Foto: Sinar Harian

Tidak dinafikan mempunyai kerja dengan gaji tetap dengan ‘makan gaji’ pada setiap bulan memberikan satu ketenangan buat ramai orang.

Menjadi pekerja kepada sesebuah syarikat boleh memberikan jaminan pendapatan tetap dan mungkin tidak perlu risau setiap hujung bulan pasti akan ada gaji.

Berbeza dengan membuka dan menjalankan perniagaan sendiri yang pastinya hadir dengan 1001 cabaran yang tidak semua orang mampu hadapinya.

Namun itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki berusia 35 tahun, Azroy Hassam Lim yang meninggalkan kerjayanya sebagai jurutera di Singapura untuk menjalankan perniagaannya sendiri.

Keberanian Berhasil! Lelaki Ini Tinggalkan Kerjaya Jurutera, Buka Perniagaan Kedai Kopi

Bertekad meninggalkan kerjaya yang memberikan gaji cukup lumayan di negara jiran, dia menjalankan perniagaan sendiri dengan membuka kedai kopi berkonsepkan kanopi di tepi jalan dikenali, ‘Hogeh Coffee’.

Menurut temu bual bersama Sinar Harian, Azroy berkata dia memilih perniagaan kedai kopi di atas dasar minatnya terhadap kopi. Walaupun pada awalnya mengakui dia tidak mempunyai pengalaman di dalam industri ini namun sehingga kini telah berjaya membuka 45 cawangan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

IKLAN

‘KAKI’ KOPI

Ternyata keberaniaannya untuk berhenti kerja dan meneruskan hasrat membuka perniagaan sendiri membuahkan hasil yang sangat baik.

Jelasnya, sebagai seorang yang memang ‘kaki kopi’, dia memang kerap membeli kopi kampung di tepi jalan atau di mana-mana kopi di jual di kafe.

“Kemudian saya terfikir kenapa tidak hasilkan kopi sendiri dengan membuka perniagaan menjual kopi dengan jenama sendiri.

“Jadi mulanya berniaga Hogeh Coffee ini pada bulan Mei 2022. Kita mula buka dahulu di Kemaman dan kemudian ia berkembang ke kawasan serta negeri-negeri lain.

IKLAN

“Permulaaan konsep itu dengan menjual secara ‘drive thru’ di mana kita fokus pada jualan kanopi yang dibuka tepi jalan. Alhamdulillah, projek terbaharu pada tahun ini kita akan buka sebuah kafe di Kemaman dalam masa terdekat ini,” tambahnya yang ditemua bual Sinar Harian ketika berada di program Jelajah Jelita@RISDA Terengganu, Kemaman.

Keberanian Berhasil! Lelaki Ini Tinggalkan Kerjaya Jurutera, Buka Perniagaan Kedai Kopi

Selain itu, keunikan jenamanya yang membawa identiti Terengganu dengan dialek negeri tersebut menjadi salah satu daya tarikan tersendiri.

Jelasnya lagi penggunaan perkataan ‘Hogeh’ itu tidak ada kaitan dengan teknik pembuatan kopi. Tetapi ia digunakan untuk menggambarkan perkataan sesuai yang ada kaitan dengan Terengganu.

IKLAN

Berbekalkan modal sendiri sebanyak RM5,000 perniagaannya kini dilihat semakin berkembang pesat. Syabas buat anak muda seperti Azroy.

Semoga kisah kejayaannya ini menjadi inspirasi buat anda yang mungkin ingin menceburkan bidang perniagaan di masa akan datang.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

@maskulinmy Ada lagi tak artis yang tinggi tapi admin tak masukkan dalam list? 🤔🤔🤔 #maskulin #maskulingayahidup #fyp #fypシ ♬ original sound – Maskulin

Sumber: Sinar Harian

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI