MASKULIN yakin ramai di antara anda mesti akan luangkan sedikit masa menggunakan telefon pintar sebelum tidur dalam keadaan berbaring.

Kalau sekejap itu biasanya tak mendatangkan masalah. Tapi bayangkan jika anda berbaring mengiring dan menggunakan telefon pintar; sebagai contoh bermain pemainan video berjam-jam lamanya.

Tahukah anda perbuatan ini hanya memberikan kesan buruk kepada kondisi belakang anda?

Kesan Buruk Guna Telefon Pintar Sambil Baring Mengiring, Boleh Sebab Kecederaan Tulang Belakang!
Ramai yang suka guna telefon pintar sambil berbaring malah sampai tertidur pun ada!

BACA: Elak 7 Jenis Posisi Tidur Yang Boleh Buat Anda Sakit Belakang

Dalam satu kes yang pernah berlaku kepada seorang gadis berusia 16 tahun di Taiwan. Dia mengadu sakit-sakit badan dan lenguh-lenguh pada bahagain belakang. Risau dengan keadaan itu ibunya membawa ke hospital untuk mengetahui punca sakit tersebut.

Selepas pemeriksaan lanjut oleh pakar Ortopedik, keputusan X-ray tulang belakangnya ternyata sangat memeranjatkan kedua-dua beranak ini.

Mana tidaknya, tulang belakang gadis ini mempunyai 50 darjah lengkungan! Doktor menjelaskan masalah tersebut mungkin berpunca daripada tabiat pesakit suka bermain handphone sambil baring mengiring.

Kesan Buruk Guna Telefon Pintar Sambil Baring Mengiring, Boleh Sebab Kecederaan Tulang Belakang!

BACA: Sado Dalam 6 Bulan, Lakukan Senaman Bodyweight Ini Di Rumah!

Pasti ramai antara anda yang buat macam ni kan? Menurut sumber posisi tersebut memberi tekakan berlebilan pada sisi kanan, terutamanya pada lumbar vetebrae dan thoracic vetebrae seseorang. Lagi menjadi teruk apabila gadis tersebut jarang bersenam membuatkan otot teras dalam badan tidak mampu untuk menampung postur badan gadis tersebut untuk masa yang lama.

Kesan Buruk Guna Telefon Pintar Sambil Baring Mengiring, Boleh Sebab Kecederaan Tulang Belakang!

Selain itu, gemar bermain telefon bimbit sambil tunduk juga boleh menyebabkan tulang belakang bengkok.

Jadi sama-samalah kita beringat selepas ini ya!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI