Ada lelaki di luar sana yang sudah berumur 60 tahun, tetapi dia tidak perlu menjalani pembedahan seperti mata untuk membuang katarak, sakit jantung seperti orang lain yang sebaya dengannya dan banyak lagi.
Antara rahsianya adalah menjaga makanan serta tidak membuat lima perkara di bawah ini terutamanya selepas makan. Ini kerana sebaik sahaja habis makan, perut kita akan memproses segala jenis hidangan yang telah kita makan.
Jika ia terus dihenyak, maka perut anda boleh memberi kesan yang tidak baik kepada badan.
Ikuti perkongsian MASKULIN bagaimana untuk jaga kesihatan badan serta kekal awet muda dan bertenaga walaupun sudah lanjut umur.
Bersenam memang diakui menyihatkan badan, tetapi anda tidak boleh lakukannya ketika perut masih lagi penuh serta di peringkat penghadaman. Beban bersenam ketika perut penuh akan menbuatkan anda tidak selesa seperti rasa loya dan tersedu. Kalau mahu bersenam juga, 4 jam selepas makan adalah waktu yang terbaik.
2. Minum teh
Minum teh panas selepas makan hanya akan menganggu penyerapan zat besi dan mineral yang memainkan peranan penting dalam badan manusia. Jika anda pernah dengar minum the selepas makan mampu membakar lemak, ia hanyalah mitos semata.
Ads
3. Merokok
Ini aktiviti wajib orang kita banyak buat. Kalau mahu juga merokok, makesure bagi badan anda rehat dahulu dan lakukan aktiviti tersebut selepas 20 minit makan. Ini kerana ketika ini perut sedang memproses segala nutrisi penting dari makanan dan anda menganggu proses tersebut dengan merokok.
Selepas mandi, suhu badan akan meningkat dan seterusnya badan akan menghantar lebihan darah ke kawasan kulit berbanding biasa. Perkara ini boleh menyebabkan proses pencernaan terganggu dan menjadikan sistem metabolism anda menjadi semakin perlahan. Justeru, masa yang terbaik untuk mandi adalah 30 minit selepas makan.
5. Tidur
Aktiviti ini dipandang negatif jika anda seringkali lepas makan terus tidur. Selain itu ia juga bidalan orang dahulu guna untuk menegur orang yang malas seperti ‘kau ni asyik makan tidur, makan tidur’. Sudahlah dipandang negative, dari sudut kesihatan juga ia tidak elok. Tidur dengan keadaan perut penuh akan menyebabkan pedih ulu hati, sendawa serta meningkatkan risiko strok.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BEKAS pemain kebangsaan, Safiq Rahim, S Kunalan, Amirul Hadi Zainal dan Aidil Zafuan Abd Radzak yang sebelum ini mengumumkan persaraan tersenarai dikalangan pemain muka baharu atau dipanggil semula bersama skuad kebangsaan untuk hadir ke kem latihan pusat di Johor Bahru, Johor bermula 29 Mei nanti.
Sembilan pemain JDT dan tiga pemain Pahang turut tersenarai menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi perlawanan sulung Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru pada 13 Jun nanti.
Mereka ialah Mahalli Jasuli, S Chanthuru, Azammuddin Akil, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Fazly Mazlan, dan penjaga gol Izham Tarmizi Roslan, manakala tiga pemain Pahang ialah Nor Azam Abdul Azih, Ahmad Syamim Yahya dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria.
Baki 13 pemain melengkapkan senarai 26 ialah terdiri pemain daripada skuad 22 pemain kendalian Kim Swee ke Manila bagi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Filipina yang berkesudahan seri 0-0 pada 22 Mac lalu.
Ini merupakan panggilan sulung Nelo Vingada, 64 dari Portugal yang diumum sebagai Jurulatih Baharu pada 15 Mei lalu bagi menggantikan tempat Datuk Ong Kim Swee yang kini dilantik sebagai pengendali skuad Projek Sukan Sea 2017.
Vingada akan dibantu oleh bekas jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, 49, dan Joao Arnaldo Correia De Carvalho, 59, dari Portugal serta jurulatih penjaga gol, Azmin Azram Abdul Aziz, 41 dan jurulatih kecergasan, Francisco Jose Bruto Da Costa, 36, dari India.
Bagi kem latihan pusat kali ini, seramai 15 pemain akan melapor diri pada Isnin ini (29 Mei) manakala 11 pemain JDT perlu melapor diri pada Jumaat (2 Jun) selepas mereka selesai tugasan Piala AFC 2017 bertemu Ceres di Filipina pada 31 Mei.
Pemakanan adalah sesuatu yang amat penting dalam memberi tenaga agar semua kerja dapat dilakukan secara efektif.
Kalau perut terasa lapar, ia juga boleh mengganggu konsentrasi anda untuk fokus dan bagi yang tertanya-tanya apakah menu yang terbaik, entri ini ada jawapannya :
Kajian mendapati lelaki yang kerap memakan makanan yang tinggi kandungan likopena berisiko rendah mendapat kanser prostat. Buah yang popular ini juga memberi pelbagai manfaat kepada lelaki kerana bahan likopena (sejenis fitokimia) berperanan merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko kanser kolorektum dan penyakit jantung.
Ia baik untuk jantung dan hati. Kacang Brazil terutamanya, adalah sangat baik untuk lelaki kerana kandungan seleniumnya yang tinggi. Ia merupakan bahan yang baik untuk meningkatkan kesihatan sperma dan mortilitinya. Selenium juga membantu merendahkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol selain bertindak sebagai meningkatkan mood.
Brokoli dan kubis Brussels adalah sayuran penting yang mesti dimasukkan dalam diet seorang lelaki kerana kandungan melawan kanser yang merendahkan risiko kanser prostat dan kolorektum.
Jika anda mudah mengalami keguguran rambut, penyelesaiannya adalah mudah iaitu telur. Ini kerana ia adalah sumber protein dan biotin (vitamin B7) yang menggalakkan pertumbuhan rambut, malah kuning telur adalah sumber zat besi yang baik. Banyak penyelidikan menyatakan ia membantu mengurangkan keguguran rambut yang berpunca daripada anemia.
Beri biru mempunyai kaitan dengan penurunan risiko kanser prostat kerana ia mengandungi bahan proanthocyanidin (sejenis flavonoid) yang tinggi. Buah ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kehilangan memori berkaitan usia dan diabetes Jenis 2 yang kesemuanya lebih memudaratkan lelaki berbanding wanita.
Padat dengan unsur antioksida, vitamin dan mineral, kajian menunjukkan pengambilan delima secara kerap membantu merendahkan kolesterol yang merupakan masalah biasa dalam kalangan lelaki.Banyak kajian yang menyarankan minuman jus delima segelas sehari untuk memperlahankan tahap merebaknya kanser prostat.
Kelebihan bawang putih untuk kesihatan jantung diketahui umum kerana ia merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko jantung tersumbat, malah penemuan dalam Journal of National Cancer Institute menunjukkan kekerapan pengambilan potongan bawang putih dan bawang merah mengurangkan risiko kanser prostat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
INI 7 SEBAB MENGAPA ANDA KERAP BERASA LAPAR, FAHAMI DAN ATASI MASALAH INI DENGAN SEBAIKNYA.
1.Anda Selalu Skip Makan
Jika anda berfikir anda akan kehilangan 20kg dengan mengamalkan cara yang selamat iaitu skip waktu makan dan mengurangkan kalori, sebenarnya anda silap.
Apabila anda melangkau waktu makan, anda memaksa badan anda ke mod kelaparan, yang bermakna anda akan ketagih untuk makan segala-galanya yang ada di depan mata, sekaligus menyimoannya sebagai lemak dan bukannya diguna untuk mengisi perut anda. Ini membuatkan anda lapar sepanjang masa dan juga membuat berat badan anda bertambah.
Jadi, anda mahu makan sekurang-kurangnya tiga kali sehari, bukan?
Mari kita mulakan dengan sarapan pagi.
Ia mudah untuk anda skip sarapan pagi semata-mata untuk tidur tambahan selama lima minit, tetapi kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak bangun untuk sarapan pagi yang berkhasiat sebenarnya akan lebih berasa lapar dan mengidam makanan lemak lebih tinggi pada waktu siang hari. Percayalah, anda tidak mungkin merasa kesan-kesan ini semasa anda sibuk di pagi hari, tetapi ia akan mula dirasai pada waktu petang,
Penyelesaian: Kenalpasti sarapan sihat yang menjimatkan masa anda supaya anda tidak akan terlepas hidangan yang paling penting untuk memulakan hari anda. Jika anda mendapati diri anda menahan kelaparan apabila anda makan 3 kali sehari, anda mungkin mahu bertukar jadual kepada makan enam hidangan kecil sehari. Dengan cara ini metabolisme anda sentiasa bekerja dan tidak akan meminta makanan lagi.
2. Anda Makan Terlalu Cepat
Anda mungkin mempunyai kecenderungan untuk ‘melahap’ makanan di dalam mulut anda apabila anda sangat sibuk tanpa berfikir tentang bagaimana anda sebenarnya memberi permasalahan yang serius bagi sistem pencernaan anda. Sudah pasti, anda menelan makanan yang sihat, tetapi anda akan berasa lapar dalam beberapa minit selepas makan.
Apa yang berlaku?
Pertimbangkan ini: ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk otak anda mendapatkan isyarat dari sistem pencernaan anda bahawa perut anda sudah penuh. Katakan anda tergesa-gesa mengambil makan tengah hari yang berkhasiat dan seimbang dalam 10 minit. Otak anda akan terus berfikir anda lapar dan anda hanya akan terus makan walaupun perut anda penuh.
Lihatlah bagaimana ia sebenarnya mudah untuk anda makan berlebihan?
Selain memberi signal untuk otak anda, terdapat hormon lain yang bergantung kepada corak pemakanan anda yang juga memerlukan masa untuk bekerja. Kajian telah membuktikan bahawa apabila anda mengambil masa yang lama untuk mengunyah makanan anda, anda tidak hanya mengambil 10% kurang kalori, tetapi anda juga akan terasa penuh apabila anda selesai makan.
Penyelesaian: Makan seperti anda berada di mod diet dan mengunyah setiap suapan antara 5-50 kali sebelum menelan; atau meletakkan garpu anda ke bawah selepas setiap suapan untuk melambatkan kunyahan anda.
3.Anda terlalu Stress
Apabila anda berada di bawah tekanan yang berterusan, hormon anda akan kucar kacir, anda tidak boleh tidur, dan selera anda menjadi di luar kawalan. Itulah sebabnya kebanyakan kita terlebih makan apabila tiba musim cuti; tekanan mencetuskan hormon yang menyebabkan kita mengidam untuk makan makanan tanpa berjaga-jaga.
Anda perhatikan, badan yang tertekan mengeluarkan hormon seperti adrenalin dan kortisol yang membuat badan anda rasa ia memerlukan banyak tenaga untuk melawan tekanan. Anda tidak benar-benar lapar, tetapi badan anda memberitahu anda untuk menjadi lapar sehingga dapat bersedia untuk mengeluarkan anda dari keaadaan yang tertekan tersebut.
Kajian telah membuktikan perkaitan langsung antara tahap kortisol tinggi, makan lebih banyak kalori, dan keinginan anda kepada makanan manis. Anda mungkin berasa lapar, tetapi anda tidak mahu mengambil kalori yang mana badan anda tidak akan gunakannya.
Penyelesaian: Mengekalkan kesihatan, letakkan almonds rangup di meja tempat kerja anda, buat secawan teh hijau panas, dan berehat seketika untuk berjalan di luar dan menyerap vitamin D dari matahari.
4.Anda Tidak Minum Cukup Air
Apabila kita mengalami dehidrasi, hipotalamus kita iaitu bahagian otak yang mengawal rasa lapar dan dahaga, mula panik. Ia menjadikan badan anda berfikir anda lapar apabila anda sebenarnya hanya dahaga. Pastikan anda selalu minum air sepanjang hari kerana anda akan menikmati seribu manfaat kesihatan yang luar biasa.
Jika anda berasa lapar, minum segelas besar air dan tunggu 20 minit untuk isyarat sampai ke otak anda bahawa anda ‘penuh’. Jika anda rasa okay, anda mungkin hanya dahaga. Jika anda lapar tetapi anda sedang cuba untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan pengambilan kalori anda, air akan menjadi rakan anda yang terbaik.
Penyelesaian: Kekalkan tahap bendalir anda dengan memilih air lemon segar dan air kelapa, dan makan makanan padat air seperti tembikai dan timun untuk menghilangkan dehidrasi kerana kelaparan.
5.Anda Tidak Mendapatkan Tidur Berkualiti Secukupnya
Tidur adalah menakjubkan. Badan anda menggunakan masa anda tidur tersebut untuk mengurangkan tahap kortisol akibat tekanan dan menyimpan hormon-hormon kelaparan anda. Jika pada anda ia tidak cukup penting, baca ini:
Apabila anda tidak dapat rehat sepenuhnya pada waktu malam, ghrelin, hormon yang bertanggungjawab untuk merangsang selera makan anda, meningkat; dan leptin, hormon yang membuat anda berasa kenyang, jatuh menjunam. Ini sebenarnya bukan keadaan yang ideal untuk badan anda, melainkan jika anda mahu ia mendapatkan tenaga dari karbohidrat, lemak, dan kafein.
Menurut satu kajian, apabila wanita tidur kurang daripada empat jam, mereka consume 300 kalori tambahan dan 21 gram lemak pada hari berikutnya! Semua ini kerana mereka mungkin merasakan kesan ketidakseimbangan tahap hormon dan ketagihan makanan.
Lelaki juga tidak terkecuali; kajian yang dijalankan ke atas manusia menunjukkan bahawa peserta yang hanya tidur empat jam makan lebih banyak kalori dan sebenarnya berasa lebih lapar pada keesokan harinya.
Penyelesaian: Belajar cara bagaimana untuk mengatasi insomnia melalui diet supaya anda boleh tidur cepat, dapatkan tidur berkualiti, dan hilangkan kelaparan pada hari berikutnya.
5.Anda Dikelilingi Makanan
Makanan di mana-mana sahaja sekarang, dan kita tidak boleh lari daripadanya. Kita dihujani dengan makanan di TV dan di seluruh media sosial; hashtags di Instagram, gambar kawan-kawan anda makan di Facebook.
Adakah ini membantu atau menyakiti kita?
Satu kajian mengatakan bahawa apabila peserta dipaparkan imej makanan lazat, tahap ghrelin mereka meningkat. Memandangkan kita tahu bahawa ghrelin merangsang selera makan, kita sendiri berani bertaruh peserta-peserta tadi akan mula menjadi lapar.
Ini adalah sensasi yang sama yang anda akan dapat apabila menghidu aroma yang lazat daripada masakan makanan.
Penyelesaian: Hentikan mendera diri sendiri dan elakkan untuk terjebak dengan makanan melalui media sosial terutamanya sebelum makan apabila anda secara tidak sengaja terlebih makan kerana selera makan anda telah meningkat.
6.Anda Perlukan Lebih Fiber
Walaupun orang dewasa puratanya hanya makan 15 g serat setiap hari, lelaki memerlukan sekitar 38 g serat setiap hari dan wanita memerlukan kira-kira 25 g. Serat tidak larut adalah apa yang menyebabkan penghadaman anda berfungsi tetapi serat larut sebenarnya memperlahankan sedikit proses pencernaan anda.
Jangan bimbang, ini adalah satu perkara yang baik!
Serat larut bertukar menjadi sama dengan gel dan kelewatan pencernaan akan membuatkan tubuh anda mempunyai lebih banyak masa untuk menyerap nutrien. Hasil dari satu kajian menunjukkan bahawa makan serat dan bijirin penuh bersama-sama akan membuat anda terasa penuh lebih lama, yang pasti akan menghadkan nafsu makan dan lapar anda.
Penyelesaian: Kenali perkara seperti biji chia, kacang dan bijirin lain untuk dimakan. Dan masukkan lebih banyak serat yang dipenuhi sayur-sayuran untuk membuat makanan anda bertahan lebih lama.
SUMBER: DIARIKURUS
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.