Adakah anda tahu sama ada kaki anda berbau atau tidak?
Kalau nak tahu senang sahaja, lakukan ujian ini. Pakai kasut selamat kira-kira enam hingga lapan jam. Kemudian bukan kasut dan stokin. Jika anda sendiri mengucapkan ‘Astaghfirullahalazim’ itu bermakna anda ada masalah kaki berbau.
Ini sebenarnya bukanlah satu perkara yang luar biasa kerana boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Apatah lagi jika anda seorang lelaki yang sentiasa bergerak ke sana ke mari dan mempunyai gaya hidup yang sangat aktif.
BACA: Apa Perlu Anda Buat Bila Kaki Cramp Ketika Bersenam, Perlu Letak Ais Atau Tidak?
Seorang doktor yang posting-nya sentiasa mendapat jumlah share tinggi di Facebook pernah melakukan perkongsian di laman media sosial tersebut tentang masalah ini. Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi tentang pengalamannya bertemu pesakit yang mempunyai masalah bau kaki.
Ikuti perkongsian posting dan tip dari beliau tentang penjagaan kaki di bawah;
“Doktor, kaki dia busuk gila. Macam bau anjing laut mati!”
Nak tergelak aku dengar bapa budak ni punya ayat pasal masalah bau kaki anak dia. Tapi, lepas anak dia buka kasut, terus aku tak jadi gelak.
Memang bau macam a̶n̶j̶i̶n̶g̶ singa laut mati!
Kalau kau orang ada masalah kaki berbau macam ni, elok kau cuba 10 tips yang boleh kembalikan keyakinan diri kau orang!
Cuci Daki Kaki
Kaki berdaki adalah medium sesuai untuk bakteria dan kulat hidup. Semasa mandi, pastikan sental daki di kaki, terutamanya di celah jari.
Buang Cagu/Kematu
Cagu(cengkam), kematu(callosity) dan kulat air adalah antara sebab kaki berbau. Pastikan kaki anda bebas masalah ini. Kalau ada, jumpa doktor.
Potong Kuku Pendek
Kuku jari kaki yang panjang adalah tempat kotoran, daki dan bakteria berkampung(berkumpul). Jadi, pastikan kuku anda sentiasa pendek.
Pakai Stokin sesuai
Disarankan guna stokin kapas(cotton) atau bulu bebiri(wool) kerana ia beri pengudaraan dan menyerap peluh lebih baik berbanding nilon.
Tukar Stokin Setiap Hari
Stokin menyerap peluh dan menjadi lembap. Peluh itu busuk, dan medium sesuai untuk kulat dan bakteria tumbuh. Euwww!
Pakai Kasut Sesuai
Pakai kasut yang tidak ketat dan diperbuat daripada kulit atau kanvas, kerana ia beri pengudaraan yang baik berbanding material lain.
Elak Pakai Kasut Sama Setiap Hari
Beli 2 pasang kasut kerja/sekolah. Satu pakai, satu jemur. Selang seli. Kasut lembap galakkan pembiakan bakteria dan kulat. Cuci kasut setiap minggu.
Pakai Ubat Anti-Perspiran
Di farmasi, boleh beli sabun, spray, talkum atau rendaman untuk kurangkan perpeluhan di kaki. Spray kasut dengan ubat anti-bakteria dan kulat.
Elak Kongsi Stokin atau Kasut
Pelajar di asrama selalu kongsi (baca: rembat) stokin dan kasut kawan. Kalau kawan tu kakinya ada kulat atau bakteria, berkongsi sekalilah. Pakej.
Petua Orang Lama
Boleh cuba rendam kaki dalam air garam, air lemon, kopi atau teh, KECUALI jika ada kencing manis atau masalah saraf(kebas/lumpuh) kaki.
Apa lagi? Pergi tag kawan-kawan kau orang yang kaki dia bau semerbak.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Unit Edukasi Medtweetmy
Nota Kesihatan Dr Kamarul di t.me/NotaDrKamarul
Semoga perkongsian oleh Doktor Kamarul ini boleh memberikan manfaat untuk kehidupan anda. Ingat ya, kaki yang bersih dan tak berbau bukan sahaja boleh menyenangkan hidup anda tetapi juga orang di sekeliling.
Perkongsian asal:
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI