Rata-rata rakyat Malaysia kurang ambil tahu tentang perkembangan temasya sukan Olimpik Musim Sejuk. Iyalah, kebanyakan sukan yang dipertandingkan tidak selalu dimainkan di negara tropika seperti kita. Semuanya berkaitan ais dan salji mana nak cari di Malaysia.
Jom kita lihat 12 senarai atlet peluncur ais yang boleh tahan kacak di beberapa buah negara ini. Bukan sekadar meluncur, mereka juga perlu memastikan tiada kecederaan atau perlanggaran akan berlaku.
1. Adam Rippon – Amerika Syarikat
2. Brian Joubert – Perancis
3. Vaughn Chipeur – Kanada
Ads
4. Daisuke Takahashi – Jepun
5. Mikhail Kolyada – Rusia
Ads
6. Nathan Chen – Amerika Syarikat
7. Eric Radford – Kanada
8. Tomas Verner – Czech Republik
Ads
9. Javier Fernandez – Spain
10. Julian Yee – Malaysia
11. Dmitri Aliev – Rusia
12. Patrick Chan – Kanada
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan untuk kita bermuhasabah dan memperkukuh jati diri sebagai seorang Muslim. Dalam semangat menyemarakkan bulan suci ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) kembali dengan penganjuran World #QuranHour 1446H.
Kali ini tampil dengan membawa tema penuh makna, #SavingTheUmmah, berpandukan Surah Al-Saff. Acara yang dinanti-nantikan ini bakal berlangsung pada 25 Mac 2025 bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, program ini dijadualkan bermula jam 12 tengah hari hingga 1 petang, menghimpunkan umat Islam untuk bersama-sama membaca, memahami, dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran.
Dalam menyelami makna dan pengajaran Al-Quran, pemilihan Surah Al-Saff sebagai surah utama World #QuranHour 1446H bukanlah sesuatu yang kebetulan.
Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff, menjelaskan bahawa surah ini mengandungi seruan penting kepada umat Islam untuk bersatu, menghindari perpecahan, dan mencontohi semangat Hawariyyun – golongan yang setia mendukung perjuangan Nabi Isa dalam menegakkan agama Allah.
Sejarah membuktikan bahawa sesuatu bangsa dan peradaban hanya mampu bertahan apabila kesatuan menjadi teras utama.
Dalam dunia yang semakin mencabar dengan pelbagai krisis dan cabaran global, seruan Surah Al-Saff ini amat relevan bagi membangkitkan kesedaran tentang pentingnya kesatuan, keikhlasan, serta keteguhan iman dalam memperkukuhkan ummah.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2015, World #QuranHour telah berkembang menjadi satu gerakan global yang berimpak tinggi.
Dengan pelbagai inisiatif seperti Arafah #QuranHour, Malaysia #QuranHour, dan World #QuranConvention, kempen ini telah mencapai 7.89 bilion capaian di media sosial, membawa mesej Al-Quran ke serata dunia.
Peranan media tempatan dan antarabangsa dalam memperkasakan kempen ini tidak boleh dinafikan.
Sinergi antara pelbagai platform media telah membantu dalam memperluaskan lagi gelombang baca, faham, dan amal Al-Quran kepada lebih ramai individu dan komuniti.
Tema #SavingTheUmmah bukan sekadar slogan, tetapi satu tanggungjawab bersama. Dengan cabaran sosial, politik, dan ekonomi yang melanda dunia Islam hari ini, umat Islam perlu kembali kepada asas yang kukuh.
Perli kembali berpandukan wahyu Ilahi dalam setiap aspek kehidupan. Melalui World #QuranHour, kita bukan sahaja mendekatkan diri kepada Al-Quran tetapi juga mengambil langkah proaktif dalam menyebarkan mesej kebaikan dan perpaduan.
Sebagai individu, kita boleh menyumbang dengan menyertai program ini, menyebarkan kesedaran kepada keluarga dan rakan-rakan, serta mengamalkan nilai-nilai Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Setiap usaha, sekecil mana pun, mampu memberi kesan besar dalam usaha menyelamatkan ummah.
