Buat mereka yang selalu mengikuti perkembangan terkini industri telefon pintar pastinya sentiasa teruja dengan kemunculan siri Mate dari Huawei. Semalam, MASKULIN sempat mengikuti pengenalan edisinya yang terbaru iaitu HUAWEI Mate50

Usai ulang tahunnya ke-10 sejak pelancaran pertama Mate pada tahun 2012, HUAWEI Malaysia melancarkan HUAWEI Mate50. Terdapat dalam tiga varian diperkenalkan iaitu HUAWEI Mate50, HUAWEI Mate50 Pro dan HUAWEI Mate50 Pro Orange Vegan Leather.

Jelas HUAWEI, Siri Mate50 memberikan indikasi bahawa jenamanya melangkah ke hadapan dalam estetika telefon pintar, terutamanya pada reka bentuk simetri Space Ring dan reka bentuknya yang halus.

Kamera Terunggul Di Pasaran, HUAWEI Mate 50 Pro Hadir Mengatasi Jangkaan Ramai!

Lebih istimewa ia diperkasakan dengan Kamera Ultra Aperture XMAGE dengan ciri apertur fizikal boleh laras skala-10. Ia merupakan peranti  pertama dengan keupayaan fotografi versatil yang pernah dilihat pada telefon pintar Mate. Begitu juga dengan kaca sekuat batu “Kunlun Glass”, yang meningkatkan rintangan jatuh telefon sebanyak 10 kali .

MENCIPTA INOVASI

Pengarah Eksekutif Lembaga Pengarah HUAWEI, Ketua Pegawai Eksekutif Consumer BG, dan Ketua Pegawai Eksekutif Intelligent Automotive BU, Richard Yu berkata mereka menitikkan kepentingan pelancaran tersebut dengan menyatakan.

“Selepas sedekad yang lalu, Siri Mate secara konsisten mendorong kemajuan untuk mencipta inovasi yang di luar jangkaan yang boleh diakses secara meluas.

Kamera Terunggul Di Pasaran, HUAWEI Mate 50 Pro Hadir Mengatasi Jangkaan Ramai!

“Setiap generasi baharu telefon pintar Mate telah mengumpulkan pelbagai teknologi HUAWEI yang canggih. Siri HUAWEI Mate50 ini meneruskan legasi yang membanggakan ini, dengan mempelopori inovasi berterusan dan memberikan nafas yang baharu kepada Siri Mate.”

IKLAN

Peranti Siri HUAWEI Mate50 hadir dengan dua jenis penutup belakang, kaca dan kulit vegan yang berbeza. Penutup kaca boleh didapati dalam dua warna, Perak dan Hitam, yang mempunyai kemasan yang berbeza dan elegan. Versi kulit vegan pula hadir dalam warna Oren, diinspirasikan oleh sinaran oren berseri matahari.

LEBIH KUAT & KUKUH

HUAWEI “Kunlun Glass” terdiri daripada 10 kuadrilion-level nanokristal, hasil pengukuhan ion komposit, yang menjadikannya lebih kuat dan tahan jatuh, seperti yang disahkan oleh pensijilan tahan jatuh kaca lima bintang dari SGS Switzerland.

Kamera Terunggul Di Pasaran, HUAWEI Mate 50 Pro Hadir Mengatasi Jangkaan Ramai!

Ini menjadikan model Siri Mate50 telefon pertama yang pernah mencapai pensijilan ini. Telefon Siri HUAWEI Mate50 juga menyokong rintangan air pada IP68 sehingga 6 meter di bawah air , membolehkan peranti tersebut digunakan dengan mudah pada persekitaran basah dan berdebu.

HUAWEI melancarkan jenama pengimejan mudah alihnya sendiri “XMAGE” pada Julai 2022, dengan matlamat untuk menawarkan pengguna paradigma penggambaran baharu yang menggabungkan sains dengan budaya, dan estetika dengan teknologi dari segi gaya pengimejan dan pengalaman menangkap gambar.

IKLAN

Kamera Ultra Aperture dilengkapi dengan apertur besar F1.4, beroperasi dengan enjin imej XD Fusion Pro dan pengambilan cahaya yang tinggi, untuk melaraskan kecerahan imej, butiran cahaya dan bayang-bayang, serta perbandingan sejuk dan hangat dengan sempurna.

VARIASI KAMERA 

Mod malam menangkap foto dengan kawasan terang dan gelap secara berbeza, walaupun dalam persekitaran yang terang. Mod potret menggunakan latar belakang semula jadi kabur untuk menjadikan subjek menonjol dari persekitaran mereka.

Kamera telefoto periskop menyokong julat zum sehingga 200x, membawa gambaran dari nun jauh ke hadapan mata anda. Kamera makro sudut lebar memperbesarkan butiran dari dunia kecil, mempersembahkan helai dan titisan embun pada tahap millimetre dengan kejelasan yang luar biasa.

Kamera Terunggul Di Pasaran, HUAWEI Mate 50 Pro Hadir Mengatasi Jangkaan Ramai!

HUAWEI Mate50 Series juga menyokong rakaman video makro dan gambar dalam gambar makro (PiP) untuk menyampaikan adegan bergerak dengan tepat.

IKLAN

HUAWEI Mate 50 Series adalah yang pertama dijalankan pada EMUI 13, yang menyelaraskan interaksi harian dengan navigasi satu sentuhan yang mudah.

TENAGA PINTAR

Siri HUAWEI Mate50 mempunyai teknologi canggih yang meningkatkan prestasi dengan ketara. Mod Kecemasan bateri rendah yang inovatif akan diaktifkan sebaik sahaja tahap bateri jatuh ke 1%; di mana SuperEnergy Boosting akan membolehkan siri HUAWEI Mate50 memanjangkan masa standby selama tiga jam, atau 12 minit masa panggilan .

Ciri privasi yang komprehensif membolehkan ketenangan fikiran. Siri HUAWEI Mate50 juga menyokong Perlindungan Privasi Imej, bermakna telefon akan memadamkan maklumat sensitif secara automatik seperti lokasi dan masa apabila pengguna berkongsi imej antara lain.

Kamera Terunggul Di Pasaran, HUAWEI Mate 50 Pro Hadir Mengatasi Jangkaan Ramai!

Inovasi yang tiada henti. Siri HUAWEI Mate50 adalah kemuncak yang sesuai selepas sedekad inovasi Mate, dengan reka bentuk yang menakjubkan, komunikasi yang kuat, teknologi pengimejan, dan interaksi pintar yang lancar.

Siri HUAWEI Mate50 boleh dipra-tempah mulai 3 November – 11 November 2022 di semua HUAWEI Experience Store, Laman Web Rasmi HUAWEI, Stor Rasmi HUAWEI di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada dan rakan rasmi HUAWEI seperti SenHeng, senQ, Harvey Norman dan Urban Republic .

Model flagship terkini didatangkan dalam tiga varian: HUAWEI Mate50 (8 GB RAM + 256 GB ROM), berharga RM3,699, tersedia dalam pilihan warna Hitam dan Perak; HUAWEI Mate50 Pro (8 GB RAM + 256 GB ROM), berharga RM4,499 dan HUAWEI Mate50 Pro Orange Vegan Leather (8GB RAM + 512 GB ROM), berharga RM5,299.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI