Setiap orang itu ditakdirkan berpasang-pasangan. Bukannya hidup single dan merungut sering tiada jodoh kerana pelbagai asbab.

Sebenarnya jodoh itu sentiasa ada. Mungkin anda yang kurang kenal dengan persekitaran anda atau tak perasan ada yang memerhatikan anda.

Kalau anda ada seseorang yang disukai tetapi belum berani untuk confess, apa kata jangan tunggu lama-lama.

Jangan berhenti mencuba

Tetapi kalau anda sering mencuba tetapi masih gagal dan belum bertemu jodoh yang tepat, tak salah untuk terus berusaha.

Bagi yang belum pernah atau memang tak reti nak cuba pikat individu yang disukai, apa kata cuba trik ini :

1. Cari media sosial si dia

Zaman sekarang zaman media sosial. Pasti paling kurang pun si dia ada guna Facebook, Instagram atau Twitter. Yang penting, anda kena tahu nama dia terlebih dahulu. Add sebagai rakan dan jadilah kaki like tegar di media sosial dia. Teknik paling cepat, ‘boom’. Biar dia tahu anda sedang stalk dia.

IKLAN

2. Beranikan diri

Perhatikan status di media sosialnya termasuk Whatsapp. Jika dia ada bertanyakan sesuatu, rajin-rajinlah menjawab. Biar dia tahu ada orang yang sedia memberi sebarang jawapan untuk dia. Dapat atau tidak, sabar. Ini proses permulaan.

3. Semak status peribadi

Apa-apa pun, anda kena tahu status diri si dia tu. Dah berpunya atau belum. Kalau sudah berpunya, jangan jadi macam drama Melayu sangatlah siap nak caras-caras hak orang. Awak tak tahu ke zaman sekarang orang gila membunuh? Better, elakkan. Pastikan dia betul-betul single.

IKLAN

4. Cipta moment

Tengok dekat mana dia jalan, naik bas atau selalu beli barang. Tengok jangkaan waktu pukul berapa biasanya anda selalu terserempak dengan dia. Lagi baik, buat acah-acah berselisih dan kuntumkanlah senyuman kepada dia. Dia balas atau tak.. kalau dia balas, OK. Kalau tak, cuba lagi.

5. Mula bercakap

Perkara ini bergantung kepada situasi anda. Jika Tuhan nak jodohkan anda bertemu sewaktu kereta berlaga bumper sekali pun, itulah waktu yang dianugerahkan untuk anda. Sama juga kalau dia bawa air dan makanan, tiba-tiba tertumpah ke atas pakaian anda, yang ini adalah angan-angan! Kalau ditakdirkan ada peluang untuk bercakap, bertegurlah. Mana tahu itu permulaan yang baik?

IKLAN

6. Tunjukkan diri sebenar

Sewaktu proses perkenalan itu, tunjukkan diri anda yang sebenar. Usah hipokrit. Jujur sahaja. Jika dia suka dan terima anda seadanya, Alhamdulillah.. jika tidak, anda ada dua pilihan. Move on atau teruskan mencuba.

7. Sertai program awam

Yang ini baik untuk mereka yang tak ada target. Asalkan ada jumpa, terjodoh, bolehlah.. Apabila anda menyertai program umum seperti aktiviti kemasyarakatan, silaturrahim dapat dipupuk. Kita ambil contoh di tempat anda ada buat rewang atau bergotong-royong. Rajin-rajinkanlah turun padang. Mana tahu ada yang sangkut?

8. Doa

Jika dah sampai pertengahan usia pun belum ada yang ‘lekat’, berdoalah kepada yang Maha Esa. Mungkin ada sebab kenapa jodoh anda lambat. Fikir positif. Mungkin Tuhan mahu anda jaga kedua-dua ibu bapa anda terlebih dahulu atau mahu anda bertaubat daripada miliki sifat yang keji, barulah Tuhan hadiahkan seorang pasangan. Siapa tahu?

Apa-apa pun, Maskulin ingin mengucapkan semoga berjaya dan selamat mencuba!