Ads
Home Berita Kahwin Wanita 18 Tahun Lebih Tua, Lelaki Ini Tak Takut Pandangan Orang

Kahwin Wanita 18 Tahun Lebih Tua, Lelaki Ini Tak Takut Pandangan Orang

Kisah cinta Aril dan Dr Zahida bagaikan satu tamparan lembut kepada semua skeptik. Bila lelaki muda berkahwin dengan wanita lebih berusia, pasti akan ada suara sumbang. Tambah pula si isteri itu seorang doktor dan anak orang berada.

Tapi bagi Aril, apa yang dia cari bukan pada status atau kemewahan, tetapi keperibadian dan ketenangan hati.

11 Tahun Bersama

Mohd Shahril Tuah, atau lebih dikenali sebagai Aril, bukanlah calang-calang lelaki. Bekas wardar penjara dan pramugara ini kini bergelar usahawan tudung yang dikenali ramai di TikTok. Apa yang membuat ramai tertarik bukan sekadar bisnesnya, tetapi hubungan mesra dan serasi bersama isteri tersayang, Dr Zahida, 56.

Kahwin Wanita 18 Tahun Lebih Tua, Lelaki Ini Tak Takut Pandangan Orang

“Saya tak cari pasangan berdasarkan rupa atau harta. Yang saya nilai, adalah cara dia bawa diri, keperibadiannya. Cara dia layan mak saya masa rawat di klinik, cara dia bercakap penuh kelembutan dan hormat. Dari situ hati saya mula terbuka,” kongsi Aril, 38.

Ads

Dari Klinik Ke Pelamin

Perkenalan mereka bermula cukup klasik – melalui pertemuan fizikal di klinik ketika Aril membawa ibunya mendapatkan rawatan. Tiada DM, tiada swipe kanan. Justeru hubungan mereka bermula secara matang dan natural. Ketika itu, Aril baru putus tunang, manakala Dr Zahida baru kehilangan suami.

Tiga tahun berkawan, tiga tahun mengenal hati budi akhirnya mendapat restu keluarga dan sah menjadi suami isteri. Kini, sudah 11 tahun mereka hidup bersama, membina keluarga dan membuktikan bahawa beza usia bukan halangan, malah menjadi kekuatan.

“Isteri Saya Mungkin Lebih Tua, Tapi Dia Buat Saya Jadi Lelaki Lebih Baik.”

Apa yang membuatkan hubungan mereka unik adalah keseimbangan antara kematangan dan ketelusan. Aril sendiri akui bahawa walaupun isterinya berusia 18 tahun lebih tua, dia tetap dihormati sebagai seorang suami. Dan yang paling indah, menurut Aril, ialah bimbingan isterinya yang penuh sabar dan kasih.

Ads

“Saya dapat ketenangan dalam rumah tangga. Dia tak berprasangka buruk. Dia ajar saya banyak benda, termasuk dalam agama dan kesabaran. Apa yang kami ada ni bukan dibina dalam sehari, tapi melalui cabaran dan usaha bersama.”

Dr Zahida: “Walaupun Dia Muda, Saya Hormat Dia Sebagai Suami.”

Bagi Dr Zahida, cinta bukan sekadar tentang siapa lebih dewasa secara angka. Ia tentang keserasian, komunikasi dan saling menghormati. Bagi beliau, Aril bukan sekadar pasangan hidup tapi juga sahabat, pendengar dan penasihat.

Ads

“Waktu kami kahwin, saya 45 dan dia 27. Tapi saya yang lebih ‘budak-budak’ sebenarnya. Aril jenis yang tenang, bercakap elok dan matang. Dia banyak bimbing saya – terutamanya dalam hal agama,” jelas Dr Zahida, yang kini telah 28 tahun berkhidmat sebagai doktor.

Aril dan Dr Zahida adalah cerminan bahawa cinta yang sebenar tak melihat pada harta, usia atau status. Ia tentang kesediaan untuk menerima, membimbing dan bertolak ansur. Malah, kisah mereka memberi inspirasi kepada ramai pasangan muda yang kini mulai membuka mata  bahawa hubungan bahagia bukan perlu ikut acuan masyarakat, tapi ikut acuan keikhlasan.

Kalau kamu pun mahu bahagia, carilah wanita yang buat kamu mahu jadi lelaki lebih baik bukan yang sekadar cantik di mata, tapi kuat di hati.

BACA LAGI : Lelaki Muda Lebih Pilih Wanita Berusia Sebagai Teman, Ini Sebabnya!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads