Jangan tak tahu, makanan juga boleh pengaruhi kualiti tidur kita. Jika anda tak cukup tidur maka mudah untuk badan mengembang. Masa yang sama kalau tak cukup tidur, emosi anda juga akan terganggu.
Selain itu, mengambil makanan yang salah sebelum tidur boleh menyebabkan waktu rehat anda terganggu sekali gus ia menyukarkan anda untuk tidur dengan lena.
Lebih-lebih lagi jika anda mengambil makanan yang mengandungi kalori atau zat-zat yang tidak diperlukan oleh badan anda.
Sehubungan itu, MASKULIN sudah kenal pasti apakah jenis makanan yang perlu dielakkan daripada diambil pada waktu malam :
Makanan manis seperti coklat atau aiskrim boleh meningkatkan kandungan gula dalam badan dan ia menyebabkan tenaga anda meningkat secara mendadak. Jika lapar juga, ambil makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan yang kaya dengan serat.
2. Karbohidrat
Anda perlu tahu bahawa tahap metabolisme anda akan berkurang sewaktu anda tidur. Sehubungan itu, pengambilan makanan karbohidrat hanya akan ia disimpan sebagai lemak.
3. Makanan berminyak
Ads
Elakkan makanan yang bergoreng atau berminyak kerana makanan tersebut akan mengambil masa yang lama untuk dihadam dan seterusnya akan menyebabkan tahap metabolisme anda berkurang. Apabila tahap metabolisme menurun, badan anda akan menjadi sukar untuk membakar kalori.
4. Makanan pedas
Rempah ratus seperti lada hitam mungkin terkenal sebagai penawar untuk merawat penyakit secara semulajadi tetapi untuk dijadikan hidangan sebelum tidur amatlah tidak digalakkan. Kajian menunjukkan mereka yang makan makanan pedas pada waktu malam akan menyebabkan suhu badan meningkat.
Ads
5. Protein yang banyak
Sesetengah protein perlu dimakan sebelum waktu tidur untuk membantu anda membina otot tanpa lemak (lean muscle) tetapi jika ia diambil secara berlebihan akan mengganggu sistem penghadaman anda kerana ia menggunakan banyak tenaga ketika proses penghadaman.
Jus buah-buahan seperti jus oren dan jus limau tidak digalakkan untuk diminum sebelum waktu tidur anda. Ini kerana buah-buahan tersebut mengandungi asid yang akan menyebakan anda mengalami pedih ulu hati. Selain itu, jus buah-buahan yang kaya dengan gula semulajadi akan menyebabkan tahap gula anda meningkat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa tak kenal dengan bintang bola sepak Barcelona, Lionel Messi.
Berusia 37 tahun dan merupakan bapa kepada tiga cahaya mata, Messi meraih semula status sebagai pemain bola sepak lelaki terbaik dunia oleh barisan panel pakar The Guardian.
Selain kemahiran bermain bola sepaknya yang luar biasa, masyarakat dunia mengagumi Messi kerana sifat kebapaan dan setia kepada pasangan.
Dengan nilai kekayaan dianggarkan mencecah lebih RM2.5 billion sebagai pemain bola sepak profesional, duta produk, usahawan dan social media influencer, Messi memilih untuk berbahagia dengan kehidupan berkeluarga.
Pada saat kepercayaan wanita kian terhakis terhadap kesetiaan lelaki, Messi bangkit membuktikan bahawa suami yang hebat itu masih ada.
Sentiasa disampingnya, sosok isteri Antonela Roccuzzo sering menjadi perhatian kamera kerana kejelitaan dan ‘kisah cinta’ pasangan hebat itu.
Bayangkan mereka saling mengenali sejak zaman kanak-kanak. Messi jatuh cinta pandang pertama dengan isterinya ketika usia mereka sembilan tahun, dan sejak itu mula kerap berhubung melalui surat dan panggilan telefon apabila meningkat remaja.
Selepas menjalin hubungan serius dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Thiago dan Mateo, pasangan ini akhirnya memeterai cinta mereka dengan ikatan perkahwinan pada tahun 2017.
Sehingga kini biarpun Messi amat terkenal di seluruh dunia, keluarga itu selesa memilih gaya hidup low profile bersama anak-anak kesayangan mereka – Thiago, Mateo dan Ciro.
Moga Messi terus berjaya dan bahagia bersama keluarga dan kariernya.
Tekak orang Malaysia mesti kena makan nasi. Kalau tak makan nasi, mulalah kepala pening. Dan disebabkan itulah ramai yang gagal dalam diet atas alasan tak boleh kalau tak makan nasi.
Buat anda yang nak diet, anda tak perlu bimbang. Walaupun mahu berdiet, anda masih boleh makan sesenduk nasi dan masih rasa kenyang macam anda makan sepinggan nasi.
Naufal Antezem berkongsi di laman Twitternya 10 tip makan nasi satu senduk tapi rasa kenyang macam anda makan sepinggan nasi.
Lelaki dan wanita masing-masing mungkin mengalami masalah rambut botak, tetapi masalah ini lebih sinonim dikaitkan dengan kaum lelaki. Selain kepakaran wanita dalam menyembunyikan masalah rambut botak mereka,, terdapat beberapa faktor lain mengapa lelaki lebih kerap mengalami rambut botak.
Keguguran rambut kekal menjejaskan 70% lelaki dan 40% wanita dalam jangka hayat mereka. Terdapat beberapa sebab akibat perbezaan besar ini.
Pada asasnya lelaki lebih terdedah kepada keadaan yang dikenali sebagai alopesia androgenik. Ini adalah keadaan genetik yang diwarisi, yang meningkatkan aktiviti reseptor androgen di folikel rambut. Reseptor-reseptor ini bertindak balas terhadap androgen seperti dihydrotestosterone (DHT), hasil sampingan dari testosteron yang mengecutkan folikel rambut dan menjadikannya sukar bagi mereka untuk hidup. Kerana testosteron dalam lelaki sentiasa membuat DHT, ia menjadikan mereka lebih cenderung mengalami keguguran rambut daripada wanita.
Sesetengah lelaki mengalami keguguran rambut pada remaja dan awal dua puluhan, yang sekali lagi biasanya disebabkan oleh hormon. Oleh sebab hormon-hormon yang meningkat semasa akil baligh, ia menjadikan sesetengah lelaki pada usia remaja dan awal dua puluhan lebih berisiko kehilangan rambut mereka.
Menurut American Hair Loss Association, pada usia tiga puluh lima, kira-kira dua pertiga lelaki akan kehilangan rambut sedikit. Pada umur lima puluh tahun, 85% akan mengalami penipisan rambut atau kehilangan sejumlah besar rambut.
Walaupun sesetengah wanita mengalami keguguran rambut pada usia muda, ia lebih biasa berlaku selepas menopaus, bukan kerana peningkatan testosteron tetapi kerana mereka mengalami penurunan dalam tahap hormon yang lain.
Apabila lelaki kehilangan rambut mereka, mereka cenderung kehilangan lebih banyak rambut dalam tempoh yang singkat berbanding wanita. Corak keguguran rambut juga lebih jelas pada lelaki, kerana berlaku pada bahagian tertentu pada rambut sedangkan wanita mengalami penipisan rambut yang menyeluruh. Dalam wanita, bahagian belakang rambut jarang terkesan. Penipisan menyeluruh berlaku dan paling ketara di bahagian tengah.
Ciri khas botak lelaki ialah kehilangan rambut berkembang dengan corak tersendiri. Terdapat tiga bahagian utama kulit kepala yang kehilangan rambut dan menghasilkan corak yang selalu dikenalpasi dalam kalangan lelaki, iaitu:
1. Kehilangan rambut bermula pada garis hadapan ke belakang.
Masalah rambut botak yang berbentuk M ini berlaku dalam beberapa tahap kepada semua lelaki sewaktu beralih dari zaman remaja ke kedewasaan. Kurang daripada 5% lelaki dewasa mengekalkan garis rambut depan lurus yang mereka miliki sewaktu kanak-kanak. Umumnya kehilangan rambut di kawasan ini adalah ringan. Sesetengah lelaki mengalami kebotakan hadapan yang ketara dan ini mungkin mendahului masalah botak yang akan berkembang dalam masa bertahun-tahun.
2. Kehilangan rambut bermula di sekitar pusaran (di belakang kepala)
Masalah botak ini bermula di pusaran dan menyebar keluar ke semua arah untuk menghasilkan kebotakan bulat. Dalam sesetengah lelaki, tompokan botak kedua yang lebih kecil boleh berlaku di bawah tompokan botak di pusaran.
3. Penipisan menyeluruh di bahagian pertengahan atas kulit kepala
Corak ini paling menonjol dalam kalangan lelaki Asia. Ia juga menjadi ciri utama keguguran rambut perempuan – masalah rambut botak yang menjejaskan lebih daripada 75% wanita dengan penuaan.
Anda mungkin bertanya-tanya mengapa semua lelaki tidak mengalami keguguran rambut jika mereka semua menghasilkan produk sampingan testosteron yang sama. Masalah rambut botak dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah genetik. Lebih ramai saudara terdekat anda yang mengalami masalah rambut botak, lebih besar kemungkinan ia berlaku kepada anda.
Elemen genetik yang anda warisi berkaitan dengan masalah rambut botak ialah usia permulaan, kadar dan corak rambut botak yang anda mungkin alami. Faktor genetik ini mempengaruhi penghasilan hormon dan reseptor testosteron. Seorang lelaki mungkin menghasilkan banyak hormon dan masih tidak mengalami kehilangan rambut yang ketara jika dia hanya mempunyai beberapa reseptor dalam folikel rambutnya.
Disebabkan itu, dalam kembar serupa, rambut botak akan muncul pada usia yang sama, kadar dan dalam corak yang sama tanpa mengira persekitaran, diet atau gaya hidup. Namun dalam adik-beradik yang tidak serupa, kesan genetik yang mereka warisi agak berbeza.
Walaupun sesetengah lelaki cenderung kehilangan lebih banyak rambut daripada yang lain, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk melambatkannya. Salah satu cara adalah untuk mengelakkan keradangan folikel rambut. Ini bermakna tidak mewarnakan rambut dan mengenakan haba berlebihan.
Anda juga boleh membantu pertumbuhan rambut yang baik dengan memakan makanan yang sihat dan seimbang. Pastikan anda mendapat banyak zat besi, zink, Vitamin D, protein dan omega-3 asid lemak daripada makanan anda.
Jika anda telah pun mengalami masalah rambut botak, kini terdapat pilihan rawatan seperti ubat preskripsi dan pembedahan rambut. Rujuk pakar kesihatan anda untuk maklumat lanjut.
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.