Foto: Silviarita, Pixabay

Sesetengah orang lebih berselera mengambil makanan manis ketika bersahur kerana tidak lalu untuk menjamah nasi sebagai pengalas perut.

Mungkin kita menganggap makanan manis seperti kek, coklat, aiskrim atau manisan itu boleh dijadikan pengganti kepada nasi ketika bersahur.

Hakikatnya jika pada waktu bersahur anda mengambil makanan manis dalam jumlah yang banyak, ia akan memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh badan menjelangnya waktu tengah hari.

Bukan sahaja membuatkan badan menjadi terlalu lemah dan letih, perut juga boleh menjadi terlalu lapar disebabkan makanan manis yang anda makan secara berlebihan ketika bersahur tadi.

Agar badan sentiasa cergas ketika menjalani ibadah puasa, pastikan anda mengambil sumber makanan yang mempunyai gula kompleks seperti oat, nasi, mee atau roti sebagaimana yang dicadangkan The Diagnosa – Original.

[Alert Sahur] Pengambilan makanan manis yang banyak ketika sahur akan menyebabkan anda lemah di tengah hari.

Elakkan pengambilan makanan yang terlampau manis dalam kuantiti yang banyak ketika anda bersahur.

IKLAN

Jika tidak anda akan mengalami simptom hypoglycemia (kekurangan gula dalam darah) pada waktu tengah hari ke petang.

Kalau Lemah & Tangan Menggeletar Di Siang Hari, Puncanya Sebab Ambil Banyak Makanan Manis Masa Bersahur
Foto: Couleur, Pixabay

Simptom hypoglycemia adalah:

📌 Tangan menggeletar
📌 Jantung berdebar laju
📌 Badan menjadi letih
📌 Otak menjadi lembab
📌 Rasa lapar sangat

Ini disebabkan makanan yang terlalu manis mempunyai gula ringkas yang sangat tinggi dan mudah diserap oleh usus. Apabila ia diserap, ia akan menyebabkan gula menjadi tinggi secara tiba-tiba dalam darah dan ini akan menyebabkan pankreas menghasilkan insulin pada kuantiti yang tinggi untuk mengurangkan gula dalam darah.

IKLAN

Disebabkan gula ringkas ini mudah diserap oleh usus, maka ia akan cepat habis diserap oleh usus. Insulin yang tinggi tadi akan menyebabkan bacaan gula jatuh dengan banyak hingga menyebabkan simptom-simptom hypoglycemia.

Walaupun begitu selalunya bacaan gula akan normal ia disebabkan sistem badan yang akan cuba menghasilkan gula daripada simpanan dalam hati. Simptom tersebut terhasil mungkin disebabkan hormon norepinephrine yang terhasil dan berfungsi untuk mengekalkan bacaan gula dalam darah.

🚩Saranan bagi mereka yang sahur

Bagi umat islam yang bersahur, anda disarankan untuk mengambil makanan yang mempunyai gula kompleks.

IKLAN

🚩Kenapa perlu ambil makanan yang ada gula kompleks?

Sebab makanan yang mempunyai gula kompleks akan diserap dengan lambat. Dalam erti kata lain, gula dalam usus itu akan diserap sedikit demi sedikit dan ini akan memberikan tenaga kepada anda pada seluruh waktu ketika anda berpuasa.

🚩Contoh makanan yang mempunyai gula kompleks

📌 Oat
📌 Nasi
📌 Mee
📌 Roti yang berserat (whole grain)

🚩Kesimpulan

Elakkan makanan yang terlalu manis ketika sahur. Kalau nak ambil pun dalam kuantiti yang sedikit. Kemudian, pilihlah makanan yang mempunyai gula kompleks supaya ia dapat memberikan bekalan tenaga sepanjang hari.

Kalau tengahari nanti tangan dah menggeletar dan lapar, mungkin sebab anda ambil makanan yang terlampau manis waktu sahur

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI