan daripada sesiapa yang mahu melawat mereka kerana ingin berehat terlebih dahulu.
IKLAN
Kongsi Wajah Anak
Bagi tidak menghampakan pertanyaan peminat-peminat sebelum ini, Johan dan Ozlynn turut berkongsi wajah comel puteri kedua mereka menerusi beberapa buah video yang dimuatnaik.
Apa yang anda tahu tentang homestay atau inap desa ini? Majoriti masyarakat moden mempunyai dua pilihan jawapan seperti :
Rumah orang untuk disewa di kawasan kampung
Rumah untuk disewa dalam tempoh yang singkat
Tujuannya? Tak kiralah untuk apa sekali pun tetapi kebanyakannya orang sekarang ini akan cari homestay jika ikut rombongan perkahwinan dan tidur di kampung orang sehari dua.
Definisi yang salah
Sebenarnya, idea asal homestay adalah berkonsepkan medium pelancongan yang bertujuan memberikan perkhidmatan tempat tinggal serta memperkenalkan budaya setempat kepada pelancong dari luar.
Idea ini juga pada asalnya diilhamkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bagi mendorong pertambahan bilangan usahawan desa yang boleh menjana pendapatan menerusi kemudahan sedia ada.
Dalam erti kata lain jika anda menginap di homestay, anda akan kenali budaya masyarakat di situ, apa aktiviti mereka termasuk mengenali jenis-jenis makanan tradisi yang disediakan oleh pihak homestay.
Homestay peluang orang luar dekati budaya tempatan
Ambil contoh negeri Terengganu dan anda berasal dari Kuala Lumpur. Apabila anda duduk di homestay dalam negeri Terengganu, anda bukan sahaja dapat menikmati rasa sedap keropok lekor dan sarapan lazat nasi dagang.
Malah anda kenal dan sendiri dapat mencuba untuk bermain gasing, wau bulan atau bersantai di pantai cantik yang sering menjadi tumpuan ramai selain dapat belajar dan memahami loghat yang dipertuturkan oleh mereka.
Itu baru homestay. Bukannya seperti sekarang ini. Homestay sudah disalah erti sebagai rumah kosong yang boleh diinap sesiapa sahaja sama ada dalam masa singkat atau tempoh yang agak lama kerana ia lebih murah dan jimat berbanding hotel.
Pemilik rumah harus tinggal bersama
Penubuhan homestay yang tidak mengikut garis panduan menyebabkan tujuan asalnya tersasar kerana selain menyediakan tempat tinggal, pengunjung tidak berpeluang untuk mengikuti pelbagai aktiviti kebudayaan dan aktiviti harian di satu satu kawasan.
Yang pemilik rumah tahu, sila bayar sebelum keluar dari rumah tersebut. Kalau diikutkan konsep sebenar, pemiliknya harus tinggal bersama bermula dari hari pertama pengunjung tiba dan brief secara ringkas tentang apa yang menarik di kawasan tersebut.
Kenapa pentingnya sediakan pelbagai aktiviti?
Kerana kita mahu orang luar terutamanya pelancong luar negara mengenali keunikan yang ada dalam negara itu. Sebab itu dalam konsep homestay yang sebenar, wajar untuk pengusaha menyediakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
Tujuannya, pengunjung akan rasa puas ketika bercuti dan dapat memberikan satu pengalaman lain yang boleh mereka dijadikan bahan bualan apabila sudah pulang ke tempat asal masing-masing.
Dalam sebuah keluarga yang konservatif adalah satu perkara biasa apabila memasak dianggap sebagai tanggungjawab mulia dan hakiki seorang wanita. Mungkin disebabkan itu juga mentaliti bahawa seorang wanita harus pandai memasak sebelum berkahwin wujud dalam pemikiran masyarakat kita.
Tapi zaman sudah berubah. Kini lelaki juga tidak kurang hebatnya berkaksi memasak di dapaur. Malah semakin ramai chef dan tukang masak terkenal di dunia ini terdiri daripada golongan lelaki.
Jadi sudah tidak timbul bahawa tugas memasak hanyalah eksklusif kepada kaum wanita sahaja. Kehidupan rumah tangga pada zaman moden juga telah jauh berbeza dengan sistem keluarga tradisional pada zaman dulu. Bukanlah kami menyatakan ia tidak baik tetapi cara kebanyakan pasangan moden menjalani kehidupan mungkin sedikit berubah.
Walaupun semakin ramai lelaki memunjukkan minat dan ada kemampuan untuk memasak namun sebenarnya masih ramai yang tak ada skil tersebut. Terus-terang MASKULIN katakan bahawa mereka tergolong di dalam golongan yang rugi.Mengapa?
Tahukah anda bahawa terdapat kajian yang menyatakan wanita mendapati lelaki sangat seksi bila berkerja keras memasak di dapur?
Dalam satu kajian pernah yang dijalankan suatu ketika dahulu oleh jenama perkakasan dapur, Sunbeam mendapati bahawa wanita berpendapat lelaki sangat seksi bila berada di dapur dan seronok melihat mereka memasak masakan.
Saintis telah meletakkan neurotransmitter pada 20 orang respondens wanita. Mereka kemudian memerhatikan bagaimana reaksi wanita-wanita tersebut semasa melihat pasangan masing-masing sedang memasak.
Hasilnya menunjukkan wanita akan menjadi lebih terangsang terhadap pasangan mereka yang sedang melakukan tugasan di dapur lebih-lebih lagi jika menggunakan peralatan elektrik.
Jadi kepada anda usahlah buang masa lagi. Mungkin sekarang masa paling tepat untuk belajar memasak. Percayalah isteri yang bahagia mampu menjamin kehidupan suami yang lebih cemerlang!
Dalam kehidupan kini terutamanya di kotaraya besar seperti Kuala Lumpur segala macam perkara akan melibatkan duit. Malah inilah cabaran yang dihadapi oleh ramai anak muda yang bertungkus lumus mencari pekerjaan yang stabil dan bergaji besar.
Namun tidak semua orang mendapat tuah dalam sekelip mata. Ada ramai yang terpaksa bersusah payah dahulu dan melakukan apa jua kerja demi mencari rezeki dan menampung perbelanjaan harian keluarga dan diri sendiri.
Dan bila meningkat dewasa antara perkara utama yang menjadi impian anak muda ialah mendirikan rumah tangga dengan orang yang tercinta. Tapi bagaimana mungkin seseorang itu boleh menyimpan jika dia hanya memperolehi pendapatan yang tidak cukup tinggi?
MASKULIN tertarik dengan perkongsian daripada saudara Luqman Afifi menerusi satu bebenang ciapannya di akauan Twitter-nya, @EhAfifii. Menerusi perkongsian itu dia menceritakan pengalamannya mengumpul duit hantaran dan kahwin walaupun dengan hanya gaji kira-kira RM1,400 sebulan.
Sekali baca MASKULIN sendiri berkerut dahi kerana memikirkan ia adalah satu perkara yang amat sukar untuk dilakukan. Namun bak kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Itulah yang dibuktikan oleh saudara Luqman Afifi yang kini telah bergelar sebagai seorang suami.
Ikuti perkongsian beliau di bawah.
KERJA
Dia merupakan seorang editor video yang bekerja sendiri atau freelancer. Secara purata dia pendapatannya sebulan sebanyak RM1,400. Namun kadangkala dapat lagi rendah daripada itu. Tapi dengan sasarannya menyimpan duit untuk kahwin dia tak memilih jenis job. Dapat job yang bernilai RM50 pun dia buat. Hebat!
Ini bahagian yang paling tricky bagi ramai orang. Bagi Luqman setiap pendapatan atau job yang dapat, dia hanya akan guna 20% duit itu untuk berbelanja. Selebihnya simpan dalam akaun bank yang dia tak pegang kad ATM. Ketika tempoh menyimpan ini juga dia jarang melakukan aktiviti luar yang boleh melibatkan perbelanjaan tak terurus.
RUMAH SEWA
Sepanjang tempoh bujang dia tinggal di rumah sewa bersama 8 hingga 9 orang rakan serumah. Ini menjimatkan kos bulanan untuk sewaan.Bab selesa jelasnya tolak tepi dahulu.
DUIT MAKAN & BELANJA
Setiap bulan dia dan rakan serumah akan buat kutipan RM100 seorang untuk duit dapur. Setiap hari makan lauk sama, nasi putih ayam potong masak sambal. Kadang-kadang tukar menu dengan telur.
TEMPOH MASA KUMPUL DUIT
Luqman mengambil masa kira-kira hampir setahun untuk menabung. Jika nak kumpul lebih lagi panjangkan tempoh simpanan tersebut. Dia akhirnya mendirikan rumahtangga dan berkahwin pada penghujung tahun lalu.
MASKULIN benar-benar kagum dengan usaha yang ditunjukkan oleh jejaka berusia 24 tahun ini dalam usahanya untuk mendirikan rumahtangga dengan orang tersayang. Isterinya pasti menjadi antara manusia paling bertuah kerana mempunyai suami yang sanggup menempuhi cabaran seperti ini untuk dia.
Terima kasih Luqman kerana memberikan kebenaran kepada MASKULIN untuk berkongsi tip menarik ini kepada pembaca kami.
Semoga kisah dan pengalaman yang dilalui oleh saudara Luqman Afifi ini menjadi inspirasi kepada anda semua.
Keterampilan gaya elegan seseorang lelaki kini bukan hanya bergantung kepada paras rupa dan juga penjagaan badan yang baik. Pemilihan pakaian serta aksesori kini menjadi...