Bisep dan trisep merupakan lokasi mata nakal yang sering wanita tumpu. Maka tidak hairanlah ramai lelaki sanggup berusaha mendapatkan lengan yang mantap dan pejal.
Kalau setakat berangan-angan lepas tengok gambar orang sado semata-mata, sampai bila-bila pun lengan anda sekadar kelihatan biasa-biasa sahaja.
Jadi untuk tidak memusnahkan impian dan harapan itu, kena tak bermula hari ini anda cuba lakukan 5 teknik muda untuk besarkan otot bisep dan trisep menerusi :
1. Curls
Bagaimana nak lakukan gerakan ini? Bertenang, gerakan curls ini dapat membentuk otot lengan dengan anda menggunaka barbel atau dumbel. Untuk permulaan, mulakan dengan beban yang ringan. Pastikan posisi barbel pada kedua sisi tubuh, lalu gerakkan beban ke arah dada. Ketika mengangkatnya sila jangan gerakkan siku. Pastikan juga siku tetap berada di sisi tubuh. Lakukan gerakan ini sebanyak 12 kali. Selain itu, gerakan ini dapat divariasikan dengan curls yang lain. Caranya dengan menekuk siku, lalu menarik beban ke bahagian dada. Ulanginya juga sebanyak 12 kali.
Ads
2. One-leg rear-delt raise
Pilih barbell berat antara 2 atau 3 kilogram. Posisikan badan anda mendepakan ke dua belah tangan dengan beban barbel. Angkat satu kaki ke belakang sambil condongkan tubuh ke depan. Tahan posisi tubuh sejajar dan lurus dari kepala hingga kaki. Selepas itu buat gerakan seperti burung gerakkan sayap sebanyak antara 10 ke 15 kali.
Ads
3. Push up
Ini senaman paling asas dalam senaman namun mempunyai impak yang sangat baik. Ia bukan hanya mampu membakar kalori, tetapi ia juga menjadi salah satu cara untuk anda membesarkan otot lengan dengan efektif.
Dalam keadaan badan anda berlutut dengan posisi tangan menyentuh lantai sejajar bahu dan lutut sejajar pinggul. Angkat kaki kiri lurus ke belakang dan gerakkan lengan kanan lurus ke depan. Tahan selama lima saat kemudian lakukan gerakan sama dengan kaki kanan dan lengan kiri. Ulang kira-kira 15 kali.
5. Triceps down dog
Mula-mula posisikan badan anda seperti hendak melakukan plank dengan kedua telapak tangan serta jari-jari kaki menyentuh lantai. Kemudian letakkan kedua siku ditekuk untuk menopang tubuh dalam posisi lurus. Naikkan sedikit pinggul dan dan lengan lurus. Ketika menaikkan pinggul cuba pastikan tapak kaki menyentuh lantai. Cuba tahan selama beberapa saat kemudian kembalikan kepada posisi asal seperti plank. Anda boleh ulang gerakan ini sebanyak 10 kali.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila bercakap tentang zumba pastinya kita akan mengaitkan aktviti berupa senamrobik ini lebih mesra di kalangan wanita.
Namun sebenarnya adan silap. Lelaki juga dapat melakukan aktviti kecergasan dan senaman ini. Malah banyak faedah yang anda boleh perolehi dengan melakukan aktiviti ini.
Tak percaya?
Ikuti 6 kelebihan yang bakal anda dapat bila aktiv berzuma di bawah.
Tarian Zumba membantu meningkatkan kadar sistem kardiovaskular di mana ia membantu melawan ‘kewujudan’ lemak-lemak yang tidak diingini. Zumba mampu membakar kalori sekitar 600 hingga 1000 kalori.
Jika anda terus berzumba setiap hari secara berdisiplin, anda boleh mendapatkan tubuh badan yang lebih tegap. Rentak muzik yang menggerakkan tubuh anda membuatkan otot tubuh tegang dan kuat tanpa anda sedari.
Menghadiri kelas Zumba turut membantu anda berinteraksi dengan lebih ramai rakan baru yang ‘gila-gila’ menari! Bayangkan jika anda menghadiri kelas Zumba dua atau tiga kali seminggu, lebih ramai rakan anda kenali malah Zumba boleh mengawal sikap pemalu anda.
Tidak seperti senaman lain, Zumba lebih menyeronokkan kerana menari mengikut rentak muzik yang rancak, moden dan bertenaga. Jika anda penggemar muzik, anda bukan saja boleh menyanyi dan mendengar tetapi menari seolah-olah anda berada pertandingan menari!
Zumba merupakan senaman sempurna untuk anda melepaskan tekanan malah ada yang mengatakan ia lebih baik dari terapi. Muzik rancak dan pergerakan bebas mampu melepaskan mood yang meningkatkan hormon endorfin.
Tentunya Zumba sesuai untuk semua peringkat umur kerana menggabungkan kesemua elemen seperti muzik dan pergerakan bertenaga. Malah, kini sudah ada program Zumba khusus untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Zumbatonic yang menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai yang mengakui bahawa telur mempunyai lemak yang tidak baik untuk kesihatan jika diambil dalam jumlah yang banyak. Menurut kajian, makan dua hingga tiga biji telur merupakan dos yang optimum untuk anda mengekalkan tenaga seharian.
Namu ada juga yang takut untuk mengambil telur sebagai makanan harian kerana telur kuning dikatakan boleh menyebabkan kolesterol menjadi tinggi. Lupakan mitos tersebut kerana hakikatnya makan telur dengan jumlah yang sepatutnya boleh memberi anda banyak manfaat.
Sebiji telur rebus mengandungi pelbagai khasiat seperti berikut:
1. Vitamin A: 6% daripada RDA
2. Folate: 5% daripada RDA
3. Vitamin B5: 7% daripada RDA
4. Vitamin B12: 9% daripada RDA
5. Vitamin B2: 15% daripada RDA
6. Fosforus: 9% daripada RDA
7. Selenium: 22% daripada RDA
Telur juga mengandungi jumlah vitamin D, vitamin E, vitamin K, vitamin B6, kalsium dan zink. Jumlah kalori yang anda akan dapat juga tidak lebih daripada 77 kalori, 6 gram protein dan 5 gram lemak sihat.
Ini merupakan kebaikan yang bakal anda dapat bila makan tiga biji telur sehari.
Ramai yang beranggapan makan telur akan menyebabkan kolesterol tinggi dan ini memberi gambaran buruk telur di mata orang ramai. Beberapa kajian mendapati bahawa pengambilan telur secara tetap akan menyebabkan HDL (Lipoprotein Ketumpatan Tinggi) naik. Kolesterol jenis ini diperlukan dalam tubuh untuk membawa kolesterol dari bahagian badan yang lain ke hati supaya ia dapat mengeluarkan kolesterol jahat daripada tubuh anda.
Memiliki tahap HDL (Lipoprotein Ketumpatan Tinggi) yang tinggi akan membantu menghilangkan LDL (Lipoprotein Kerketumpatan Tinggi) atau dikenali sebagai kolesterol jahat. Jika anda mempunyai kolesterol, anda boleh saja mengambil telur dan kuningnya asalkan jumlah dan cara penyajiannya tepat iaitu tidak dimasak dengan cara menggoreng.
Telur bersaiz besar mengandungi hanya 72 kalori, hampir keseluruhannya mengandungi protein. Badan anda memerlukan protein untuk membina dan membaiki sel-sel otot. Telur adalah bahan bakar yang sempurna untuk otot, jadi jangan takut untuk makan telur. Ambil sebiji ketika makan tengah hari ataupun makan sarapan.
Pemikiran kolot mengatakan bahawa makan protein haiwan mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan tulang. Walau bagaimanapun, penemuan baru-baru ini telah membantah pemikiran itu dan menyimpulkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara pengambilan protein dan jisim tulang atau ketumpatan. Ini kerana protein haiwan sebenarnya membantu mengekalkan dan menyerap kalsium, sekali gus meningkatkan kepadatan tulang dan kekuatan.
Bukan itu sahaja telur juga mengandungi khasiat kalsium dan vitamin D. Kedua-duanya dapat menyokong pertumbuhan tulang secara optimum. Vitamin D membantu mempercepatkan proses penyerapan dari kalsium. Selain menjadikan tulang kuat, kalsium juga berfungsi untuk pembekuan darah dan kontraksi otot.
Penyelidikan menunjukkan bahawa telur kaya dengan lutien. Bahan ini bertanggungjawab untuk membina penglihatan yang jelas dan tajam. Jika lutein ini kurang, ia akan merosakkan tisu mata dan penglihatan kita akan merosot. Selain lutein, telur juga mempunyai zeaxanthin dan karotenoid iaitu antioksidan yang terbukti memberi manfaat kepada kesihatan mata. Antioksidan kuat ini berkumpul di retina mata dan membantu mengatasi beberapa proses degeneratif yang boleh mempengaruhi mata.
Menurut penyelidik, karotenoid dapat menurunkan risiko penyakit age-related degeneration dan katarak. Zat ini berfungsi sebagai antioksidan untuk mata, melawan radikal bebas yang dapat meresap ke beberapa bahagian retina sehingga mempengaruhi kemampuan mata untuk fokus.
Journal of American College of Nutrition dan International Journal of Obesity menyimpulkan bahawa makan telur ketika sarapan dapat mengurangi jumlah keinginan makan anda di antara waktu makan tengah hari. Ini mengakibatkan penurunan berat badan yang lebih besar dibandingkan dengan anda mengambil menu sarapan lain. Malah telur juga rendah kalori tetapi tinggi protein sehingga ia sesuai dimakan untuk orang berdiet.
Telur adalah sumber terbaik daripada protein lengkap yang mengandungi semua asid amino esensial bagi tubuh manusia. Ia juga dapat membantu mengawal tubuh menyerap kalori. Kandungan nutrisi di dalam telur adalah tinggi dan baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.
Phospholipid yang menjamin sel-sel otak berhubung terdiri daripada choline yang ada dalam telur. Ia merupakan sumber yang penting untuk meningkatkan perkembangan otak dan fungsi memori. Telah terbukti secara klinikal bahawa vitamin ini adalah bahan binaan utama bagi otak. Jika anda makan dua biji telur sehari, tubuh anda akan mendapat cukup nutrien ini. Manakala kekurangan kolagen pula akan membawa kepada pada penurunan ingatan.
Ini sudah terbukti daripada penyelidikan yang dijalankan oleh saintis Belanda. Dalam 87% wanita berusia 35 hingga 40 tahun, bintik-bintik umur hilang dan kulit ditarik. Pada lelaki pula, kedutan di sekeliling mata akan terasa licin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Impak pergerakan dan latihan dengan menggunakan berat bebanan badan nyata turut memberi implikasi yang sama tatkala dilakukan dengan teknik yang betul. Alami intensiti dan tahap endurance maksima kala melakukan bodyweight training meski di mana sahaja anda berada. Latihan yang bersifat bebas dan versatil ini punya variasi berbeza serta bisa mengimprovasi kekuatan bahagian otot yang tidak dicapai menerusi weight lifting.
Burpee
Latihan yang menjadi kegemaran setiap individu kerana latihan ini nyata membantu membakar lemak secara maksima. Pergerakan yang mempertaruhkan keseluruhan tenaga tubuh nyata lebih baik berbanding latihan kardio disertai dengan koordinasi yang mampu menjadikan berat badan tubuh boleh dikurangkan dalam jangka masa yang singkat.
Crunch
Latihan abdominal yang bekerja untuk membentuk otot di bahagian abdominal. Latihan berat badan yang mampu untuk membakar lemak di bahagian perut lantaran bisa menghasilkan six pack dalam jangka masa yang singkat.
Pike Push Up
Jika anda telah mencapai keseimbangan dalam momentum rutin tekan tubi, ini adalah masa yang terbaik untuk anda mencuba pike pushup. Variasi latihan berat badan ini secara terus mensasarkan bahagian bahu dan bisa membantu memperkuatkan bahagian tubuh yang lemah sekaligus membantu membina otot tubuh secara keseluruhan.
Squat
Esensi kecergasan yang mencipta asas squat berat badan adalah untuk menghasilkan kekuatan lower body. Pastikan bahagaian bahu sebaris dengan kedua belah kaki dan turunkan bahagian bawah tubuh hingga bahagian peha berada dalam garisan lurus.
Plank
Mencipta kekuatan pada bahagian bahu dan perut, latihan berat badan ini nyata yang terbaik untuk memberi keseimbangan pada tubuh dan menghasilkan kekuatan pada setiap bahagian tubuh.
Prone Back Extension
Pasti ramai mampu melakukan reverse hyper dengan menggunakan mesin latihan namun tekanan yang dikenakan pada otot nyata akan memberi impak kepada pembinaan otot tersebut. Lebih banyak amount bebanan yang diletakkan pada tubuh ia akan mempertingkatkan kadar kontraksi dimana berlakunya kontraksi ini akan menghasilkan lebih banyak otot. Prone back extension menghasilkan lebih banyak kontraksi maka latihan berat badan ini mampu untuk mencipta jumlah otot yang lebih banyak.
Spiderman Plank Crunch
Mencabar bahagian tegah tubuh, kaki dan bahagian dada nyata bertujuan untuk mempertingkatkan keseimbangan tubuh. Berada dalam posisi plank lantas gerakkan bahagian sebelah kaki menghampiri bahagian siku lantas bawakan kembali ke posisi asal dan ulangi dengan kaki yang lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.