Kalau Badan Terlalu Kurus, Ini Caranya Anda Nak Tambahkan Berat

Share

Siapa yang tidak risau jika berat badan terlalu kurus, seolah-olah anda tidak sihat.

Jangan ingat bila badan anda sebegini, anda boleh makan pelbagai makanan tanpa rasa bersalah.

Ini kerana jika terlebih lemak, garam dan gula, badan anda boleh mengumpul lemak jahat di tempat yang tidak sepatutnya tanpa anda sedar.

Kita selalu menganggap orang kurus ni sihat, namun tidak mustahil berat badan sebegini juga boleh menimbulkan pelbagai masalah.

Orang yang memiliki badan terlalu kurus berisiko untuk mendapat osteoporosis, kurang subur, kematian lebih awal dan jangkitan.

Jadi untuk kekal sihat, sebaiknya kita miliki berat badan yang ideal.

Ikuti perkongsian Public Health Malaysia tentang cara-cara untuk meningkatkan berat buat anda yang miliki badan terlalu kurus.

Artikel berkaitan: Lelaki Lebih Beruntung Kerana Mudah Turunkan Berat Badan, Ini Sebabnya!

Artikel berkaitan: Kesalahan Ketika Bersenam Ini Boleh Halang Anda Dapat Berat Badan Ideal

Tip tambah berat badan

Walaupun ramai yang alami masalah berat badan berlebihan, tetapi tidak kurang juga yang alami kurang berat badan atau terlalu kurus.

Situasi ini juga menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan menjejaskan keyakinan diri.

Untuk meningkatkan berat badan dengan SIHAT elakkan mengambil makanan tinggi gula, garam dan lemak.

Ya, berat badan akan meningkat tetapi hanya lemak jahat berkumpul di tempat yang tidak sepatutnya.

Untuk sesetengah individu ia bukan suatu perkara yang mudah, badan akan bertindakbalas untuk mengurangkan selera makan, membebaskan hormon “kenyang” untuk mengelakkan berat badan meningkat.

Oleh itu, usaha untuk meningkatkan berat badan perlu dilakukan secara perlahan dan berterusan, seperti pelari maraton bukan pelari pecut.

Like PHM untuk info kesihatan terbaik

Facebook: Public Health Malaysia

Subscribe dan tonton video Fitness di Youtube MASKULIN

IKLAN