Kedai serbaneka kini menjadi salah satu elemen penting dalam kehidupan hari ini terutamanya penduduk di kawasan bandar.

Selain menawarkan pelbagai jenis produk makanan ia juga menjadi tumpuan kerana menyediakan produk kegunaan harian yang bolehlah dikatakan lengkap.

Salah sebuah kedai serbanke yang cukup popular di kalangan pengguna ialah FamilyMart. Terbaru, FamilyMart telah mengumumkan FamiCafe yang dikendalikan di outlet mereka telah berjaya mendapat pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pada sidag media yang berlangsung di FamiCafe Menara U, Shah Alam, FamilyMart melahirkan keterujaan mereka di atas pengiktiradan ini. Difahamkan kedai-kedai FamilyMart di seluruh Malaysia akan menjalani audit hala secara berperingkat mengikut panduan JAKIM.

Kafe Serbaneka Halal Pertama Di Malaysia, FamiCafe Di FamilyMart Diiktiraf Pensijilan Dari JAKIM

IKLAN

Proses tersebut telah pun bermula di dua buah outlet yang lain. Selaras dengan kejayaan mereka mendapat pensijilan Halal, FamilyMart Malaysia turut mengambil keputusan untuk menghentikan penjualan minuman keras atau beralkohol di semua putlet mereka.

Ini bagi memberikan keyakinan tambahan buat pengguna mereka yang ingin berbelanja tanpa sebarang was-was.

INOVASI BERTERUSAN

Sebagai sebahagian daripada inovasi berterusannya untuk mengembangkan semangat konbini bag memenuhi gaya hidup dan keperluan pelanggan, FamilyMart akan memperkenalkan konsep FamiCafé seperti yang terdapat di Menara U di semua kedai.

IKLAN

Konsep yang disahkan halal in menyajikan minuman kafe dan makanan yang tersedia untuk dimakan yang disiapkan di dalam kedai. Ini termasuk makanan kegemaran sepanjang masa seperti oden, snek panas seperti chiki katsu rangup dan sosej (corndog), serta sofuto.

Konsep FamiCafé menggabungkan minuman kafe berkualiti dan tawaran sajian dengan keselesaan masa dan lokasi.

IKLAN

Sejak pelancarannya, konsep ini telah menerima sambutan baik untuk kualiti, nilai dan keselesaan yang ditawarkan. Sehingga kini terdapat 16 FamiCafé di Malaysia, dengan sasaran untuk membuka 50 FamiCafé menjelang akhir tahun 2023.

Semua FamiCafé serba baharu akan mengadaptasi susun atur yang disediakan JAKIM, manakala stor sedia ada akan diubah suai untuk tujuan sama. FamilyMart Malaysia menyasarkan status halal untuk 300 FamiCafé menjelang tahun 2025.

Sebagai tambahan, FamilyMart kini giat berkembang ke pantai timur Semenanjung Malaysia.

FamilyMart Malaysia sedang mengenal pasti lokasi-lokasi sesuai untuk memenuhi permintaan pelanggan di rantau it dan menyasarkan 20 kedai akan dibuka menjelang akhir 2023. Cawangan FamilyMart sudahpun dibuka di beberapa lokasi di Kuantan, Pahang.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI