Sebagai seorang lelaki yang sentiasa tampil tampan dan bergaya pastinya elemen ‘hiasan’ wajah yang datang dalam bentuk kaca mata hitam tidak dapat dipisahkan.

Malah berani MASKULIN katakan bahawa kaca mata hitam merupakan aksesori yang wajib ada dalam setiap koleksi lelaki. Bukan bertindak sebagai penghias gaya sahaja malah berfungsi melindungi mata daripada mentari yang terik.

Namun dalam dunia serba moden yang sentiasa muncul dengan pelbagai inovasi hebat elemen kotemporari seperti itu bukan lagi sesuatu yang baru.

Itulah yang terdetik pada hati kami di MASKULIN sewaktu mencuba buat pertama kali produk kolaborasi dua jenama hebat dalam bidang mereka masing-masing iaitu Huawei dan Gentle Monster.

Kaca Mata Pintar HUAWEI x Gentle Monster Buat Jejaka Sofistikated & Trendy

Don’t judge a book by it’s cover.

Ternyata pandang pertama MASKULIN silap pada produk ini. Sekali imbas ia hanya nampak seperti sepasang kaca hitam yang normal.

IKLAN

Ini merupakan sebuah peranti pintar dikenali sebagai Huawei x Gentle Monster Smart Eatmoon Eyewear yang kini sudah mula dipasarkan di Malaysia.

Jika dulu kita mungkin hanya melihat pernati seperti ini menerusi filem sains fiksyen. Apa tidaknya dengan kaca mata pintar ini anda mampu mendengar muzik dan menjawab panggilan telefon dengan senang.

Kaca Mata Pintar HUAWEI x Gentle Monster Buat Jejaka Sofistikated & Trendy

Tapi ia agak berbeza dengan peranti Google Glass yang sebelum ini pernah tular kerana tampil tampa sebarang heads up display.

IKLAN

Huawei x Gentle Monster Smart Eyewear ini dilengkapi dengan dual speaker yang diintegrasikan dengan rangkaian Blutooth. Rekaan speaker pula muncul dengan konsep rekan semi terbuka.

Lebih menarik lagi, ia juga dilengkapi mikrofon dual dan menggunakan AI untuk mengurangkan kadar bunyi bising atau noise.

Sebagai contoh jika ingin menjawab panggilan telefon anda hanya perlu melakukan double tap pada bahagian tepi di bingkai. Dan jika anda membuka kaca mata ini pemain muziknya akan secara automatik akan terhenti.

Manakala jika anda memakainya semula ia akan terus melakukan playback selepas 15 saat. Kawalan jumlah volume muzik juga boleh dilakukan dengan melakukan tap di bahagian tersebut.

IKLAN

Kaca Mata Pintar HUAWEI x Gentle Monster Buat Jejaka Sofistikated & Trendy Kaca Mata Pintar HUAWEI x Gentle Monster Buat Jejaka Sofistikated & Trendy

Huawei x Gentle Monster Eyewear ini turut hadir dengan bekasnya yang turut berfungsi sebagai charging case. Untuk melakukan pengecasan tanpa wayar anda hanya perlu meletakkan kaca mata ini ke dalam bekas tersebut.

Charging case ini dilengkapi dengan bateri 2200 mAh dan mampu melakukan playtime selama 8 jam. Bagi penggunakaan secara berterusan tanpa henti Huawei x Gentle Monster Eyewear ini, ia boleh tahan selama 2.5 jam.

Ia kini boleh didapati di e-store rasmi Huawei Malaysia pada harga RM1599.

Spesifikasi:

Kaca Mata Pintar HUAWEI x Gentle Monster Buat Jejaka Sofistikated & Trendy

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI