Curang. Satu perkataan yang sangat dibenci sesiapa sahaja – terutamanya wanita yang setia dalam sebuah hubungan. Ia dianggap pengkhianatan terbesar dalam perkahwinan atau percintaan.
Namun realitinya, tidak semua lelaki bernasib baik memiliki hubungan yang setia hingga hujung nyawa. Zaman ini, godaan semakin hebat. Ada wanita yang lebih gemar mengejar suami orang kerana faktor kewangan stabil, lebih matang, romantik, dan kerjaya kukuh. Dalam masa sama, ada lelaki yang mudah hanyut dengan rayuan dan perhatian luar biarpun memiliki isteri yang cantik, setia dan sempurna.
Lelaki Curang Lebih Cepat Mati?
Kajian yang dijalankan oleh saintis dari University of Florence, Itali serta diterbitkan dalam Journal of Sexual Medicine mendapati lelaki yang curang lebih berisiko meninggal dunia pada usia lebih muda berbanding lelaki setia. Antara faktor utama adalah serangan jantung secara mengejut.
Lebih mengejutkan, kajian mendapati ramai lelaki yang mengalami serangan jantung ketika sedang berlaku curang. Tekanan emosi, kebimbangan melampau, penggunaan ubat kuat, serta pengaruh alkohol atau dadah menjadi punca utama.
Ads
Tekanan Hidup Yang Membunuh Dari Dalam
Lelaki curang mungkin nampak bahagia di luar, tetapi realitinya mereka hidup dalam tekanan. Hidup dalam penipuan membuatkan mereka tidak tenang, sentiasa cemas, takut rahsia terbongkar, dan akhirnya menanggung stres berpanjangan. Semua ini meningkatkan hormon stres kortisol, yang mampu merosakkan sistem imun dan mempercepatkan penuaan.
Kajian juga menunjukkan lelaki setia lebih sihat dari segi psikologi – hidup lebih bahagia, kurang tekanan, dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.
Ads
Mengapa Lelaki Pilih Untuk Curang?
Antara sebab lelaki berlaku curang:
Ads
Ego & Uji Kejantanan – sekadar mahu lihat sama ada mereka masih menjadi rebutan.
Kurang kasih sayang – mencari perhatian ketika berasa diabaikan.
Pengaruh rakan sebaya – lelaki mudah terikut dengan geng yang sama-sama curang.
Godaan & peluang – bila ruang terbuka, ada yang tewas pada nafsu.
Namun, alasan tetap alasan. Curang bukan takdir, tapi pilihan.
Curang mungkin nampak menyeronokkan seketika, tetapi risikonya bukan kecil – dari keruntuhan rumah tangga, hilang maruah diri, hingga membawa maut lebih awal.
Lelaki sejati bukan diukur pada berapa ramai wanita boleh dimiliki, tetapi sejauh mana dia mampu setia pada seorang wanita. Kesetiaan bukan sahaja menjaga perhubungan, malah menjaga kesihatan dan umur panjang anda.
👉 Maskulin Reminder: Jangan jadi lelaki yang nampak kuat di luar, tapi rebah kerana kelemahan diri sendiri. Ingat, kesetiaan itu bukan sekadar moral, tapi juga rahsia umur panjang lelaki sejati.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan mahu membuka aib, tetapi bekas maknyah ini mahu berkongsi pengalamannya berhijrah untuk anak-anak muda yang masih hanyut di lembah maksiat agar kembali bertaubat dan taat kepada agama…
Melalui perkongsian di laman sosialnya Harry Zulkifli mengakui, banyak dugaan yang dilaluinya ketika membuat keputusan untuk berhijrah. Sehingga dia terpaksa mengasingkan diri buat seketika. Namun siapa sangka, dalam usahanya untuk berubah itu juga, Allah berikan kemanisan. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua. Jauhi maksiat, dekati Yang Maha Esa.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya Harry Zulkifli berusia 26 tahun. Berasal Kuching Sarawak dan kini menetap di tanah semenanjung Kuala Lumpur hampir 5 tahun. Saya bekas seorang MAKNYAH dan saya tergerak hati untuk menulis sedikit perkongsian yang mungkin boleh membantu beberapa rakan saya di luar sana terutamanya para remaja. Berdasarkan pengalaman dan apa yang saya lalui, wajar untuk saya kongsikan kisah pahit manis ini.
Saya dulu bukan seorang yang menjaga solat dan hidup saya penuh dengan maksiat. Sepanjang 23 tahun saya hidup, beberapa kali saja saya solat jumaat. Mungkin kurang 10 kali. Dan dulu tidak pernah sekalipun lengkap 5 waktu solat saya untuk sehari. Demi Allah. Saya bukan nak buka aib sendiri. Tetapi ini hakikat hidup saya yang dulu. Macam2 cara saya buat tapi semua tak jadi. Sampailah saya cuba untuk lari menyendiri dan sedaya upaya menjaga solat walaupun pada mulanya penuh dengan perasaan ” terpaksa “. Tahun pertama selepas saya berhijrah, saya masih tidak dapat menjaga solat dan masih melakukan banyak perkara2 yang buruk (maksiat). Cuma sedikit kurang berbanding sebelum berhijrah. Sehingga saya kurang yakin dengan penghijraan saya pada masa itu. Saya masih terikut ikut dengan perangai saya yang lama. Tetapi hampir setiap hari hati saya terdetik untuk terus berubah. Saya pelik.! Saya ambil langkah untuk menjauhkan diri dari semua kawan dan saya bawa haluan sendiri tanpa berita. Family pun saya jarang contact. Jujur saya tidak kuat masa ini. Dasyat sangat ujian yang Allah SWT bagi. Perasaan yang tidak tentu, sunyi dan didatangi dengan pelbagai masalah.
Ini fasa yang paling saya risau. Masalah bertubi tubi datang sampai saya hilang arah. Saya ambil langkah dekatkan diri dengan Allah dan keluarga adalah tempat saya mengadu. Biasalah lumrah manusia, bila dalam masalah baru ingat Allah, baru ingat keluarga. Banyak kali saya minta ibu dan kakak saya untuk mendoakan kebaikan untuk saya dan saya banyak bergantung nasihat beberapa orang rakan karib saya. ” Hebat dugaan time ni masyaAllah.! ” Memang Allah bagi ujian ini supaya saya sujud selalu pada Dia. Saya tukar environment saya, saya banyak mintak nasihat beberapa orang yang arif berkenaan ilmu agama. Bila saya jaga beberapa perkara wajib yang Allah suruh, saya perasan yang saya semakin kuat untuk berubah. Saya selesaikan segala masalah saya satu persatu. Saya berhenti mengambil pil perancang ( hormon ), saya potong rambut saya semakin pendek, saya berhenti pergi ke club, saya berhenti buat benda terlarang dan saya berjaya buang segala “hobi” buruk saya dahulu. Demi Allah semua ini makan masa lebih kurang 2 tahun setengah.
Benar, kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan susun hidup kita satu persatu. Allah temukan saya dengan orang2 yang hebat.! Allah rapatkan hubungan saya dengan keluarga saya di kampung. Allah berikan rezeki dari bermacam macam sumber. Allah bagi saya rakan2 yang baru. Dan paling hebat, Allah bagi saya sokongan hebat dari kawan2 lama saya. Saya selama ini lari dari kawan2 sebab malu dengan penghijrahan sendiri. Rupa rupanya majoriti di antara mereka paham dan Alhamdulillah hubungan saya dengan mereka semua masih akrab. Allahuakbar.! Sekarang saya tahu, semua orang berniat untuk berubah menjadi yang lebih baik, akan terlintas di dalam hati masing2 untuk berhijrah. Tidak kira sesiapa pun. Tetapi mungkin tidak tahu cara yang betul2 sesuai pada diri.
Nasihat saya sebagai sahabat, jangan paksa diri untuk berubah secara drastik. Langkah paling baik, tukar environment kita untuk sementara waktu. Banyak muhasabah diri, mintak kat Allah satu persatu. Memang sunyi waktu ni, tetapi percayalah, Allah ada dengan kita time ni. Sangat dekat Allah dengan kita. Allah tahu kita tidak kuat lalui sorang2. Allah sebenarnya nak pimpin hati kita. Allah nak hadiahkan hidup yang baru. Hati yang baru. Sesuatu yang hebat sedang menunggu. Demi Allah, sumpah atas nama Allah yang Maha Agung.! Ini benar2 betul. Lama kelamaan mesti kita akan bertambah kuat. Bertambah yakin.! Masa ini lah kita jumpa balik environment dan kawan2 kita. Jangan buang kawan pulak. Mintak maaf dengan semua, bagitau perkara yang betul. InsyaAllah ramai yang akan paham. Buang rasa malu. Sebenarnya kalau difikirkan, tidak ada siapa yang nak marah kalau kita buat benda yang baik. Cuma jangan kita bongkak, jangan kita riak membandingkan diri dengan sesiapa. Jangan buat sesiapa terasa hati . Itu paling penting.
Sebenarnya ramai yang menjaga solat. Saya yakin anda semua lebih banyak amalan2 yang baik. Cuma saya berkongsi lebih pada jalan cerita hidup saya. Saya yakin yang menjaga solat ni, hidup mereka jauh lebih baik daripada apa yang pernah saya lakukan dulu. Itu perbezaan jelas kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah. Maafkan saya, bukan niat saya bercerita yang baik2 saja tentang diri saya. Saya tahu ramai yang terdetik hati tapi tidak yakin dengan diri sendiri. Kalau saya boleh, sahabat semua mesti boleh. Kita buat bukan kerana orang lain. Kerana Allah dan kerana ibubapa kita yang banyak berdoa akan kebaikan dari kita.
Dulu ramai sangat kata saya tidak boleh berubah. Saya pun kata saya tidak akan berubah sampai bila2. Tapi bila kita mula yakin.! Kita mesti akan dapat berubah satu hari nanti. Akhir kata, saya harap masyarakat kita jangan berkeras dan beri pendekatan yang baik terhadap kami semua. Jadikan kami kawan baik anda. Dan InsyaAllah dengan pendekatan yang lembut, saya sangat yakin ramai akan berusaha berubah ke arah yang lebih baik. Maafkan saya kalau ada menyinggung perasaan mana2 pihak. Saya sekadar bercerita pengalaman penghijraan saya. Harap jangan dikaitkan dengan sesiapa. Saya bukan nya baik sangat. Masih belajar erti kehidupan sebenar. Niat saya untuk bantu rakan2 saya yang mungkin ingin bersama sama mencari redha Allah SWT. Kita hidup di dunia tidak lama. Tidak salah kiranya kita saling usaha untuk kebaikan diri kita sendiri. InsyaAllah. Saya Sayang semua. Terima kasih sebab sentiasa mendoakan saya dan semua. Saya harap Allah jaga dan sayang kita semua. InsyaAllah.
Malu kalau orang kata perut tu asyik ke depan, macam setiap tahun puka mengandung, walhal perut anda hanya mengandungi lemak. Hmm ini 7 cara elak buncit yang patut anda semua patuhi.
AIR KOSONG MEMPUNYAI BANYAK MANFAAT UNTUK TUBUH
Walaupun perut sudah buncit, jangan bimbang untuk minum banyak air, tapi pastikan air kosong, bukan air berperisa atau berwarna. Air kosong tiada kalori. Air kosong akan membantu proses perkumuhan, sekali gus membantu proses penyingkiran toksin. Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Jangan risau jadi gemuk air pula. Air sebenarnya yang membantu mencairkan sodium (garam) dalam tubuh sekali gus meningkatkan lagi penyingkiran cecair daripada badan. Gemuk air ni kes lain pula sebenarnya.
TIDUR SELEPAS MAKAN
Tidur sejurus sahaja selepas makan boleh mengakibatkan kebuncitan melampau! Sia-sialah usaha untuk menghilangkan perut buncit kalau anda masih kekal dengan tabiat suka tidur selepas makan. Sebaik-baiknya tidur 3-4 jam selepas makan.
KURANGKAN MAKANAN BERGORENG & BERLEMAK SERTA MAKANAN SEGERA
Sebaik-baiknya elakkan makanan bergoreng dan berlemak kerana akan menambahkan lagi jumlah lemak yang sedia ada di dalam tubuh terutamanya bahagian perut yang buncit. Makanan segera dan juga makanan yang diproses wajar dielakkan juga kerana makanan jenis ini mempunyai kandungan garam, gula serta pengawet yang tinggi. Sebaik-baiknya anda mengambil makanan yang disediakan secara kukus, rebus atau panggang.
JANGAN MANDI SESUDAH MAKAN
Sebaik-baiknya anda rehatkan perut selama 30 minit terlebih dahulu sebelum mandi. Amalan ini boleh mengelakkan daripada perut terus menjadi buncit.
JANGAN MAKAN SAMBIL MINUM AIR
Salah satu cara untuk mengelakkan perut buncit ialah elakkan makan berulamkan air. Maksudnya, jangan makan 2-3 suap, lepas tu minum air. Seelok-eloknya tunggu 10 minit dahulu, baru minum air. Cuba anda amalkan selama sebulan, pasti anda akan nampak buncit di bahagian perut anda akan mulai hilang.
KURANGKAN GARAM BERLEBIHAN
Garam (sodium), walaupun sangat penting dan diperlukan oleh tubuh untuk keseimbangan elektrolit, namun pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan berlakunya retensi air. Retensi air yang lebih dikenali sebagai gemuk air ini berpunca akibat pengambilan sodium yang berlebihan sekali gus menjadi punca badan menyimpan terlalu banyak air. Keadaan ini juga menjadi punca bahagian perut terus membuncit.
TINGKATKAN PENGAMBILAN SERAT
Buah-buahan dan sayur-sayuran sangat tinggi dengan serat. Serat yang kaya dengan kalsium dan magnesium bantu mengawal jumlah kandungan air yang diperlukan di dalam badan. Selain daripada itu, serat juga boleh mengelakkan anda daripada terkena sembelit. Sembelit juga boleh menyebabkan perut menjadi buncit dan membesar daripada saiz yang sepatutnya. Anda juga sangat digalakkan mengambil makanan yang mengandungi vitamin B kerana makanan jenis ini akan membantu tubuh anda menyingkirkan air yang berlebihan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia yang semakin mencabar ini, lelaki bukan sahaja perlu bijak bekerja, tetapi juga bijak mencari peluang baharu. Persoalannya mudah, tetapi mendalam. Jika anda tahu AI boleh bantu anda jana pendapatan tambahan sehingga RM1,000 sebulan, adakah anda sanggup luangkan sekurang-kurangnya 3 jam seminggu untuk belajar cara gunakannya?
Ini bukan sekadar teori. Realitinya, ramai individu sudah mula menggunakan AI untuk menambah sumber pendapatan. Tidak kiralah sama ada secara langsung atau melalui kerja bebas atau secara tidak langsung dengan mengoptimumkan operasi bisnes kecil mereka.
Dalam konsep pengurusan masa moden, ia berfungsi sebagai ‘leverage’ iaitu alat yang membolehkan satu jam usaha menghasilkan impak setara dengan lima jam kerja biasa.
Dengan AI, anda boleh:
Dan kesemua ini boleh dilakukan dengan kos yang sangat rendah. Malah banyak tools AI menawarkan pelan percuma atau percubaan.
Mari kita bandingkan. Luangkan:
Dan jika 12 jam itu membuahkan RM1,000 pendapatan tambahan, maka setiap jam bernilai RM83. Itu jauh lebih tinggi daripada purata gaji sejam kebanyakan pekerjaan sambilan.
(Cadangan visual: Carta bar – “Masa Belajar AI vs Potensi Pendapatan Tambahan”)
Anda tidak perlu menjadi pakar teknologi. Anda cuma perlu tahu satu masalah kerja atau bisnes yang mengambil masa, dan cari satu alat AI yang boleh bantu ringankan beban itu.
AI bukan magik. Tapi ia merupakan alat. Dan seperti mana-mana alat, nilainya bergantung kepada siapa yang menggunakannya dengan bijak.
Jadi, apakah anda sanggup beri 3 jam seminggu untuk belajar satu skill yang mungkin membuka pintu kepada pendapatan tambahan dan masa kerja yang lebih terkawal?
Mulakan hari ini, dengan satu soalan mudah, “Masalah kerja aku yang mana boleh AI bantu selesaikan sekarang?”
Jawapan anda boleh jadi titik permulaan perubahan besar.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Aliff Rakib meraikan kejayaan bergelar juara dunia ONE Championship dengan menghadiahkan banglo bernilai RM1 juta kepada ibu bapanya di Rantau Panjang.