Kesalahan Ketika Bersenam Ini Boleh Halang Anda Dapat Berat Badan Ideal
Foto: Anastase Maragos - Unsplash

Hasrat anda untuk mencapai berat ideal pasti musnah jika anda sering melakukan kesalahan ketika bersenam.

Mungkin anda tidak sedar ada beberapa perkara yang telah anda buat ketika bersenam, menyebabkan anda gagal mendapatkan bentuk badan yang diidamkan.

Sebelum ingin memulakan aktiviti senaman sama ada di ginmasium ataupun di rumah, pastikan anda beri perhatian pada beberapa kesalahan ketika bersenam ini untuk mengelakkan sebarang kecederaan.

Artikel berkaitan: Waktu Terbaik Untuk Minum Air Putih Agar Kekal Sihat & ‘Maintain’ Berat

Artikel berkaitan: Cara Pilih Berat Dumbbell Yang Tepat Agar Tidak Cedera Semasa Bersenam

1. Bersenam dengan perut kosong

Kesalahan Ketika Bersenam Ini Boleh Halang Anda Dapat Berat Badan Ideal
Foto: RyanMcGuire – Pixabay

Disebabkan anda anda ingin menurunkan berat atau membina otot, anda tidak mahu menjamah sebarang makanan sebelum bersenam. Ingat! Bersenam dengan perut kosong menyukarkan tubuh untuk membakar lemak dengan baik kerana karbohidrat diperlukan ketika proses pembakaran lemak. Jika tiada bekalan karbohidrat, otot akan bekerja sendiri ketika proses tersebut dan ini akan menyebabkan kerosakan pada otot.

IKLAN

2. Tidak memanaskan badan

Sesi memanaskan badan merupakan perkara penting bagi memastikan tubuh anda berada dalam keadaan bersedia. Bahkan otot-otot badan anda juga dapat diregangkan dengan teratur sekali gus mengurangkan berlakunya kecederaan. Jadi sebelum bersenam, buat dulu latihan yang ringan sekurang-kurangnya lima minit bermula daripada kepala sehingga ke kaki.

3. Terus buat senaman berat

Lebih baik memulakan senaman dengan melakukan aktiviti yang lebih ringan dahulu. Pilih gerakan yang lembut dan sesuai dengan keadaan fizikal dan kemampuan diri anda. Misalnya, sebelum anda berlari di atas treadmill, ambil langkah mudah dahulu seperti berjalan dan kemudian berlari-lari anak sebagai permulaan.

4. Buat senaman secara berlebihan

Kesalahan Ketika Bersenam Ini Boleh Halang Anda Dapat Berat Badan Ideal
Foto: jcomp – freepik

Disebabkan rasa teruja, anda memaksa diri untuk melakukan banyak senaman dalam satu masa. Berhati-hati! Tabiat ini sebenarnya berisiko untuk menimbulkan kecederaan atau kesakitan yang berpanjangan pada otot. Pakar mendedahkan bahawa kebanyakan kes kecederaan disebabkan oleh aktivit yang terlalu diregangkan kerana otot-otot tubuh terus-menerus digunakan tanpa istirahat dan pemulihan. Jadi, bersenamlah mengikut kemampuan diri.

IKLAN

5. Tidak mempelbagaikan senaman

Bukan minda sahaja yang akan rasa bosan jika melakukan senaman yang sama untuk jangka masa panjang tetapi otot anda juga akan turut sama ‘bosan’. Bahkan, anda juga akan gagal melihat perubahan tambahan. Jadi, pelbagaikan aktiviti senaman anda dan ubah suai aktiviti fizikal.

6. Tidak melakukan senaman secara berperingkat

Senaman merupakan satu proses dan anda tidak boleh memaksa otot anda daripada melakukan sesuatu yang berada di luar kemampuan secara mengejut. Oleh itu, lakukan senaman secara berperingkat dan cuba untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa. Jika anda baru bersenam, mulakan dengan gerakan yang lembut dan efektif.

7. Tidak minum semasa senaman

Kesalahan Ketika Bersenam Ini Boleh Halang Anda Dapat Berat Badan Ideal
Foto: Nigel Msipa – Unsplash

Ramai orang memilih untuk tidak minum ketika bersenam tetapi ini adalah perbuatan yang salah. Tubuh secara aktif kehilangan cecair semasa anda melakukan aktiviti senaman. Jadi, jangan menyeksakan tubuh dengan tidak minum air kerana ini boleh membawa pada dehidrasi atau kekurangan air di dalam badan.

IKLAN

8. Terlalu obsesi dengan latihan kardio

Benar, senaman aerobik bagus untuk kesihatan badan tetapi jika tidak mengimbangi latihan senaman ini dengan latihan kekuatan, ia bukan saja dapat menjejaskan hasil yang akan diperoleh tetapi juga komponen penting untuk kesihatan dan kecergasan akan hilang. Latihan ketahanan seperti mengangkat berat atau latihan kekuatan merupakan satu-satunya cara untuk meningkatkan jisim otot dan mengurangkan lemak degil. Latihan kekuatan perlu disertakan pada hari melakukan kardio sekurang-kurangnya mengangkat berat dua kali seminggu.

9. Guna kasut atau pakaian yang kurang sesuai

Kesalahan Ketika Bersenam Ini Boleh Halang Anda Dapat Berat Badan Ideal
Foto: Kunal Goswami – Unsplash

Jika anda menggunakan kasut atau pakaian yang tidak sesuai ketika melakukan senaman boleh meningkatkan risiko kecederaan terutamanya pada sendi, tendon dan tulang belakang. Jadi sesuaikan pakaian dan kasut anda dengan senaman yang anda lakukan.

10. Tidak buat senaman penyejuk badan

Disebabkan anda ingin segera menamatkan aktiviti senaman, anda skip sesi menyejukkan badan. Sebenarnya, sesi penyejukan badan ini juga penting dalam membantu otot melalui proses pemulihan dan berehat. Bahkan menurut kajian, ia juga boleh mengurangkan rasa sengal pada badan selepas anda bersenam.

Subscribe dan tonton video fitness dan gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN

https://www.youtube.com/watch?v=FOqtUg4Dlt0&t=6s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI