Image by frimufilms on Freepik

Di sebalik kerancakan industri automotif global mengentengahkan pelbagai model kenderaan elektrik atau EV, masih ada mitos yang berlegar di kalangan masyarakat.

Di era teknologi automotif semakin canggih, EV kian mendapat tempat di hati pengguna. Namun, masih banyak kekeliruan dan mitos yang beredar di kalangan masyarakat. Mari kita luruskan fakta dengan mematahkan 10 mitos popular tentang kereta elektrik yang mungkin ramai belum tahu.

1. EV Tidak Mampu Harungi Kegunaan Harian

Ini diantara perkara yang seringkali menghantui mereka yang merancang ingin membelinya.

Sebenarnya, kebanyakan EV moden kini boleh dipandu sejauh sekitar 300 sehingga 500 kilometer dengan sekali cas. Memang cukup memadai untuk kebanyakan kegunaan harian walaupun perjalanan jauh.

2. Kos Penyelenggaraan EV Tinggi

Sebaliknya, EV mempunyai kos penyelenggaraan yang lebih rendah berbanding kereta konvensional kerana komponen mekanikalnya lebih sedikit.

EV tidak memerlukan tukar minyak enjin, penapis dan perkhidmatan lain yang biasa diperlukan oleh kereta bensin atau diesel.

IKLAN
10 Mitos Tentang Kereta Elektrik (EV) Sering Disalah Anggap
Image by frimufilms on Freepik

3. Tidak Cukup Stesen Cas

Walaupun stesen cas mungkin tampak jarang ditemui berbanding stesen minyak, tetapu bilangan stesen cas kini semakin bertambah. Di samping itu, banyak EV boleh dicaj di rumah menggunakan soket biasa.

4. EV Tidak Berprestasi Tinggi

Ini adalah salah satu mitos yang paling jauh dari kebenaran. EV mampu menyediakan tork segera yang membolehkan pecutan yang sangat pantas berbanding banyak kereta konvensional.

10 Mitos Tentang Kereta Elektrik (EV) Sering Disalah Anggap
Image by user6702303 on Freepik

5. Bateri EV Cepat Rosak

Bateri EV direka untuk tahan lebih lama dan biasanya dilengkapi dengan jaminan yang panjang, malah anda sehingga 8 tahun.

Kehilangan kapasiti bateri berlaku secara beransur dan satu perkara yang positif ialah teknologi bateri akan terus berkembang.

IKLAN

6. EV Tidak Mesra Alam Sekitar

Mitos ini sering timbul kerana proses pengeluaran bateri. Walau bagaimanapun, apabila dinilai dari perspektif “well-to-wheel”, EV menghasilkan emisi yang lebih rendah sepanjang hayat penggunaannya berbanding kereta bensin.

7. Pilihan Model Terhad

Hari ini, hampir semua pengeluar utama menawarkan pelbagai model EV yang menarik, dari SUV hingga sedan mewah, menyentuh segala aspek keperluan dan cita rasa pengguna.

10 Mitos Tentang Kereta Elektrik (EV) Sering Disalah Anggap
Image by freepik

8. Cas Bateri Memakan Masa Lama

Dengan kemajuan teknologi cas pantas, banyak EV kini boleh dicaj dari 0% hingga 80% dalam masa kurang dari 30 minit.

9. EV Tidak Sesuai Untuk Perjalanan Jauh

Dengan perancangan yang baik, perjalanan jauh bukan lagi masalah. Aplikasi dan sistem navigasi terkini membantu pengguna mengenal pasti lokasi stesen cas sepanjang laluan mereka.

IKLAN

10. EV Tidak Tahan Dengan Cuaca Sejuk

Walaupun prestasi bateri boleh terjejas dalam cuaca sejuk, EV terbaru dilengkapi dengan sistem pemanasan bateri yang menjaga prestasi bateri tetap optimal.

Jadi apa yang MASKULIN boleh katakan, kebanyakan daripada apa yang kita dengar tentang kereta elektrik adalah mitos yang berdasarkan keadaan teknologi lama atau persepsi yang salah.

Dengan pemahaman yang lebih mendalam dan kemajuan teknologi, EV semakin menjadi pilihan yang praktis dan menarik. Mari kita sambut era baru automotif dengan pandangan yang lebih terbuka!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI