“Kalau Beli Telefon Baru Kena Cas At Least 8 Jam!”, Fakta Yang Ramai Tak Tahu

649

MASKULIN yakin anda peasti dengar tentang perkara ini. Setiap kali membeli telefon bimbit atau pintar baru mesti kita akan disuruh atau diberi nasihat untuk cas telefon sekurang-kurangnya 8 jam.

Katanya untuk memastikan bateri akan jadi lebih tahan lama dan berfungsi lebih baik.

Namun sejauh manakah kebenaran amalan ini?

PEMBAZIRAN BESAR

Menurut laman seswang Root of Science, setiap tahun pengguna telefon bimbit dan telefon pintar menggunakan kos kira-kira RM86 juta setiap tahun untuk mengecas bateri telefon melebihi daripada keperluan dan kapasitinya.

Segalanya berpunca daripada amalan mitos dan ikutan untuk mengecas telefon sekurang-kurangnya 8 jam apabila pertama kali digunakan. Dan kos ini juga melibatkan kos pengecasan yang berlebihan dalam penggunaan harian.

BACA: Tip Untuk Panjangkan Jangka Hayat Bateri Telefon Bimbit Anda!

BETUL-BETUL KEPERLUAN?

Ketahuilah yang sebenar-benarnya bahawa anda TAK PERLU cas telefon baru sampai 8 jam. Namun ada satu pengecualian. Di natara bateri anda boleh cas yang lama sebelum digunakan ialah jenis bateri Nikel Kadmium (Nickel Cadmium atau NICs) dan Nikel-Logam-Hidrida (Nickel Metal Hydride atau NiMH).

Ini kerana bateri jenis ini dikatakan mempunyai ‘kesan memori’ apabila dicas selepas dikeluarkan oleh kilang. Ia seumpama bateri tersebut ‘menghafal’ sebanyak mana cas yang boleh disimpan dalam jangka masa yang panjang.

Namun berbeza pula dengan telefon pintar zaman kini yang rata-ratanya menggunakan bateri Lithium-Ion. Jadi secara umumnya ia tak mempunyai ketahanan yang kuat seperti bateri NiMH dan NiCd.

MITOS MODEN

Jadi kesimpulannya di sini keperluan untuk cas telefon pintar selama 8 jam ketika kali pertama digunakan adalah hanya mitos aman moden semata-mata. Sebaiknya, bacalah buku pandua penggunaan telefon pintar yang disertakan bersama.

Jika tidak ada saranan untuk perlu berbuat seperti itu, maksudnya tidak perlu dicas sehingga 8 jam. Cukup untuk anda cas sehingga bateri penuh, kemudian matikan suis.