Hah jangan terkejut ya, menurut Jan-Erik Lönnqvist, profesor psikologi sosial di Universiti Helsinki Sweden telah mengeluarkan kajian mengenai Jurnal Psikologi Antarabangsa yang mendedahkan bahawa pemilik atau pemandu kereta mewah mempunyai gaya pemanduan yang teruk di jalan raya.
Perkara ini terbukti apabila golongan membawa kereta mewah ini sering melanggar peraturan jalan raya dengan memandu melebihi had laju dan mencucuk rapat dengan kereta hadapan.
Ads
Malah lebih teruk lagi, ada diantara mereka yang tidak menggunakan signal dan memandu secara agresif yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Ads
Ini kerana, individu yang membawa kereta mewah ini sering bangga dengan kemampuan diri membeli atau membawa kereta mewah dan merosakan tingkah laku yang tidak beretika ketika di jalan raya.
Palam pencucuh atau lebih popular dengan panggilan ‘spark plug’ merupakan komponen sangat sangat penting dalam sistem mekanikal enjin. Jadi tidak hairanlah jika rosak ia rosak kereta akan ada masalah.
Ini kerana pembakaran bahan api di ruang pembakaran tidak dapat berlaku lalu menyebabkan kereta tidak bergerak.
Amat penting juga untuk kita mengesan lebih awal jika ia berlaku kerosakan. Ia supaya kelancaran pergerakan silinder enjin tidak terjejas prestasinya.
Pembakaran bahan api perlu berada di tahap yang optimum untuk menghasilkan kuasa output yang maksimum. Sebab itu anda perlu beri sedikit perhatian pada jadual penukaran spark plug serta simptom-simptom yang bakal anda hadapi sekiranya kecekapan komponen ini telah berkurangan tahap efisyennya.
Perhatikan semasa memecut. Jika kereta rasa seolah lambat memecut walaupun pedal minyak ditekan dengan habis atau pantas. Ia mungkin berpunca dari palam spark plug diselaputi minyak atau enapan karbon. Ini menyebabkan percikan api yang terhasil tidak sempurna.
Kebiasaannya dalam kebanyakan jenis kereta, palam pencucuhnya boleh bertahan sehingga jarak perjalanan 45,000 kilometer. Manakala bagi kabelnya pula boleh bertahan hampir dua kali ganda tempoh tersebut.
Tapi anda harus ingat juga faktor mungkin berubah kepada corak pemanduan dan bagaimana anda menjaganya.
Jika terdapat enapan karbon menyelaputi keseluruhan elektrod, ia boleh menyebabkan percikan api jadi tidak sempurna. Lalu kuasa enjin menjadi agak lemah dan prestasinya tidak mencapai tahap yang optimum.
Kebanyakan spark plug bermasalah akan menyebabkan enjin kenderaan sukar dihidupkan. Ini terutamanya pada waktu pagi ketika enjin dalam keadaan sejuk. Kalau nak dihidupkan pun kena pulas kunci beberapa kali untuk enjin anda kereta benar-benar hidup.
Inilah perkara yang kita tidak ingini. Proses pembakaran enjin yang tidak sempurna boleh menyebabkan penggunaan bahan api lebih ketara. Kebiasaannya, enjin memerlukan 20-30% lebih bahan api jika spark plug tidak berfungsi dengan baik.
Bunyi bising merupakan indikasi utama menunjukkan kereta anda sebenarnya bermasalah. Kerosakan pada baagian komponen ini boleh menyebabkan bunyi bising ini lebih ketara semasa anda hidupkan enjin di waktu pagi.
Kondisi pembakaran bahan api yang tidak betul boleh menyebakan enjin bergegar. Ini mungkin disebabkan terdapatnya silinder yang menghasilkan pembakaran tidak sempurna, gegaran kecil yang berulangan juga akan terhasil.
Salah satu petanda yang ketara ialah anda dapat rasakan enjin tidak bermaya dan mudah ‘semput’. Itu adalah tanda awal dimana spark plug telah capai tempoh untuk diganti. Kotoran pada elektord spark plug menyebabkan percikan api yang terhasil tidak efisyen.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat kepada anda dalam penjagaan kenderaan. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
SUV elektrik tiba-tiba brek mengejut di lorong kanan lebuh raya, sekeluarga nyaris dirempuh. Sebuah keluarga berdepan detik mencemaskan apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik yang dibeli kurang setahun lalu tiba-tiba berhenti sendiri ketika sedang dipandu di lebuh raya.
Peristiwa itu dikongsikan oleh pemilik kenderaan, Izwan Hassan, 33, menerusi media sosial selepas insiden berlaku pada 1 Mei ketika beliau bersama ahli keluarga dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Pulau Pinang.
Izwan memaklumkan insiden berlaku di lorong kanan Lebuhraya Cheras-Kajang dengan kelajuan sekitar 90 hingga 100 km/j apabila SUV buatan China itu secara tiba-tiba membrek sendiri tanpa sebarang amaran, hanya memaparkan mesej ‘Power System Failure’ di skrin. Keempat-empat tayar juga terkunci seperti dirempuh sistem keselamatan kecemasan.
Menurut Izwan, situasi tersebut hampir menyebabkan perlanggaran kerana kenderaan lain datang dari belakang, namun beliau berjaya menghubungi pihak lebuh raya untuk bantuan segera.
“Kurang 10 minit, peronda lebuh raya tiba dan membantu mengawal lalu lintas. Saya cuba hidupkan semula sistem tetapi tidak berjaya. Walaupun gear dialihkan ke mod neutral, kereta tetap tidak boleh digerakkan kerana tayar terkunci,” katanya.
Kira-kira sejam kemudian, lori tunda dari pihak insurans sampai dan menarik kenderaan itu ke pusat servis kerana pada waktu kejadian pusat tersebut sudah tutup.
Disebabkan itu, Izwan dan keluarganya terpaksa menumpang di rumah saudara berdekatan kerana rancangan untuk pulang ke kampung terpaksa dibatalkan.
Keesokan harinya, beliau menghubungi pusat servis namun kecewa dengan sambutan yang diterima apabila diberitahu tiada kakitangan mencukupi dan temu janji diperlukan. Selepas desakan, mereka memaklumkan bahawa bateri 12 volt mengalami masalah dan siasatan lanjut perlu dijalankan.
Kenderaan tersebut memerlukan beberapa hari untuk dibaiki dan tiada kereta ganti disediakan kerana habis stok. Akhirnya, selepas beberapa kali berunding, Izwan dan keluarganya dihantar pulang ke Melaka oleh pihak berkenaan.
Tambah Izwan, ini bukan masalah pertama sejak pembelian EV itu. Sebelum ini, beliau pernah membuat aduan mengenai pengecas rumah yang rosak sejak Februari, namun tiada tindakan diambil walaupun beberapa kali dihubungi.
Pada 5 Mei, pusat servis mengesahkan bateri 12 volt perlu ditukar kerana voltan terlalu rendah. Kos penggantian sebanyak RM418 tidak ditanggung waranti kerana kenderaan telah melebihi had 20,000 km.
Lebih mengejutkan, Izwan diberitahu tiada sistem amaran untuk kerosakan bateri kecil tersebut, yang menyebabkan kenderaan secara automatik menghentikan pergerakan tanpa amaran.
Izwan menjelaskan perkongsian ini dibuat sebagai peringatan kepada pengguna EV agar lebih berhati-hati dan peka terhadap sebarang tanda masalah pada kenderaan mereka.
Skuter merupakan pengangkutan ideal di kawasan urban. Mudah dikendalikan dan sesuai untuk golongan wanita. Memeriahkan lagi pasaran skuter tempatan, Naza Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Piaggio di Malaysia memperkenalkan model Piaggio Medley S 150 ABS. Pada majlis yang sama, pihak Naza tidak ketinggalan menawarkan model Vespa S125 i-Get.
Pengenalan model berkenaan sempena Naza Merdeka Autofair 2017 yang akan berlangsung hujung minggu ini. Medley dibangunkan buat mereka yang ingin tampil berbeza dengan penampilan elegan dan tidak ketinggalan digabungkan bersama praktikaliti, teknologi dan keselamatan tertinggi.
Spesifikasi Piaggio Liberty ABS dan Piaggio Medley ABS memiliki spesifikasi hampir sama yang mana kedua-duanya menampilkan gaya klasik, sporty dan mewah.
ENJIN: Namun, terdapat perbezaan pada bahagian jana kuasanya. Meskipun Liberty ABS dan Medley ABS masih menggunakan enjin 149cc SOHC i-Get empat lejang silinder tunggal tetapi Medley S 150 ABS dilengkapi dengan sistem start & stop.
Enjin berkenaan dipadankan dengan sistem transmisi CVT automatik yang mampu menghasilkan kuasa 11kW pada 7,750 rpm dan tork maksimum mencapai 14.4 Nm pada 6,400rpm. Enjin berkenaan juga dilengkapi dengan sistem penyejukan cecair dan teknologi pancitan bahan api yang menyumbang kepada kemampuan memecut pada kelajuan tinggi tetapi masih cekap bahan api.
CIRI PERALATAN: Sementara ciri keselamatan yang dipadankan pada produk asal Itali ini tidak perlu diragukan lagi kerana ia dilengkapi dengan ciri ABS dua saluran. Dengan sistem brek tersebut meningkatkan lagi keselamatan pengguna.
Selain itu, Medley S 150 ABS dilengkapi dengan soket USB yang diletakkan pada ruang simpanan depan. Ini memudahkan operasi mengecas telefon pintar. Bahkan, ruang simpanan di bawah pelana bersaiz 36.2 liter cukup luas yang boleh memuatkan dua helmet muka penuh.
Untuk keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork bersaiz 33mm di depan. Manakala gandar belakang dilengkapi dengan penyerap hentak bersama gegelung spring dengan preload boleh laras lima peringkat.
Pengendalian menjadi lebih mudah kerana saiz rim depan lebih besar iaitu 16 inci bersama balutan tayar 100/80 dan belakang pula dipadankan dengan rim bersaiz 14 inci bersama tayar 110/80.
Keyakinan menghentikan skuter dengan berat 132kg itu ditugaskan kepada cakera tunggal bersaiz 260mm di depan dan cakera 240mm di belakang.
REKAAN: Dari segi rekaan kurang menarik sebenarnya. Skuter tersebut masih mempertahankan gaya rekaan Eropah dengan sentuhan klasik yang begitu kental. Ia dipadankan dengan lampu utama bersama lampu nyalaan siang LED yang kelihatan lebih tajam dan terpasang secara simetri. Kemudian lampu isyarat membelok dipasang pada badan depan iaitu di bahagian sisi kiri dan kanan dengan rekaan lebih elegan.
Bahagian sisi Piaggio Medley S150 ABS diserlahkan dengan lekukan halus. Ia dilengkapkan dengan rekaan pelana yang mengikut lekukan pada sisi badan skuter itu. Bahagian belakangnya memiliki persamaan dengan Liberty ABS. Rekaan lampu belakang sedikit lebar yang disatukan dengan lampu isyarat membelok.
HARGA: Harga jualan Piaggio Medley S150 ABS: RM17,000 seunit (tidak termasuk GST).
Sempena Naza Merdeka Autofair, 33 orang pembeli pertama akan menerima karier belakang, kotak meletakan barangan, perehat belakang, pelapik kaki dan dua tahun servis percuma selain waranti kilang dua tahun.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 mencipta sejarah apabila Nu Ideaktiv mencatat Malaysia Book of Records dengan pengagihan 16,000 mangkuk bubur lambuk di Dataran Merdeka.