
Dalam hadis dari Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda “Sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada kasturi”.
Kata-kata ini dipegang teguh ramai umat Islam namun ia tidak bermakna mereka yang berpuasa boleh mengabaikan kebersihan mulut sehingga berbau kurang menyenangkan.
Lagi pun, bukankah menyenangkan orang lain itu akan memberikan semula kepada kita lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini?
Jadi bagaimana nak elak mulut berbau pada bulan Ramadan, anda boleh amalkan 6 tip ini semasa waktu sahur atau sebelum azan Subuh berkumandang :
1. Berus gigi & lidah dengan sempurna

Selepas makan, jangan sekadar berkumur. Ada baiknya berus gigi dan lidah dengan sempurna agar dapat membersihkan segala kekotoran yang ada.
2. Minum air masak dengan banyak

Bagi meneutralkan bau mulut, anda digalakkan minum air masak dengan banyak. Selain itu, ia membantu mengurangkan rasa kering semasa siang hari.
3. Bersahur dengan susu & keju

Keju memiliki sifat tinggi kalsium, rendah karbohidrat dan fostat yang boleh pertingkatkan jumlah air liur. Susu pula berperanan untuk mengatasi bau mulut seseorang itu.
4. Jaga pemakanan

Faktor pemakanan boleh mempengaruhi bau nafas seseorang. Pada waktu sahur, kita digalakkan untuk ambil makanan yang sihat tetapi bertekstur keras seperti kacang, cornflakes dan epal kerana ia dapat membersihkan lidah pada bahagian belakang.
5. Minum teh hijau

Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang berfungsi membersihkan bakteria dalam mulut dan saluran pernafasan. Digalakkan juga untuk anda minum teh hijau tanpa campuran gula.
6. Buat pemeriksaan gigi

Mulut berbau time puasa itu adalah normal tetapi kalau baunya terlampau kurang menyenangkan sehingga ganggu orang lain, ada perlu ke klinik gigi untuk buat pemeriksaan. Risau ada gigi yang rosak dan anda wajib untuk servis!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Imanol Machuca, Pemain Argentina Terbaru Siap Sarung Jersi Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya terus menambah kekuatan menjelang pertemuan getir menentang Vietnam dalam Kelayakan Piala Asia 2027 apabila seorang lagi pemain warisan dari Argentina, Imanol Machuca dilaporkan semakin hampir menyertai pasukan kebangsaan.
Warisan Malaysia Melalui Nenek
Imanol, 25, yang kini dipinjamkan ke kelab Brazil, Fortaleza daripada Vélez Sarsfield, memiliki pertalian darah dengan Malaysia melalui nenek beliau.
Perkara ini membuka peluang kepada beliau untuk menyarung jersi Malaysia secara sah di pentas antarabangsa.

Sedia Perkuat Harimau Malaya
Menurut laporan media Argentina, Radiogol, Machuca kini dalam perjalanan ke Malaysia bersama seorang lagi pemain berdarah Argentina, Facundo Garcés.
Kedua-duanya dijangka menyertai kem latihan pusat skuad negara sebagai persediaan untuk aksi penting pada 10 Jun.
Malah, laman sosial Sabado Velez turut mengesahkan perkara ini dengan satu hantaran berbunyi, “Imanol Machuca akan beraksi bersama skuad kebangsaan Malaysia. Penyerang Vélez itu dipanggil bagi perlawanan Kelayakan Piala Asia menentang Vietnam. Tahniah Ima!”
Bukan Pemain Biasa
Imanol bukan pemain sembarangan. Dengan nilai pasaran mencecah RM12 juta, beliau sudah menjaringkan 16 gol dan mencipta sembilan bantuan jaringan sepanjang 8,409 minit aksi profesionalnya.
Prestasi cemerlang ini menjadikan beliau aset berharga buat Harimau Malaya.
Facundo Garcés Dahulu, Machuca Menyusul
Sebelum ini, kehadiran Facundo Garcés ke dalam skuad Harimau Malaya diumumkan secara rasmi.
Pemain pertahanan tengah kelab Deportivo Alaves itu mencatatkan 10 penampilan dalam La Liga, termasuk lima perlawanan tanpa bolos antara lainnya ketika menentang Atletico Madrid.
BACA LAGI : Manchester United Kecundang Lagi, ASEAN All-Star Pamer Taring di SNBJ

Gelombang Pemain Warisan
Imanol Machuca dijangka menyertai senarai pemain warisan lain yang telah dibawa masuk oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tahun ini seperti Hector Hevel, Gabriel Palmero dan Facundo Garcés.
Ketiga-tiga mereka merupakan pemain yang memiliki pengalaman luas dalam liga kompetitif dan berpotensi besar untuk meningkatkan kualiti skuad negara.
Selain itu, dua lagi nama yang disebut bakal tiba sebelum aksi penting menentang Vietnam pada 10 Jun ini ialah Jon Irazabal dan Rodrigo Holgado.
Kehadiran mereka bukan sekadar menambah kuantiti, tetapi juga membawa kepelbagaian gaya permainan, kematangan taktikal, serta meningkatkan saingan sihat dalam pasukan.
Langkah FAM membawa masuk pemain warisan ini bukanlah sesuatu yang asing dalam bola sepak moden.
Ia adalah strategi pembangunan jangka pendek dan sederhana yang terbukti berkesan untuk negara-negara yang sedang giat membina skuad kompetitif di pentas antarabangsa.
Pemain warisan tidak hanya menyumbang dari segi teknikal, tetapi juga memperkayakan budaya bola sepak negara dengan pengalaman mereka di luar negara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kaki Membengkak & Sakit Bahagian Pinggang, Antara Petanda Kanser Prostat, Kesan Dari Awal Mampu Selamatkan Anda!

Mengikut data di beberapa buah negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, kanser prostat kini menjadi kanser paling banyak meragut nyawa golongan lelaki.
Malah di United Kingdom dianggarkan setiap 45 minit, seorang lelaki meninggal dunia akibat menderita daripada kanser prostat. Ia merupakan sejenis penyakit yang cukup serius dan merbahaya bagi lelaki. Namun ramai tidak tahu bahawa kehilangan nyawa boleh dielak jika dikesan dan diberikan rawatan awal.
Kajian di Amerika Syarikat pada tahun 2016 menerusi The American Cancer Society mendapati kanser prostat merupakan jenis kanser kedua paling tinggi mengakibatkan kematian lelaki di belakang kanser hati.
KENALI APA ITU PROSTAT
Prostat merupakan kelenjar exocrine yang terletak di bawah pundi kencing dan di hadapan rectum. Kelenjar ini menghasilkan rembesan prostat yang akan berakhir di bahagian luar prostat dalam sistem pembiakan lelaki. Rembesan itu adalah cecair beralkali yang berfungsi melindungi dan menyediakan bekalan untuk sperma.

Di dalam prostat terdapat beribu-ribu kelenjar yang menghasilkan cecair putih beralkali seperti susu. Ia merupakan sebahagian daripada komponen air mani.
Dengan saiz sebesar sebiji kacang berangan ia bertambah saiznya mengikut peningkatan umur. Prostat mengelilingi uretra, salur kencing yang bermula dari pundi kencing dan berakhir di hujung kemaluan.
Ia berfungsi membawa air kencing dan air mani keluar dari badan. Penyakit Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) terjadi apabila kelenjar prostat membesar disebabkan hormon tidak seimbang sehingga mengganggu atau menutup saluran uretra.
DEFINISI KANSER PROSTAT
Tidak dinafikan sama ada anda mengakuinya atau tidak, ramai lelaki sebenarnya cukup risau dengan ancaman kanser prostat. Walaupun ada sesetengah yang cuba menafikan dan sedapkan hati namun jauh di sudut hati mereka tidak mahu berdepan penyakit tersebut.

Apa itu kanser prostat? Secara ringkasnya ia merupakan ketumbuhan berbahaya yang bermula di dalam kelenjar prostat. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan tidak menyebabkan masalah dalam masa beberapa tahun.
Pada peringkat awal ia dikenali sebagai kanser prostat setempat dan tidak menunjukkan sebarang gejala nyata dan mungkin tidak berkembang menjadi kanser lagi.
FAKTOR PEMBENTUKAN KANSER PROSTAT
Tidak dinafikan masih banyak kajian yang sedang dilakukan terhadap kanser prostat. Sehingga kini penyebab utamanya masih lagi tidak diketahui. Malah cara untuk mengelaknya juga masih samar.
Akan tetapi apa yang boleh dilakukan ialah mengenal pastinya dnegan lebih awal agar dapat diberikan rawatan sebelum ia semakin teruk. Namun terdapat tiga faktor yang dipercayai boleh meningkatkan pembentukan kanser prostat.

Pertama penigkatan usia. Lelaki berusia 50 tahun ke atas mempunyai risiko lebih tinggi berbanding kela sumur yang lain.
Kedua faktor genetik keluarga dan akhir sekali faktor hormon testosteron yang tinggi. Ia dipercayai boleh mempercepatkan pembentukan kanser prostat.
TANDA-TANDA KANSER PROSTAT
Walaupun tidak menunjukkan sebarang petanda pada peringkat awal namun apabila gejala-gejala berikut berlaku anda harus cepat-cepat melakukan pemeriksaan lanjut.
- Masalah buang air kecil
- Kerap buang air kecil
- Kurang tekanan ketika membuang air kecil
- Terdapat darah dan juga semen ketika kencing
- Kaki menjadi bengkak
- Rasa tidak selesa di bahagian pelvis dan bahagian belakang badan
- Sakit ketika mengalami ejakulasi
- ‘Tenaga dalaman’ menurun dengan mendadak
RAWATAN

Terdapat tiga jenis rawatan yang boleh dilakukan untuk pesakit kanser prostat.
Pembedahan
Pesakit mempunyai dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan iaitu radical prostectomy atau radical radiotherapy.
Terapi radiasi
Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi sinar-x untuk memusnahkan sel kanser. Radioterapi selalunya digunakan dalam peringkat ke 3 dan sesetengah kes peringkat ke 4 kanser.
Kimoterapi
Kimoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser, boleh diambil secara makan atau suntikan, Ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk atau kanser prostat yang tidak bertindakbalas dengan hormon.
Rawatan sepatutnya dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan selalunya berjaya dalam jangka masa pendek, dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 80%.
Jika anda mengalami simptom-simptom berikut janganlah berlengah lagi. MASKULIN nasihatkan agar terus mendapatkan rundingan daripada doktor pakar dan mencari solusi terbaik untuk rawatan lanjut.
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN di sini untuk update paling terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Untuk Jaga Kesihatan, Elak Makan 6 Spesis Ikan Ini, Ia Tinggi Kandungan Merkuri!

Sebagaimana yang kita sedia maklum, kebanyakan spesis ikan memiliki rasa yang enak dan menyihatkan. Namun terdapat beberapa spesis ikan yang lebih baik kita elakkan kerana ia tinggi kandungan merkuri dan ia menjejaskan kesihatan kita.
Kita tahu ikan memang kaya dengan gizi dan nutrisi yang penting untuk tubuh dan bagus untuk kecergasan minda. Namun begitu ada juga beberapa jenis ikan yang sebaiknya dielakkan dari memakannya.
Menurut satu kajian, terdapat sekurang-kurangnya 6 jenis ikan yang mengandungi zat yang kurang bagus untuk badan. Berikut merupakan ikan yang diperlu dielakkan dari memakannya. Jom MASKULIN tunjukkan dalam senarai dibawah.
BACA: Rahsia Lelaki Yang Sihat Adalah Makan Ikan Siakap, Ini Kebaikannya, Ramai Tak Tahu!
Ikan Keli Afrika

Ikan keli Afrika dapat membesar dengan cepat dan dengan saiz yang besar juga. Untuk mempercepatkan tumbesaran, ada penternak yang mementingkan keuntungan dengan memberi makan ikan ternakan ini dengan hormone tertentu.
Ia menjadikan ikan-ikan tersebut membesar dengan tidak wajar. Walau bagaimana pun ikan-ikan keli Afrika yang hidup di alam semulajadi tetap memiliki kandungan gizi yang baik untuk badan.
Ikan Makerel

Makerel adalah sebutan bagi sekelompok ikan laut luas yang terdiri dari beberapa ahli dari famili Scombridae. Dalam satu kajian didapati ikan ini cenderung mengandungi logam merkuri.
Makerel di Lautan Atlantik dianggap paling banyak mengandungi merkuri. Jadi, ada baiknya anda tidak memakan ikan jenis ini terlalu banyak.
Ikan Tuna

Sebagaimana Makerel, ikan yang memiliki gaya hidup secara berkumpulan ini juga mempunya kandungan merkuri.
Terutamanya tuna sirip hitam dan sirip biru. Ikan ini jenis ini juga tidak boleh dimakan secara berlebihan.
Ikan Tilapia

Di sebalik kelazatan ikan tilapia, rupa-rupanya ia mengandungi konsentrasi lemak yang berbahaya. Menurut kajian terperinci, kandungan lemak berbahaya yang dikandungi ikan tilapia setinggi kandungan lemak pada dagig babi.
Terlalu banyak pengambilan ikan ini akan menambah kadar kolesterol dan membuatkan tubuh menjadi sensitif terhadap alergi.
Ikan Oilfish

Oilfish atau ikan minyak mengandung zat gempylotoxin, sejenis zat yang terkandung dalam lilin. Zat ini sangat sukar untuk dicerna oleh tubuh.
Meskipun racunnya tak begitu membinasakan tubuh, tetapi pengambilan dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan gangguan pencernaan.
Untuk mengurangi kadar gempylotoxin, ikan ini sebaiknya digoreng hingga kering atau dipanggang dalam waktu lama.
Ikan Belut

Belut termasuk dalam kategori jenis ikan yang mengandungi banyak lemak. Belut tersenarai dalam catatan ikan berbahaya karena kebanyakan belut sekarang hidup dengan menyerap sisa industri pertanian.
Spesies belut di Amerika telah dinyatakan mempunyai racun yang tinggi. Sementara, belut Eropah dianggap berbahaya kerana dicemari merkuri dalam jumlah yang besar.
BACA: Lelaki Sihat Sentiasa Ambil 3 Makanan Ini Dalam Diet, Makan Bayam & Ikan Salah Satunya
Secara umumnya ikan-ikan yang disenaraikan di atas tidak disarankan untuk dimakan kerana rata-rata habitat mereka telah dicemari pencemaran manusia.
Namun ikan-ikan di atas lebih menjurus kepada ikan yang berasal dari perairan Eropah dan Amerika.
Sementara untuk jenis ikan yang sama dan hidup di perairan negara, ikan-ikan tersebut disahkan selamat untuk diambil sebagai makanan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

