Mungkin ramai tidak sedar bahawa industri permainan video kini telah mengambil alih dan memintas jumlah pendapatan industri filem secara global.

Menerusi satu artikel dari ejinsight.com mengatakan bahawa indsutri permainan video secara diam-diam telah mengambil alih dunia hiburan dunia. Malah lebih mengejutkan nilai pasaran pemainan video lebih tinggi jika industri filem dan muzik digabungkan sekali!

Jadi tidak hairanlah mengapa pengeluar konsol dan juga permainan video kini menjana pendapatan yang luar biasa tinggi. Begitu juga dengan gamers yang melakukan penstriman di laman media sosial seperti Twitch dan kini juga di Facebook.

Akan tetapi sama seperti hiburan yag lain jika ‘ditelan’ secara bulat-bulat dalam tempoh jangka masa yang lama secara radikal ia pasti memberikan kesan yang agak buruk.

Kajian terbaru yang dilakukan bagi menunjukkan model apakah penampilan serta bentuk fizikal gamers tegar dalam 20 tahun akan datang menarik perhatian ramai.

Model ramalan yang diberi nama Michael tersebut dicipta oleh OnlineCasino.ca menunjukkan bagaimana perubahan fizikal seorang gamers tegar yang alami ketagihan permainan video.

IKLAN

Antara bentuk fizikal yang menonjol ialah mempunyai postur badan yang tidak baik sengan posisi membongkok dan juga mata lebam akibat tidak cukup tidur serta memandang skrin terlalu lama.

Michael juga mempunyai wajah dan kulit yang pucat serta berdepan masalah kekurangan vitamin D dan B12. Manakala akibat kurangnya melakukan senaman dia juga berdepan masalah obesiti.

Selain itu dia juga sentiasa berasa sakit di bahagian ibu jari kerana berlakunya kecederaan melecet akibat menggunakan controller konsol permainan video terlalu lama.

KESAN JANGKA MASA PANJANG

Tidak banyak bergerak juga membuatkan Michael mempunyai masalah saluran tekanan darah rendah. Kakinya juga membengkak kerana amat jarang bangun manakala di bahagian telinganya juga mula mempunyai banyak bulu roma akibat pengedaran angin tidak baik.

IKLAN

Kajian ini telah dilakukan dengan menggunakan data yang dikumpul secara global berdasarkan kesan jangka masa panjang dan impak terhadap ketagihan permainan video.

Ketagihan permainan video kini dikenal pasti sebagai satu penyakit psikologi disorder oleh World Health Organization(WHO).

Para pengkaji telah memberikan lima tip kepada peminat permainan video bagi mengekalkan tahap kesihatan fizikal dan mental.

IKLAN

BERSENAM – melakukan senaman secara rutin bagi meregangkan otot dan memastikan diri sentiasa dalam kondisi sihat

ELAKKAN EYE-STRAIN – pastikan ruang aktiviti permainan video mempunyai kadar cahaya yang baik. Berikan masa untuk rehat seketika daripada memandang skrin komputer atau televisyen.

DIET BAIK – ambil makanan seimbang dan bernutrisi untuk sentiasa sihat. Elakkan mengambil terlalu banyak makanan ringan dan minuman berkarbonat.

JAGA POSTUR – duduklah dalam keadaan postur yang baik untuk menjaga kondisi tulang belakang. Gunakan kerusi yang baik dan menyokong belakang dan pastikan monitor berada pada tahap mata.

HIDRAT – minum air secukupnya dan elak ambil minuman tenaga atau berkafein terlalub anyak.

Anda boleh baca kajian ini dengan lanjut di sini.