Justeru, marilah kita bersama-sama menyertai World #QuranHour 1446H pada 25 Mac 2025 dan menjadikan Ramadan ini lebih bermakna dengan mendekatkan diri kepada Al-Quran.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa sangka mulut-mulut mak cik bawang punca Ramdan nekad untuk menurunkan berat badan.
“Saya dicemuh mak cik-mak cik ketika menaiki pengangkutan awam” ayat-ayat penyata seperti
“Kamu ni gemuk lah”
“Besarnya kamu ni Ramdan…”
Ini benar-benar menyinggung perasaan Ramdan. Menurutnya, dia sudah tidak tabah lagi melalui hari-harinya sebagai seorang GEMUK. Mana tidaknya, dengan ketinggian 190cm dan berat badan mencecah 145kg, dia dianggap mengganggu ruang di dalam pengangkutan awam sehinggakan mak cik-mak cik ini lemas dengan kewujudannya.
Bila start diet?
Tahun 2016, masa tu saya join program diet. Kalau ikutkan saya ni seorang pemalu. Segan untuk bersenam secara bersendirian. Tambahan pula saya selalu dicemuh, tahap confident saya tu semakin berkurangan. Bila workout bersama-sama dengan orang gemuk ni, lain macam sikit impak dia. Yelah, sama-sama gemuk kan, kita faham antara satu sama lain.
Apa yang paling seronok sepanjang Ber ‘diet’?
Banyak sebenarnya, pada peringkat awal tu rasa susah sikit sebab kita kan dah terbiasa dengan MAKAN, jadi nak disiplinkan diri tu perlukan masa. Bila bergaul dengan kawan-kawan yang sama-sama nak kurus ni godaan dia lagi melampau, sebab tak semua orang yang join tu ada mindset yang sama. Jadi kadang-kadang lepas workout, pasti akan terbabas ke kedai mamak. Disitu mental kena kuat, kita kena ada goal sendiri.
Bila dah kurus ni mesti ada kulit menggelebeh, macam mana nak buang?
Oh, nak buang kulit menggelebeh tu tak lah susah mana, korang kenalah pergi ke Gym, main dumbbell. Tak payah main yang berat-berat, main yang ringan-ringan saja. Kalau nak bina badan sekalipun kena mula dari bawah, jangan terus angkat yang berat, takut muscle tear nanti. Paling penting teknik, teknik inhale dan exhale sangat membantu untuk mendapatkan betuk badan yang cantik.
Macam mana dengan pemakanan?
Makan memang penting dalam penjagaan diet. Saya masih lagi mengamalkan diet kurus dahulu. Suku suku separuh. Kalau malas nak workout sekalipun, diharapkan anda dapat menjaga pemakanan. Kalau tak, selamat tinggal ideal weight.
Ada nasihat yang nak diberikan kepada umum tentang diet awak?
Nak diet ni minda kena betul-betul fokus. Kalau segan nak buat sorang-sorang join program. Jangan malu untuk announce yang anda sedang ber diet. Jika mereka benar-benar rakan anda, pasti mereka akan memberi sokongan kepada anda. Paling penting ‘enjoy’ your journey.You only live once!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Suami tolong pegang beg tangan, takut isteri atau sebab sayang, ini tip buat suami yang selalu disindir. Dalam era moden ini, kita sering melihat ‘pemandangan’ suami membantu isteri mereka dengan memegang beg tangan. Namun, tindakan ini sering kali dilabel oleh sesetengah pihak sebagai ‘takut isteri.’
Sebenarnya, apakah yang tersirat di sebalik tindakan ini? Adakah benar ia mencerminkan kelemahan atau sebaliknya menunjukkan kekuatan dan kasih sayang dalam hubungan perkahwinan?
Pertama sekali, kita perlu memahami konteks di mana tindakan ini berlaku. Memegang beg tangan isteri mungkin dilakukan atas pelbagai sebab. Mungkin isteri sedang menguruskan anak-anak kecil atau membawa barang-barang lain yang lebih berat. Dalam situasi ini, suami yang membantu memegang beg tangan isteri sebenarnya menunjukkan sifat bertimbang rasa dan prihatin.
Budaya dan persepsi masyarakat turut memainkan peranan penting dalam menilai tindakan ini. Dalam sesetengah budaya, lelaki yang membantu isteri dalam hal-hal domestik dilihat sebagai lemah atau kurang maskulin. Namun, dalam budaya yang lebih moden dan progresif, tindakan sebegini dilihat sebagai tanda kerjasama dan kesaksamaan dalam perkahwinan.
Memegang beg tangan isteri juga boleh dilihat sebagai tanda cinta dan penghargaan. Dalam perkahwinan, suami dan isteri sepatutnya saling membantu dan menyokong antara satu sama lain.
Tindakan kecil seperti memegang beg tangan isteri boleh membawa makna besar dalam menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang.
Menghapuskan Stereotaip Negatif
Kita perlu menghapuskan stereotaip negatif yang sering dikaitkan dengan tindakan ini. Suami yang memegang beg tangan isteri bukanlah tanda “takut isteri”, tetapi sebaliknya menunjukkan bahawa mereka adalah pasangan yang bertanggungjawab dan saling menyokong. Tak perlu menilai sesuatu yang positif dengan konotasi negatif.
Dalam masyarakat kita, tindakan suami memegang beg tangan isteri kadangkala disindir atau dilabel sebagai “takut isteri”. Walaupun niat asal adalah untuk membantu dan menunjukkan kasih sayang, sindiran ini boleh menyebabkan rasa kurang selesa.
Pertama sekali, adalah penting untuk menetapkan pendirian. Fahami bahawa tindakan anda adalah untuk membantu dan menunjukkan kasih sayang kepada isteri. Jangan biarkan sindiran orang lain mempengaruhi tindakan positif anda.
Jika sindiran ini membuat anda merasa kurang selesa, berbincanglah dengan isteri anda. Nyatakan perasaan anda dan carilah jalan penyelesaian bersama. Mungkin isteri anda boleh membantu dengan cara lain atau anda boleh bergilir-gilir memegang beg.
Ingatkan diri anda tentang kebaikan yang dilakukan. Dengan membantu isteri, anda menunjukkan sikap prihatin dan bertanggungjawab. Tindakan ini boleh mengukuhkan hubungan perkahwinan dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
Apabila disindir, hadapilah dengan tenang dan senyuman. Jawab dengan penuh keyakinan bahawa anda memegang beg tangan isteri kerana anda seorang suami yang bertanggungjawab dan penyayang. Kadangkala, sindiran boleh diatasi dengan sikap positif dan keyakinan diri.
Cuba ubah perspektif anda terhadap sindiran. Anggaplah sindiran tersebut sebagai ujian kecil dalam hubungan perkahwinan. Setiap hubungan pasti ada cabaran, dan ini adalah salah satu cara untuk menunjukkan keteguhan dan kesetiaan anda terhadap isteri.
Carilah sokongan dari rakan atau keluarga yang memahami situasi anda. Mereka mungkin boleh memberikan nasihat atau sokongan moral yang berguna. Berbincang dengan mereka yang mempunyai pengalaman yang sama juga boleh membantu.
Bersama-sama dengan isteri, cuba mendidik masyarakat sekitar tentang kepentingan kerjasama dalam perkahwinan. Kongsi pengalaman anda dengan orang lain dan tunjukkan bahawa tindakan membantu isteri adalah perkara yang positif dan patut dicontohi.
Akhir sekali, jangan mudah terpengaruh dengan pandangan negatif orang lain. Yang penting adalah kebahagiaan dan keharmonian dalam rumah tangga anda. Fokus pada hubungan anda dan teruskan dengan tindakan yang anda rasakan betul.
Kesimpulan
Memegang beg tangan isteri adalah tanda kasih sayang dan tanggungjawab, bukan kelemahan. Sindiran mungkin tidak dapat dielakkan, tetapi dengan sikap yang betul dan sokongan daripada isteri serta keluarga, anda boleh menghadapinya dengan tenang.
Ingatlah bahawa tindakan kecil ini boleh membawa kesan besar dalam mengukuhkan hubungan perkahwinan. Teruskan menjadi suami yang penyayang dan bertanggungjawab, dan jangan biarkan sindiran orang lain mempengaruhi kebaikan yang anda lakukan.
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.